Kegilaan Spurs, Tiga Kali Ketinggalan Tiga Kali Bangkit!

Tottenham Hotspurs mencipta kebangkitan sensasi yang penuh kegilaan apabila bangkit mengejar tiga kali selepas tiga kali ketinggalan dan akhirnya berjaya menundukkan Leeds United 4-3.

Dua gol lewat permainan dari Rodrigo Bentancur dalam tempoh dua minit memberikan Spurs kemenangan yang diingati lagi bermakna.

Bentancur menyamakan kedudukan Spurs buat kali ketiga dalam perlawanan itu melalui biasan jahat Luke Ayling, sebelum menyambar hantaran lintang rendah Dejan Kulusevski untuk membolehkan pasukan Antonio Conte meraih tiga mata berharga secara dramatik.

Dalam separuh masa pertama, gol keempat berturut-turut Crysencio Summerville musim ini di Premier League membuka jaringan sebelum Harry Kane menyamakan kedudukan dari jarak dekat.

Rodrigo yang berada dalam prestasi terbaik meletakkan Leeds di hadapan sekali lagi, tetapi Ben Davies melakukan rembatan melepasi Illan Meslier untuk mengikat kembali kedudukan.

Satu lagi penyudah Rodrigo yang bijak membuatkan Spurs berada dalam situasi untuk merasai kekalahan liga ketiga berturut-turut di tempat sendiri, tetapi dua gol lewat Bentancur mematahkan hati pelawat.

Kesengsaraan Leeds bertambah apabila Tyler Adams dibuang padang atas kesalahan yang mengundang kad kuning kedua dengan baki tiga minit.

Kemenangan itu mengukuhkan tempat Spurs dalam empat teratas, manakala Leeds jatuh dua anak tangga ke tangga ke-14.

Antonio Conte telah meluahkan selepas kekalahan Piala Carabao hari Rabu oleh Nottingham Forest bahawa jadual sibuk sebelum Piala Dunia Spurs telah menjejaskan pasukannya.

Spurs telah tewas empat daripada tujuh perlawanan terakhir sebelum ini dalam semua pertandingan sebelum lawatan Leeds.

Permulaan perlahan telah menjadi tema dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan perlawanan Sabtu tidak berbeza, Summerville memberikan pelawat pendahuluan yang sewajarnya dengan hanya 10 minit masa permainan.

Hanya Bournemouth dan Manchester United telah melepaskan lebih banyak gol di liga utama dalam tempoh 15 minit pertama perlawanan musim ini berbanding pasukan Conte, yang kini telah bolos empat gol dalam tempoh itu.

Tetapi tuan rumah tidak lama kemudian mula menimbulkan masalah buat Leeds – terutamanya di bahagian kanan, di mana pertahanan Leeds, Pascal Struijk bergelut untuk mengekang Kulusevski yang berada dalam prestasi terbaik.

Gol ketujuh Kane dalam perlawanan di tempat sendiri menjadikan kedudukan 1-1, Rodrigo memanfaatkan kelemahan beberapa pemain pertahanan Spurs dari sepakan sudut untuk meletakkan pelawat kembali di hadapan.

Permainan penuh dramatik berterusan ke separuh masa kedua apabila Davies melakukan percubaan jarak jauh ke gawang, sebelum gol kedua Rodrigo meletakkan Leeds dalam keadaan untuk menikmati kemenangan liga ketiga berturut-turut.

Tetapi Tottenham bangkit sekali lagi apabila Bentancur – yang turut menjaringkan gol kemenangan lewat Spurs di Bournemouth dua minggu lalu – menjaringkan gol liga ketiga dan keempatnya dalam musim ini untuk membuatkan penyokong tuan rumah teruja.

Spurs telah memenangi 13 mata selepas ketinggalan dalam perlawanan Liga Perdana musim ini, lebih banyak daripada pasukan lain. King of comeback sebenar.

Tiga mata berharga ini juga memastikan Spurs terus berada di kelompok empat teratas selepas liga berehat untuk kejohanan Piala Dunia.

Manchester United kurang dua perlawanan berbanding Spurs mampu untuk menyamakan mata namun itu akan hanya dapat dilakukan selepas tamat Piala Dunia.

Kesebelasan Utama Tottenham Hotspur: Lloris, Dier, Lenglet, Davies, Emerson, Hojbjerg, Bentancur, Perisic, Kulusevski, Kane, Richarlison.

Pemain Simpanan: Doherty, Skipp, Sanchez, Gil Salvatierra, Forster, Spence, Tanganga, Lucas Moura, Bissouma.

Kesebelasan Utama Leeds United: Meslier, Kristensen, Koch, Cooper, Struijk, Adams, Roca, Gnonto, Aaronson, Summerville, Rodrigo.

Pemain Simpanan: Ayling, Firpo, Llorente, Perkins, Gyabi, Robles, Gelhardt, Greenwood, Fernandez.

BACA:  Steven Bergwijn Meledak Dua Gol Pada Masa Kecederaan Bantu Spurs Comeback Tewaskan Leicester