Liverpool kini sudah pasti dalam keresahan menunggu keputusan pemeriksaan kecederaan Andy Robertson selepas pemain pertahanan itu terpaksa dibawa keluar selepas mengalami kecederaan menentang Sepanyol pada awal pagi tadi.
Robertson mengalami kecederaan terkehel bahu pada babak pertama dalam perlawanan pusingan kelayakan Euro 2024 yang berlangsung di Sevilla.
Kapten skuad kebangsaan Scotland itu mengalami kecederaan tersebut akibat impak pertembungan dengan penjaga gol Sepanyol, Unai Simon.
Robertson segera dirawat oleh pasukan medikal Scotland di dalam padang, namun terpaksa dikeluarkan selepas itu.
Pemain pertahanan berusia 29 tahun itu dilihat terpaksa menggunakan anduh ketika dibawa keluar, dan digantikan oleh pemain pertahanan Everton Nathan Patterson.
Andy Robertson dislocated his shoulder against Spain.
He will fly home and undergo a scan on Friday. #LFC https://t.co/eudiWUVg19https://t.co/eudiWUVg19— James Pearce (@JamesPearceLFC) October 12, 2023
Tanpa Robertson, Scotland dibolosi dua gol pada babak kedua perlawanan sebelum tewas 2-0. Kekalahan pertama di pusingan kelayakan ini bermakna Scotland terpaksa menunggu lebih lama dan hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan kelayakan ke Euro 2024.
Selepas ini skuad kendalian Steve Clark akan berhadapan Perancis di perlawanan persahabatan pada minggu hadapan.
Robertson adalah antara tunjang utama skuad kendalian Jurgen Klopp bersama Liverpool di Premier League pada musim ini,.
Kecederaan yang menimpa Robertsin pasti akan menggusarkan Klopp yang akan berhadapan Everton di dalam derbi Merseyside pada 21 Oktober.
Scenes no Scotland or Liverpool fan wants to see. 😓
Andy Robertson will play no further part in Seville tonight.#BBCFootball #ESPSCO pic.twitter.com/WfK0YLUCeF
— Match of the Day (@BBCMOTD) October 12, 2023
Bergantung kepada betapa seriusnya tahap kecederaan, terkehel bahu kebiasannya bermakna Robertson harus berehat di antara 8 sehingga 12 minggu.
Tanpa Robertson, Liverpool masih memiliki pemain mencukupi di posisi bek kanan dengan Kostas Tsimikas menjadi calon utama.
Pemain antarabangsa Greece itu turut dianggap sebagai pemain genius dan telah menandatangani kontrak jangka masa panjang untuk menjadi pemain penting di dalam skuad kendalian Klopp.
Liverpool pada masa ini berada di kedudukan keempat Premier League hasil lima perlawanan, dua seri dan satu kekalahan selepas permulaan cemerlang tanpa replay pada musim ini.