Klopp Berang Dengan Keputusan Pengadil Hadiahkan Penalti Saat Akhir Kepada Spurs

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp berkata beliau mungkin terpaksa membayar denda paling tinggi di dunia jika beliau meluahkan segala yang terbuku di hatinya selepas melihat pengadil menghadiahkan penalti pada minit terakhir kepada Tottenham.

Dalam perlawanan tersebut, Tottenham berjaya meraih satu mata selepas pengadil menganugerahkan penalti pada minit ke-95. Pemain pertahanan termahal di dunia, Virgil van Dijk didakwa mengasari Erik Lamela dalam kotak penalti dan pengadil tanpa rasa bersalah memberikan penalti kepada Spurs.

Ref gilooooooo

Insiden ini menimbulkan rasa tidak puas hati pemain dan pengurus Liverpool, yang mendakwa Lamela sengaja merebahkan badan dan sentuhan adalah sangat minimum.

Pemain terhebat England, Harry Kane mengambil sepakan penalti buat kali kedua dalam perlawanan tersebut dan berjaya menjaringkan gol kedua Spurs. Sebelum itu, Kane gagal menyempurnakan penalti pada minit ke-87 apabila rembatan lemahnya berjaya ditampan Loris Karius.

Klopp yang terkenal dengan aksinya di tepi padang, menunjukkan kemarahannya kepada pengadil ke-4 sambil menyifatkan insiden tersebut tidak wajar diberikan penalti.

Klopp melihat insiden tersebut sebagai 2 mata yang hilang, memandangkan sebelum itu Mohamed Salah berjaya menjaringkan gol solo menarik pada minit ke-92 dan Liverpool seakan-akan bakal mengutip 3 mata dari perlawanan tersebut.

Peminat Liverpool pada saat ini, ‘This is our year. YNWA’.

“Terdapat banyak kekasaran pad separuh mata pertama. Terdapat banyak insiden yang sepatutnya diberikan sepakan percuma tetapi pengadil seperti berkata ‘harini kawe x tiup, semuanya dibenarkan’. Tetapi pada penghujung perlawanan, sentuhan paling minimum berlaku dan pengadil memberikan sepakan penalti.”

“Itu bukan penalti. Saya sangat marah tetapi saya tidak mampu mengubah keadaan ini. Jadi apa kerja saya ? Untuk mencipta tajuk berita ? Adakah untuk dihukum dan membayar denda ? Jika saya mengeluarkan segala yang terbuku dalam hati ini, saya akan membayar denda paling tinggi dalam sejarah bolasepak. Perkara ini memang tidak masuk akal.”

Liverpool juga tidak gembira dengan keputusan pengadil untuk memberikan penalti yang pertama kepada Spurs. Kane berada dalam keadaan offside, tetapi pengadil Jon Moss berkata sentuhan yang dilakukan Dejan Lovren sebelum Kane dijatuhkan menyebabkan pemain Spurs tersebut dikira onside.

Pemain termahal Liverpool, Virgil van Dijk mendakwa Kane berlakon untuk mendapatkan penalti tersebut.

Ref yang berhati kering

“Saya rasa itu adalah lakonan. Semua orang dapat melihat itu adalah lakonan tetapi tiada pihak yang mahu bercakap mengenainya. Tetapi bagi saya, itu adalah lakonan.”

“Terdapat juga dakwaan Kane sebenarnya berada dalam keadaan offside. Bagi saya, beliau memang berada dalam posisi offside.”

Keputusan yang berjaya diraih anak buah Mauricio Pochettino ini tentunya menaikkan moral pasukan menjelang pertemuan getir ‘North London Derby’ hujung minggu ini menentang Arsenal.

Dengan keputusan seri ini, Spurs mengelak dari ditinggalkan terlalu jauh dengan Liverpool dan jurang mata di antara dua pasukan ini kekal 5 mata.

BACA:  Guardiola Mungkin Turunkan Skuad Lebih Lemah Bagi Pertemuan Menentang Manchester United