Kelab-Kelab Arab Saudi Berbelanja Besar dalam Jendela Perpindahan Januari

Empat kelab yang dimiliki oleh Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi iaitu Al Nassr, Al Hilal, Al Ittihad dan Al Ahli telah membelanjakan lebih daripada £100 juta untuk memperkuatkan pasukan masing-masing dalam jendela perpindahan Januari.

Menurut laman web Transfermarkt, 14 pasukan lain di Liga Pro Saudi (SPL) yang tidak dibiayai oleh dana kekayaan negara itu hanya membelanjakan sekitar £12.1 juta.

Dua pasukan yang paling banyak berbelanja ialah Al Nassr melalui pembelian Jhon Duran, penyerang Colombia berusia 21 tahun dari Aston Villa dengan harga £64.5 juta. Harga itu belum termasuk beberapa bayaran tambahan lain. Al Ahli pula membelanjakan hampir £50 juta. Al Ahli membeli pemain tengah Brazil, Galeno dari Porto dengan harga £41.6 juta.

Al Nassr juga membuat 2 tawaran untuk mendapatkan Kaoru Mitoma dari Brighton, £54 juta dan £61 juta namun ditolak.

Walaupun tawaran tersebut tidak berjaya, 2 perpindahan terbesar telah ke Arab Saudi. Duran dan Galeno.

Antara pemain muda lain yang menarik perhatian ialah Matteo Dams, seorang pertahanan berusia 20 tahun yang berpindah dari PSV ke Al Ahli dan Unai Hernandez, seorang pemain tengah berusia 20 tahun yang berpindah dari Barcelona ke Al Ittihad.

Jumlah wang yang dibelanjakan pada bulan Januari itu tidak sebanyak jendela-jendela sebelumnya terutamanya pada tahun 2023. Pada tahun 2023 ramai pemain ternama seperti Sadio Mane, Neymar dan Riyad Mahrez telah berpindah ke Arab Saudi. Hampir $1 bilion dibelanjakan oleh liga itu.

Terdapat juga pemergian pemain ternama termasuk persetujuan bersama antara Al Hilal dan Neymar untuk menamatkan kontraknya yang sepatutnya tamat pada akhir tahun ini. Neymar kembali ke Santos dengan kontrak selama 6 bulan.

Steven Gerrard juga mengundurkan diri. Bekas kapten Liverpool itu bersetuju untuk melepaskan jawatannya sebagai pengurus Al Ettifaq selepas 18 bulan berada disana. Dia melihat jurang semakin besar apabila kelabnya mengurangkan bajet dan kelab-kelab milik PIF pula mempunyai banyak wang.

Arab Saudi sedang bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034. Projek bola sepak dari pihak kerajaan masih menjadi fokus pelaburan. Pegawai-pegawai yang tahu tentang liga itu menganggap akan ada tempoh tenang sebelum satu pelaburan besar yang lain.

Kelab-kelab Eropah sentiasa mahu menjual pemain ke Arab Saudi tetapi pada bulan Januari lepas, kelab di Arab Saudi tidak lagi mahu membeli pemain yang sudah berusia atau yang sedang berada di penghujung karier.

Pusat Pengambilan Pemain Kecemerlangan (PACE) yang ditubuhkan pada 2023-24 adalah penting dalam perancangan pengambilan pemain dari kelab SPL. PACE dipimpin oleh Michael Emenalo, pengarah bola sepak SPL dan bekas pengarah teknikal di Chelsea.

PACE menetapkan anggaran pusat, mengagihkan dana kepada kelab-kelab SPL dan juga membantu mereka dalam mencari pemain baru.

“Kelab-kelab memilih pemain dan kami mendokumentasikannya melalui borang permohonan yang ditandatangani oleh kelab dan kedua-dua jabatan teknikal dan kewangan SPL,” kata Saad Al Lazeez, naib pengerusi SPL, menerangkan bagaimana proses pengambilan berfungsi.

“Setelah pemain dipilih dan lampu hijau diberikan untuk berunding, kelab mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk merundingkan perjanjian berdasarkan nilai pasaran pemain dan anggaran yang ditetapkan.”

Mereka yang dekat dengan SPL percaya bahawa anggaran pusat untuk musim ini sebenarnya akan digunakan untuk musim seterusnya, bermakna tidak ada dana untuk kelab-kelab pada musim panas lepas atau pada bulan Januari.

Mereka beroperasi dengan pemahaman bahawa; untuk menguatkan pasukan, perlu ada satu pemain keluar dan satu pemain masuk.

Pasukan yang dimiliki PIF pula berada dalam keadaan yang berbeza. Mereka boleh membiayai perpindahan dengan cara yang tidak dapat dilakukan oleh kelab lain kerana kekuatan sumber yang mereka miliki. Terdapat banyak projek lain yang memerlukan pelaburan besar di Arab Saudi selaras dengan Visi Saudi 2030, jadi sebarang perbelanjaan perlu dikira.

SPL berusaha untuk mengelakkan satu pasukan mendominasi persaingan domestiknya. Disebabkan itu Al Nassr menandatangani Duran dan cuba untuk membeli Mitoma menjelang akhir jendela. Al Hilal telah memenangi 6 daripada 10 gelaran SPL. Al Hilal kini setanding dengan Al Ittihad yang di puncak liga selepas 18 perlawanan.

Pembelian Duran oleh Al Nassr mungkin menjadi menarik kerana kelab itu kini ketinggalan 8 mata di belakang pendahulu. Ia dilihat sebagai pelaburan untuk menjadikannya liga itu terus kompetitif dan  menarik perhatian.

Perpindahan Duran dijangka menjadi satu lagi gelombang pada tahun 2025. Duran menunjukkan profil yang berbeza; muda, berpotensi dan tahun terbaiknya berada di Arab Saudi.

Terdapat juga keinginan kuat di peringkat tertinggi di Arab Saudi untuk meyakinkan Mohamed Salah dari Liverpool untuk menyertai salah satu kelab SPL. Jika ia berlaku, ia mungkin menjadi kejayaan terbesar SPL.

Pemain lain juga dijangka akan dikaitkan dengan perpindahan ke Arab Saudi dalam beberapa bulan akan datang dan kemungkinan terdapat lebih banyak percubaan untuk mendapatkan pemain handalan seperti Mitoma.

Dengan harapan SPL menjadi bualan di masa depan, musim panas ini mungkin menjadi satu lagi tahun penting dalam pasaran perpindahan.

BACA:  10 Perpindahan Pemain Yang Mungkin Ramai Terlepas Semasa Euro 2020