Aksi Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bermain bolasepak ketika perlawanan antara Pasukan Pilihan YB Syed Saddiq dan Dugong All Star.
Syed Saddiq telah menjaringkan kedua-dua gol pasukan pilihan beliau. Gol Dugong All Stat dijaringkan Akim Ahmad dan Mamak Puteh.
Pasukan pilihan YB Syed Saddiq menang menerusi sepakan penalti 4-3 selepas seri 2-2.
Dalam perlawanan ini aksi padu Ronaldo Muar atau Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bermain bolasepak juga dapat dinikmati.
Rangkuman perlawanan penuh:
Selain bola sepak Syed Saddiq juga mempunyai ilmu pertahanan diri aras tinggi dan mempunyai bakat seni dalam nyanyian.
Disamping itu Syed Saddiq boleh bermain permainan tradisional, Batu Seremban dan padu serta mampu membuatkan gadis menangis di bucu tandas.
Syed Saddiq Main Batu Seremban
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mempamerkan kehebatan dalam bermain batu seremban atau selambut.
Selambut atau juga dikenali sebagai Batu Seremban atau Serembat ialah sejenis permainan tradisional yang dimainkan di Malaysia.
Selambut adalah sebutan di sebelah utara dan pantai timur Semenanjung, manakala di pantai barat semenanjung permainan ini dikenali sebagai Seremban.
Selambut biasanya dimainkan oleh kanak-kanak perempuan secara individu atau secara berkumpulan seramai dua hingga lima orang.
Kemahiran yang perlu ada dalam permainan Selambut ini adalah melambung dan menangkap. Kelembutan dan teknik menangkap diperlukan dan tidak sesuai untuk mereka yang kasar.
Bilangan pemain batu seremban ini antara 2-5 atau lebih. Suka hati kau la.
Selain batu biji buah, guli kaca, biji getah, anak batu kerikil atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasa digunakan.
Di zaman moden ini ada karung kain yang dijahit dan diisi dengan biji saga, pasir dan sebagainya juga digunakan. Nak guna batu nisan tak terkaut nanti. Terpacak atas dahi, susah.
Batu Seremban moden.
Selambut memerlukan set anak batu berjumlah 5-10 butir dan biasanya 5 butir jah. Jumlah anak batu adalah ditentukan oleh pemain dan tidak mengikut batu pemain.
Cara permainan sebenar selambut :
1. Lambung dan kaut anak batu satu per satu
2. Lambung ibu dan kaut secara beransur-ansur 1,2,3 lepas tu kaut habis.
3. Dah habis kaut letak batu dalam tapak tangan terbuka.
4. Kemudian Lambung dan tadah batu ya g jatuh dengan bahagian belakang tapak tangan.
5. Kemudian kau lambung sekali lagi dan tangkap seberapa banyak batu yang boleh. Boleh tangakap semua kau power.
6. Tak faham? Tengok video kat atas.
Korang tengok la sendiri kehebatan Syed Saddiq bermain Selambut dengan penuh berseni.
Semasa majlis upacara penutup Kejohanan Taekwando Remaja ke-13 2018 di Stadium Juara Bukit Kiara, Syed Saddiq telah menunjukkan kehebatan dengan menumbuk memecahkan papan sebagai simbolik kepada kejohanan itu.
Gaya tumbukan yang dilancarkan Menteri Belia dan Sukan itu persis kepada jurus Tumbukan Maut Pendekar Laut berkuasa 1 juta hp. Mujur tak keluar belang tarung.
Aksi itu nyata telah berjaya mencairkan hati para wanita di luar sana.
Nikmat , Nyaman, Gurih. harap tak de meletup skrotum.
Syed Saddiq Nyanyi Lagu Patriotik Merdu Bak Buluh Perindu
Menteri Belia dan Sukan yang penuh berdedikasi lag mantul dalam menjalankan tugas beliau terutamanya dalam bidang E-Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyanyikan lagu patriotik kegemaran beliau.
Lagu Sejahtera Malaysia dinyanyikan dengan penuh merdu bak buluh perindu bisa meruntun jiwa sekaligus menaikkan semangat patriotik didalam jiwa-jiwa kita yang merdeka.
“I dedicate my favourite patriotic song to my Malaysian family?? #Merdeka”
——
“Aku tujukan lagu patriotik kegemaran aku kepada seluruh warga Malaysia #Merdeka”
Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, lahir pada 6 Disember 1992, merupakan seorang ahli politik antara yang termuda di Malaysia kini memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri termuda yang pernah dilantik.
Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang ini juga merupakan Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Sambil dengar tu baik korang nyanyi sekali bersama Syed Saddiq. Nah lirik Lagu Sejahtera Malaysia.
Puji dan syukur pada Ilahi
Anugerahnya tiada terhingga
Kedamaian kemakmuran
Malaysiaku bahagia
Dengan tekad untuk berjaya
Berbakti pada nusa dan bangsa
Kami junjung cita-cita luhur
Perpaduan seluruh negeri
Seia sekata sehati sejiwa
Menghadapi cabaran
Kami sedia kami setia
Berkorban untuk negara
Bersemarak Malaysia tercinta
Kibarkan panji kebesarannya
Kami rela menjaga namamu
Sejahtera Malaysia
Syed Saddiq Menyebabkan Gadis Ini Menangis Dibucu Tandas
Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman secara mentah tidak termakan pick-up line dari Sarancak dari stesen radio Hot FM.
