Nilai Ronaldo Semakin Susut, Bukan Lagi Pemain Paling Mahal Di Arab Saudi

Cristiano Ronaldo mungkin masih lagi dianggap sebagai antara pemain terbaik dunia selain Lionel Messi.

Malah pernah dinobatkan sebagai pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, Ronaldo turut dianggap sebagai antara bintang bola sepak yang masih aktif sehingga ke hari ini.

Namun demikian bintang Portugal itu kini hanya bernilai €15 juta pada hari ini menurut tafsiran terbaru Treansgermarkt.

Nilai tersebut turun €5 juta berbanding kemaskini terdahulu pada Oktober 2022. Nilai tersebut adalah yang paling rendah sepanjang karier beliau.

Malah ketika menyertai Al Nassr pada Disember 2022, Ronaldo pernah dianggap sebagai pemain paling bernilai di Liga Arab Saudi.

Sejak menyertai Al Nassr, Ronaldo telah menjaringkan 14 gol dan menghasilkan 2 bantuan gol daripada 16 perlawanan di Saudi Pro League.

Rekod tersebut bagaimanapun gagal menambah baik nilai pemain itu di Transfermarkt. Malah rakan sepasukan Ronaldo di Al Nassr, Talisca turut diletakkan dengan nilai yang sama oleh Transfermarkt.

Nilai tertinggi yang pernah diletakkan oleh Tranfermarkt untuk Ronaldo ialah pada Oktober 2014, apabila pemain itu bernilai €120 juta.

Pada ketika itu Ronaldo masih lagi beraksi di La Liga dan merupakan bintang utama Real Madrid apabila meledak 51 gol daripada 47 perlawanan pada musim 2013/14.

Nilai terkini Ronaldo juga bermakna beliau bukan lagi pemain termahal di Saudi Pro League.

Rekrut terbaru. Karim Benzema yang menyertai Al Ittihad kini merupakan pemain termahal beraksi di liga itu apabila dinilai pada tanda harga €35 juta.

Selepas Benzema, pemain kedua termahal yang beraksi di liga tersebut pada nilai €20 juta.

Seperti Benzema, pemain antarabangsa Perancis itu menyertai Al Ittihad secara percuma dan dilaporkan menerima pendapatan €100 juta semusim.

BACA:  Coutinho: Neymar & Salah Mampu Gugat Dominasi Ronaldo-Messi