Real Madrid dilaporkan telah memecat Ketua Pegawai Perubatan kelab Niko Mihic.
Menurut Marca pemecatan Mihic dilakukan oleh Real Madrid kerana kecewa dengan krisis kecederaan yang melanda skuad kendalian Carlo Ancelotti itu poada musim ini.
Real Madrid dikatakan tidak gembira bagaimana Mihic mengendalikan proses rawatan bintang muda Arda Guler yang dibawa masuk pada jendela perpindahan musim panas lalu.
Guler dianggap sebagai antara bintang dan bakat muda paling dikehendaki di Eropah sehingga kini masih belum melakukan sebarang penampilan untuk Los Blancos akibat beberapa siri kecederaan yang dialaminya sejak perpindahan ke Estadio Santiago Bernabeu.
Terbaru, Guller dilaporkan terpaksa berehat sehingga Disember hadapan akibat kecederaan terkini yang dialaminya.
Real Madrid's 'Turkish Messi' suffers yet another injury setback 🤕https://t.co/gikysEGeAL
— Mail Sport (@MailSport) November 11, 2023
Mihic menyertai Real Madrid sejak 2017, dan Real Madrid jelas tidak gembira dengan cara kecederaan Guller ditangani.
Pemain berusia 18 tahun itu menyertai Real Madrid daripada Fenerbahce dengan nilai perpindahan £17 juta, namun pemain itu bergelut dengan kecederaan miniskus sebelum mengalami kecederaan otot – selain beberapa isu kecederaan lain.
Guller bukan satu-satunya pemain yang terpaksa diketepikan oleh Real Madrid pada musim ini disebabkan isu kecederaan.
🚨 Arda Guler has ruptured his right quadriceps. It is estimated that he will be out for about a month. 🤕
✍️ @GuillermoRai_ pic.twitter.com/aaEfsrAYFE
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 10, 2023
Penjaga gol Thibout Courtois dan pemain pertahanan Eder Militao turut terpaksa berehat panjang akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).
Beberapa pemain utama lain seperti Vinicius Junior, David Alaba dan Ferland Mendy turut berada di dalam senarai deretan pemain Real Madrid yang memerlukan rawatan.
Di sebalik krisis kecederaan yang melanda, Real Madrid masih dianggap komptitig dan hanya ketinggalan dua mata kepada Girona yang berada di tangga teratas La Liga.