Akhirnya bekas pemain pertahanan Swansea dan Espanyol, Jordi Amat telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain terbaharu pasukan Harimau Selatan, Johor Darul Takzim (JDT).
Pengumuman rasmi ini dilakukan melalui sebuah video berdurasi 38 saat yang mengalukan kedatangan Jordi Amat sebelum disusuli dengan hantaran bergambar.
“Welcome to the Home of the Southern Tigers!”
—
“Selamat datang ke Rumah Harimau Selatan!”
Sebelum ini Tengku Makhota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail yang juga pemilik JDT telah mengumumkan bahawa Jordi Amat akan beraksi di Liga Super Malaysia.
Berita ini telah menimbulkan keributan dan kemarahan dikalangan penggemar bola sepak Indonesia dan Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) telah mengeluarkan kenyataan.
Jordi Amat merupakan pemain yang sedang dalam proses naturalisasi oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) bersama dua lagi pemain Eropah, Sandy Walsh dan Shayne Pattynama.
Dalam kenyataannya Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) berharap, Jordi Amat untuk terus bermain di bumi Eropah yang lebih tinggi tahapnya.
Tapi kini Jordi Amat sah bersama JDT di bumi Malaysia. Entah apa pula reaksi dari seberang selepas ini.
Siapa Jordi Amat?
Jordi Amat Maas nama penuhnya dilahirkan pada 21 Mac 1992 menyertai akademi dan sistem pembangunan pemain muda Espanyol pada umur 7 tahun pada tahun 1999 sehingga 2009.
Pemain pertahanan ini membuat kemunculan sebagai pemain senior bersama pasukan B di Segunda Division B pada tahun 2009 dan 2010.
Pada 24 Januari 2010 di usia 18 tahun, Jordi Amat telah bermain perlawanan La Liga pertamanya bersama skuad utama dan menamatkan musim pertama dengan 26 penampilan di La Liga dan Espanyol berada ditangga kelapan.
Kemudian Jordi Amat telah dipinjamkan ke Rayo Vellacona pada musim 2012/13 dan menjadi pilihan untuk kesebelasan utama sepanjang musim.
Coming Soon – Jordi Amat >>> @OfficialJohor #Transfer #SNEimages #SNEsportCo pic.twitter.com/NFCe4b7R9V
— sneimages🇲🇾 (@sneimages1) June 28, 2022
Pada Jun 2013 Jordi Amat menyertai Swansea dan melanjut kontrak selama setahun pada 2015 untuk terus kekal bersama Swansea sehingga 2018 dan pernah dipinjamkan ke Real Betis selama semusim.
Jordi Amat telah kembali ke Rayo Vellecano pada 2018 dan dipinjam ke K.A.S Eupen selama setahun sebelum diikat secara tetap pada penghujung musim.
Bersama Eupen dari 2019 kini sudah tiba penamatnya dan Jordi Amat mahu meneruskan kariernya bersama JDT.
Jordi Amat pernah mewakili pasukan kebangsaan Sepanyol bawah 16, 17, 18, 19, 20 dan 21 dan pernah membuat dua penampilan bersama skuad kebangsaan Catalonia.
Sepanjang kariernya di La Liga bersama Espanyol, Real Betis dan Rayo Vellecano, Jordi Amat pernah bermain menentang Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Sergio Aguero.
Ketika bersama Swansea di Premier League lawan Jordi Amat adalah pemain seperti Wayne Rooney, Harry Kane dan sekali lagi Sergio Aguiro.
Dengan usianya 30 tahun dan pengalamannya bermain menentang pemain bola sepak terbaik dunia, kehadiran Jordi Amat amat besar maknanya buat JDT.
Top 10 Sebagai Pemain Call of Duty
Sisi lain yang teramat menarik ada pada Jordi Amat adalah beliau pernah menduduki carta 10 terbaik dunia untuk permainan video popular Call of Duty.
Pemain kelahiran Sepanyol yang berdarah Indonesia itu menggunakan permainan video tersebut untuk menghilangkan tekanan ketika beliau masih beraksi bersama Swansea City.
Lawannya dalam permainan video itu adalah rakan sepasukan, Angel Rangel di dalam permainan video tersebut dan kedudukan terbaiknya adalah tempat ke-8 dunia.
"I’ve been playing Call of Duty all of my life. We were 8th in the world at one point." @JordiAmat5 interview: https://t.co/ebFZIYpDbf pic.twitter.com/41kEzz9UCh
— SoccerBible (@SoccerBible) March 25, 2017
Adiknya pula adalah gandingan serasi dalam permainan video Call of Duty dan telah 10 tahun dia bergelumang dengan permainan video ini.
“Saya bermain Call of Duty sepanjang hidup saya, dan saya dan adik bermain permainan itu sejak lebih 10 tahun yang lalu. Pada satu ketika kami pernah memegang kedudukan ke-8 dunia untuk pemainan video tersebut.” katanya kepada Soccerbible.com.
“Kami adalah gandingan yang sangat serasi, dan berkata, ‘Okay, sasaran kita adalah untuk berada di ranking 10 pemain terbaik, dan untuk tempoh sebulan kami berjaya mengekalkan kedudukan tersebut. Ia amat menyeronokkan.”
“Konsol permainan pertama yang saya miliki adalah PlayStation 1 berwarna kelabu. Selain itu saya juga bermain permainan Crash Bandicoot – yang menjadi kegemaran saya.”
Terlalu istimewa bakat yang ada pemain terbaharu JDT ini yang cemerlang dalam permainan di alam maya dan juga dunia realiti.