Lontaran pick-up line Sarancak nyata tidak menggugat hati Syed Saddiq dan menaggap itu semua sebagai lawak hambar.
Sarancak : Saya ingat YB basuh muka pakai air gula sebab manis je muka YB.
Syed Saddiq : Takde, takde tu memang takde.
Sarancak : YB pakai jam tak?
Syed Saddiq : Pakai.
Sarancak : Saya ada jam juga, jambatan ke hati YB.
Syed Saddiq : Ini kalau di sekolah saya dipanggil lawak tapi lawak hambar.
Terus Sarancak berlari meninggalkan tempat kejadian lalu menangis di bucu tandas.
Seluruh Jiwa Rakyat Thailand Bergetar Dengan Kekacakan Syed Saddiq
Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menggetarkan jiwa-jiwa penduduk Thailand dengan kekacakkan, ketampanan, halus budi pekerti serta berjiwa rakyat lagi berakhlak tinggi.
Ini semua berpunca daripada siaran langsung perlawanan bola sepak kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 antara Malaysia dan dan Thailand menyaksikan Malaysia menang penuh bergaya 2-1.
Jika Brendan Gan yang merupakan wira dalam perlawanan tersebut berjaya mencuri hati rakyat Malaysia dengan aksi adiwiranya yang tidak kenal erti lelah seperti membawa puluhan tangki oksigen ketika bermain lain pula bagi Menteri Belia dan Sukan.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mencuri hati dan jiwa rakyat Thailand yang menyaksikan perlawanan itu secara langsung kerana wajahnya yang tampan, kacak dan bergaya sering kali terpancar di skrin.
Rasa ingin tahu timbul di hati peminat bola sepak Thailand siapakah gerangan pemuda yang kacak itu dan kenapa kamera sering merakam wajahnya, jika VIP sekalipun tanpa pangkat masakan mendapat perhatian.
Pencarian penduduk Thailand ini akhirnya menemui siapa gerangan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, lantas kekaguman timbul dijiwa mereka kerana pada usia 26 tahun sudah menjawat jawatan Menteri.
Memetik laporan daripada laman sesawang Thailand MGA Online :
“Malaysia telah berjaya menewaskan Thailand 2-1 di Bukit Jalil pada 14 November 2019 dalam kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 di kumpulan G/
Ketika perlawanan kamera sering merakam wajah seseorang dan beliau adalah Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang hanya berumur 26 tahun.
Mendapat ijazah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM) dan masuk ke gelanggang politik pada tahun 2016 untuk bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Cy Abdul
Menolak biasiswa dan tawaran ke Universiti Oxford, England kerana mahu meneruskan kerjaya dalam politik.
Maklumat tambahan, Instagram beliau mempunyai lebih 1.8 juta pengikut. Beliau boleh dikatakan sebagai antara ‘barang panas’ dalam perlawanan sengit yang berlangsung di padang.”
Rajin juga media Thailand mencari detail Syed Saddiq ni, baru tahu ada 1.8 juta pengikut kat Instagram. Lepas tu siap label sebagai ‘barang panas’ lagi.
Sampai ada yang tak tengok bola.
Sampai tak tengok bola. Bergetar la tu.
Rakyat Thailand belum tengok gambar kat bawah ni lagi rasanya. Menggeletar habis kau!
Nikmat , Nyaman, Gurih. harap tak de meletup skrotum.
Biodata Ringkas Syed Saddiq Untuk Rakyat Thailand
Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman, lahir pada 6 Disember 1992, merupakan seorang ahli politik antara yang termuda di Malaysia kini memegang portfolio Menteri Belia dan Sukan Malaysia, menteri termuda yang pernah dilantik.
Bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan Undang-undang ini juga merupakan Ahli Parlimen Muar dan Ketua Armada bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Beliau telah menceburi bidang politik dengan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Atas kepercayaan pemimpin atasan parti, beliau telah dilantik sebagai Ketua Armada, satu sayap Pemuda dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia.
Syed Saddiq membuat penampilan sulungnya menentang pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi kerusi Parlimen Muar dan telah dipilih ke Parlimen.
Beliau dilantik sebagai Menteri Belia dan Sukan pada 2 Julai 2018, menggantikan Khairy Jamaluddin yang memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.
Pelantikan ini menjadikan Syed Saddiq sebagai ahli Kabinet termuda dalam sejarah politik Malaysia, sekaligus memecahkan rekod yang dipegang oleh bekas Perdana Menteri Najib Razak.
—-
Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman เกิดเมื่อวันที่ 6 ธันวาคม 1992 เป็นหนึ่งในนักการเมืองที่อายุน้อยที่สุดในประเทศมาเลเซียเพื่อจัดทำแฟ้มสะสมผลงานของรัฐมนตรีว่าการกระทรวงเยาวชนและการกีฬาของมาเลเซีย
เขาเข้าร่วมการเมืองโดยเข้าร่วมกับพรรค United พื้นเมืองพื้นเมืองของมาเลเซีย ในความเชื่อของผู้นำระดับสูงของพรรคเขาได้รับการแต่งตั้งเป็นหัวหน้ากองยานซึ่งเป็นกลุ่มเยาวชนของพรรคยูพื้นเมืองของมาเลเซีย