Keluarga kepada mendiang Jose Antonio Reyes berhadapan dengan kemungkinan diusir daripada kediaman mereka berikutan masalah kewangan yang serius selepas kematian bekas pemain Arsenal itu.
Pemain sayap The Gunners itu maut bersama-sama sepupunya berusia 23 tahun, manaka seorang lagi lelaki mengalami cedera parah selepas kenderaan yang dipandu Reyes terbabit dengan nahas jalan raya di Utreta, Sebilla pada Jun 2019.
Pada ketika itu Reyes dipercayai sedang dalam perjalanan pulang selepas tamat latihan bersama kelabnya Extremadura
Kematian Reyes tidak meninggalkan wasiat, sebelum asetnya dipindahkan kepada tiga anaknya sebagai pemilik pertama. Disebabkan anaknya semua masih dianggap dibawah umur, semua aset tersebut kemudiannya dipindahkan kepada isterinya, Noelia Lopez.
Jose Antonio Reyes has died tragically in a car accident.
Our thoughts are with the family and friends of the former Spain international, who was just 35. 🌹 pic.twitter.com/nNLginPW40
— GOAL (@goal) June 1, 2019
Lopez juga mengakui tidak mempunyai sebarang idea mengenai masalah yang dihadapi oleh keluarganya dan mendedahkan beliau terpaksa bersetuju dengan setiap isu yang timbul tanpa bantuan keluarga sebelah Reyes.
“Saya sedang berusaha untuk mencungkil setiap perkara, dan sedang cuba mencerna masalah ini,” kata Lopez kepada media.tang Arsenal itu dipercayai telah mencetuskan pertelingkahan di antara Lopez dan keluarga suaminya itu.
Dan sejak daripada itu Lopez telah berpindah ke Jaen untuk lebih dekat dengan keluarganya bersama-sama dua anak perempuan hasil perkahwinan dengan Reyes.
Jose Antonio Reyes was part of Arsenal's Invincibles side managed by Arsène Wenger in the 2003-04 season.
The former Real Madrid winger has died in a car accident aged 35.
"We couldn't offer any worse news."
More ➡ https://t.co/pYAsP2wkpk pic.twitter.com/aks0zvXFb5
— BBC Sport (@BBCSport) June 1, 2019
Anak lelaki Reyes pula menyertai akademi Real Madrid pada Jun tahun yang sama tidak lama selepas nahas membabitkan ayahnya sebagai tanda penghormatan daripada kelab.
Lopez kini mengakui dirinya tidak terlibat dalam soal kewangan suaminya ketika masih hidup.
“Saya sentiasa tidak terlibat berkenaan hal kewangan suami saya,” jelas beliau.
Kini tiga hartanah atau kediaman milik Reyes tiba-tiba disenaraikan untuk dilelong dalam tempoh beberapa hari mendatang – termasuk kediaman yang didiami ibu bapanya yang sudah mendapat perintah pengusiran daripada mahkamah sebelum 26 Jun akan datang.
Diario AS melaporkan keluarga Reyes gagal melangsaikan bayaran untuk ketiga-tiga kediaman milik pemain itu.
Ibu bapa Reyes kini dilaporkan sudah melantik peguam dan mendakwa turut tidak tahu menahu mengenai status kediaman yang dibeli anaknya itu.
Kediaman tersebut dinilai pada harga £256,000, manakala sebuah lagi pangsapuri di Utrera yang dibeli oleh Reyes kini bernilai £128,000. Sebuah lagi kediaman tidak dapat dipastikan nilai semasanya.