Thomas Tuchel menjadi pengurus kedua di England yang dipecat selepas Scott Parker.
Semuanya gara gara Chelsea kalah dengan tidak bermaruah di tangan kelab yang seperti bunyi serbuk pencuci pakaian iaitu Dinamo Zagreb.
Menurut laman ProductNation jenama Dynamo diianggap 10 jenama yang paling mewangikan pakaian.
Jenama sabun basuh baju DYNAMO sudah menjadi pilihan utama para suri rumah.
Sabun cecair ini sangat efektif membasmi bakteria dengan hanya satu penutup penuh botol untuk cucian banyak.
Walaupun dengan satu penutup botol, tetap mampu membersih pakaian tanpa meninggalkan kesan kotoran.
DYNAMO anti-bakteria turut memberi bau cucian yang wangi dan tahan lama.
Paling best, sabun ini dapati melindungi pakaian dari sebarang pembiakan kulat dan bau hapak.
Sekaligus menjadikan pakaian tetap bersih walaupun sudah dibasuh lama.
Jangan risau molekul sabun Dynamo tidak akan melunturkan atau meninggalkan kesan tompokan warna.
i guna dynamo liquid detergent + dynamo powder detergent (mix) then i guna brush basuh baju tu but yang lembut sikit the brush tak kasar sebab nanti kasut rosak ! so far i buat kat skechers , crocs , nike , vans semua okayy and looks new 😻 i ada attach apa i guna kat bawah 👇🏻 pic.twitter.com/8so5Vd3At4
— naynay (@shaazanajalil) September 5, 2022
Dalam aksi antara Chelsea dan Dynamo Zagreb, Chelsea kalah 1-0 di tempat lawan.
Selepas tamat perlawanan, Tuchel mengkritik para pemainnya sendiri menyatakan bahawa mereka agak malas di atas padang dan kurang bersungguh sungguh.
Selepas membelanjakan hampir £300 juta untuk membeli pemain baharu, terutama sekali menguatkan benteng pertahanan, dengan berterusan membeli pertahanan baru, Tuchel dianggap sudah harus dihalau keluar dari kelab kerana kalah 1-0 di tangan Dinamo Zagreb.
Tuchel merupakan pengurus yang membawa Chelsea menjuarai Liga Juara Juara Eropah, Piala Super Eropah dan Piala Dunia Kelab. Menjadikannya watak kesayangan di Chelsea. Dia juga pernah dinobatkan sebagai pengurus terbaik di Eropah.
Namun kini dia terpaksa akur bahawa khidmatnya di Chelsea sudah tidak diperlukan lagi.
Chelsea dalam kenyataannya bertulis: “Bagi pihak semua orang di Chelsea FC, Kelab ingin mengucapkan terima kasih kepada Thomas dan kakitangannya atas segala usaha mereka sepanjang mereka bersama Kelab.
Thomas berhak mendapat tempat dalam sejarah Chelsea setelah memenangi Liga Juara-Juara, Piala Super dan Piala Dunia Kelab pada eranya di sini.”
“Kakitangan kejurulatihan Chelsea akan bertanggungjawab ke atas latihan dan persiapan pasukan untuk perlawanan akan datang kerana Kelab akan bergerak pantas untuk melantik ketua jurulatih baharu.”
“Buat masa ini tiada komen lanjut lagi sehingga pengurus baharu dilantik kelak.”
Pemecatan ini didakwa susulan prestasi Chelsea yang terus memburuk. Daripada 3 perlawanan terakhir, Chelsea hanya menang satu sahaja. Dua daripadanya berakhir dengan kekalahan.
Dilaporkan Chelsea meminta peluang kedua daripada pengurusan tertinggi Chelsea. Namun Todd Boehly merasa sudah hilang sabar, seakan akan kena scam hidup hidup apabila Tuchel membelanjakan £300 juta dan pasukannya pada ketika ini kelihatan masih tidak menunjukkan nilai £300 juta.
Walaupun di mata pemilik Chelsea, Tuchel sudah gagal, namun bagi segelintir peminat bola sepak, tindakan Chelsea terlalu drastik.
Ini kerana Tuchel baru sahaja mengumpulkan kesemua pemain baharunya untuk diadun lembut bersama dengan pemain pemain lamanya.
Paling kasihan Pierre Emerick Aubameyang yang hampir menitis air matanya kerana gembira dalam bergandingan sekali lagi bersama Tuchel, hanya sempat beraksi 59 minit sahaja.
Pierre-Emerick Aubameyang was reunited with Thomas Tuchel for 59 minutes… 😭😂 pic.twitter.com/QXK5w3Q40f
— Footy Humour (@FootyHumour) September 7, 2022
Chelsea dilaporkan berminat mendapatkan Graham Potter untuk menjadi pengurus baharu mereka, supaya dia turut merasa dipecat tahun depan pula.
Selain Graham Potter, nama Mauricio Pochettino dan Zinedine Zidane macam biasa akan sentiasa dikaitkan dengan mana mana kelab yang baru membuang pengurus.
Tetapi Chelsea sudah merisik Graham Potter untuk menerajui cita cita besar pemilik baharu mereka selepas ini.