Pasukan Terburuk Eropah Kumpul Bekas Pemain Arsenal Untuk Selamatkan Musim Mereka

Pasukan terburuk Eropah ketika ini, Benevento sedang cuba menandantangani beberapa pemain Arsenal pada tahun 2010 selepas berjaya mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan City dan Arsenal, Bacary Sagna.

Benevento yang kini berada di tangga tercorot Serie A, bercadang mahu memancing dua lagi bekas pemain Arsenal iaitu Samir Nasri dan Alex Song.

Jom cari makan dekat Itali

Benevento menempuhi musim yang amat mencabar setakat ini dan hanya mampu mengumpul 7 mata dari 23 perlawanan. Mereka hanya berjaya mencatatkan 2 kemenangan dan 1 seri sahaja, dan kalah 20 perlawanan.

Statistik ini membuktikan mengapa Benevento digelar pasukan terburuk dalam kalangan pasukan yang bertanding dalam 5 liga atasan Eropah. Awal musim lalu, mereka berjaya mencatatkan keputusan seri menentang AC Milan selepas penjaga gol mereka menjaringkan gol pada saat akhir untuk mengikat Milan.

Bagi menyelamatkan musim mereka, Benevento sangat aktif dalam pasaran perpindahan Januari lalu demi mengelakkan pasukan mereka disingkirkan dari Serie A musim hadapan.

Cerita musim lepas Benevento di Serie B. Musim depan mungkin kembali ke sana

Bacary Sagna bersetuju untuk bermain dengan kelab tersebut sehingga tamat musim ini selepas dilepaskan oleh Manchester City hujung musim lalu. Kini Benevento sedang memburu dua lagi bekas rakan sepasukan Sagna di Arsenal, iaitu Samir Nasri dan Alex Song, seperti dilaporkan oleh akhbar Itali, Calciomercato.

Kedua-dua bekas pemain Arsenal ini tidak terikat dengan mana-mana kelab ketika ini dan bila-bila masa sahaja boleh bermain dengan Benevento.

Bekas pemain City, Nasri baru sahaja dilepaskan oleh kelab Turki, Antalyaspor selepas kontraknya ditamatkan lebih awal oleh kelab tersebut minggu lalu. Beliau sempat bermain selama 6 bulan sahaja di Turki sebelum dilepaskan Antalyaspor.

Hanya Lord mampu selamatkan Benevento dari disingkirkan liga musim ini

Song pula meninggalkan pasukannya, Rubin Kazan selepas berlaku masalah berkenaan gaji dengan kelabnya. Beliau dilihat sedang menjalani latihan bersama Arsenal pada masa sekarang bagi mengekalkan tahap kecergasannya.

Jika Benevento berjaya meyakinkan Song dan Nasri untuk berhijrah ke Itali, ini bermakna 3  pemain dari skuad Arsenal musim 2010/2011 bakal kembali bersama dalam ‘Mission Impossible’ untuk mengelakkan Benevento dari disingkirkan liga musim hadapan.

Mungkin bekas pemain Arsenal lain seperti Emmanuel Frimpong, Sebastien Squillaci dan Nicklas Bendtner akan menerima panggil telefon dari Benevento dalam masa terdekat ini. Siapa tahu….

BACA:  "Dah Tu Bila Nak Celebrate?"- Odegaard Ketawakan Kritikan 'Killjoy' Carragher