Bagi peminat permainan video Mobile Legends: Bang Bang, nama Kimi Hime pasti tidak asing dengan permainan itu.
Kimi Hime atau nama sebenarnya Kimberly Khoe dilahirkan pada 4 Januari 1993 di Jakarta, Indonesia.
Kimi Hime merupakan seorang YouTuber terkenal di rantau Asia dengan mempunyai lebih dari 2.5 juta subscriber.
Dari mana datangnya nama Kimi Hime?
Kimi itu adalah dari nama asalnya Kimberly dan Hime pula membawa maksud permaisuri dalam bahasa Jepun.
Dari situlah beliau mendapatkan nama Kimi Hime lalu menjadikan nama itu sebagai nama gelarannya.
Kimi Hime adalah seorang mahasiswi lepasan dari Universitas Bonda Mulia dan mengambil jurusan Sistem Informasi.
Kimi Hime sudah mula terlibat dalam dunia permainan video sejak dari bangku sekolah lagi, namun beliau telah dihadkan waktu permainannya 4 jam saja sehari oleh orang tuanya.
Kimberly Khoe mula terkenal sejak beliau aktif menjadi YouTubers, bermain permainan video secara profesional dan menjadi seorang pengulas.
Karier Kimi Hime sebagai gamers
Kimi awalnya menjadikan permainan video ini sekadar hobi beliau untuk mengisi masa lapangnya.
Kerana, Kimi sejak kecil lagi sudah mula bermain permainan video dan menjadi rutinnya untuk bermain sekiranya ada waktu terluang.
Kimi Hime sejak juga dahulunya meminati permainan video klasik yang ada di Nes, Sega, Tamagochi dan Tetris.
Saking gabutnya nnton kimihime live 🥺 pic.twitter.com/KJNn0RXqBi
— Erwin Arif Kurniawan (@erickstranzl) April 12, 2020
Selain itu Kimi juga turut menggemari segala jenis permainan video yang ada ketika dahulu baik bermain PlayStation sampai lah bermain permainan tembak itik.
Permainan video dalam talian yang pertama sekali beliau main adalah Ragnarok. Selepas dari itu, Kimi mula bermain permainan Dota.
Ketika mula bermain Dota, nama Kimi sudah mula terkenal dan beliau sudah mempunyai bilangan pengikut yang ramai ketika itu.
Mabar yuu.. kimi bosen menang sendiri…. pic.twitter.com/XOkft9ZGZr
— Bang INO 🌞(S.hiatsu) (@Ieeminhou) April 11, 2020
Selepas bermain Dota, Kimi mula bermain permainan video Mobile Legend. Dari permainan itu lah Kimi menjadi terkenal, bukan saja di Indonesia, tetapi hampir seluruh rantau Asia Tenggara.
Sehingga kini beliau masih lagi aktif bermain permainan video dalam talian dan sering membuat siaran langsung di laman sosial miliknya.
Kimi Menjadi Pengulas eSport
Selain bermain permainan video, beliau juga merupakan seorang pengulas dalam sukan eSport. Kimi sering membuat ulasan dalam permainan video dan menyiarkan di laman sosial miliknya.
Kimi juga pernah dipanggil untuk menjadi urus setia dan pengadil untuk pertandingan eSport.
Kerana mempunyai bakat semula jadi dan minat yang luar biasa dalam permainan video ini, memang tidak menjadi masalah untuk Kimi mengulas apa saja jenis permainan video yang dimainkan.
Kimi juga pernah sertai pasukan eSport bernama Revival Ladies dan beraksi di divisi dota 2 pada tahun 2016 sebagai ketua pasukan.
Penampilan Kimi Hime
Kimi adalah seorang gadis muda yang berpenampilan sangat cantik. Mempunyai Kulit yang putih gebu serta bijak dalam berkata-kata.
Setiap siaran langsungnya pasti mendapat jumlah tontonan yang tinggi, siapa saja tidak tergoda dengan melihat kecomelan serta kemanjaaan yang Kimi persembahkan ketika dalam siara langsungnya?
Rupa paras yang cantiknya bukan saja menaikkan jumlah tontonan tetapi ia juga menaikkan semangat penonton.
Dengan melihat dari segi potongan badan yang dimiliki, ramai beranggapan bahawa Kimi pernah melakukan pembedahan plastik terutama di bahagian dada nya.
Namun, Kimi pernah mendedahkan bahawa beliau tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan untuk tujuan menarik perhatian penonton.
Kimi pernah mengadakan sesi soal jawab bersama peminatnya, lalu ada yang bertanya berkaitan isu itu kepadanya.
Kimi menjawab dengan jelas bahawa beliau tidak pernah melakukan pembedahan dan beliau sendiri malu dengan ukuran besar yang dimilikinya.
Gosip dan Kontroversi
Sebelum ini Kimi pernah digosipkan mempunyai hubungan cinta bersama Ericko Lim.
Namun kedua-dua mereka telah menafikan hal itu, akan tetapi, banyak spekulasi yang menyatakan mereka berdua sememangnya ke arah yang lebih serius.
Salah satu kontroversi terbesar yang pernah dikaitkan dengan beliau adalah, Kimi sering memakai pakaian yang mencolok mata setiap kali membuat siaran langsung dan hal itu tidak disenangi oleh masyarakat Indonesia.
Hal ini kerana kebanyakkan pengikut beliau masih kanak-kanak dan antara mereka masih berusia sekitar 10 hingga 16 tahun.
Pada Julai tahun lalu, Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia(Kemenkominfo) telah memanggil Kimi atas kesalahan tiga konten video dari channelnya dilaporkan melanggar etika kemasyarakatan.
Konten yang dimaksudkan juga telah di ambil tindakan oleh pihak Youtube dengan memastikan video itu tidak lagi boleh dilayari di negara Indonesia, tetapi masih boleh ditonton dari luar negara mereka.
Pencapaian Kimi Hime
Kimi membuka channel Youtube peribadinya pada tahun 2016. Bermula dari kecintaanya terhadap permainan Dota 2, Kimi mula menyiarkan semua aksi permainannya kedalam channel miliknya.
Kimi turut menyiarkan video beliau mengulas pelbagai aksi permainan video kedalam laman YouTube miliknya.
Dalam tempoh enam bulan sahaja, Kimi sudah berjaya mendapatkan 100,000 subscriber dan memperoleh Silver Play Button dari Youtube.
Kimi kerap mengenakan tajuk live yang kontroversi sehingga ada konten beliau dianggap “clickbait” dan mendapat julukan nama “Ratu Clickbait” Indonesia.
Kimi juga suka menggunakan “Dauble meaning” untuk tajuk siaran langsung nya.
Kimi Hime pernah menjadi Naib Juara dalam pertandingan Onmyoji Arena Asec Championship untuk benua Asia tanggara.
Beliau sememang nya antara youtubers yang paling berjaya di dalam industri permainan video. Banyak menerima jemputan di dalam dan luar negara.
Mungkin sebelum ini korang kenal Kimi sebab nak cuci mata sahaja, jadi boleh lah baca kisah pendek ini untuk kenal beliau secara lebih mendalam.