Pada tahun 1992/93 merupakan musim pertama Divisyen 1 England dijenamakan semula dengan nama ‘English Premier League atau Liga Perdana Inggeris’ yang kini telah menjadi liga bola sepak paling kompetitif dan terbaik di dunia.
Pada ketika itu juga menyaksikan Newcastle United telah berjaya meraih promosi ke Liga Perdana selepas menjuarai Divisyen 2 yang kini dikenali sebagai ‘Championship’.
Kehadiran Newcastle United ke Premier League bukanlah untuk sekadar menjadi pasukan pelengkap liga malahan berjaya menjadi pasukan pencabar kejuaraan.
The glory days look set to return to St. James’ Park ⚫️⚪️
📖 A new chapter begins… pic.twitter.com/zA7DNE9fZH
— Football on BT Sport (@btsportfootball) October 7, 2021
Lantaran itulah kenapa Newcastle United mempunyai peminat dari serata dunia dan dengan pengambilalihan konsortium dari Arab Saudi, Newcastle United boleh menjadi kelab lebih popular berbanding Chelsea apatah lagi Manchester City.
Sejak kewujudan Premier League pada tahun 1992 dan bukannya 2016, siapakah 3 pengurus terbaik Newcastle United?
1. Keevin Keegan
Kevin Keegan telah berjaya membawa Newcastle United dari penyingkiran ke divisyen ketiga pada musim pertamanya bersama The Magpies dan membawa Newcastel United naik ke Premier League pada musim 1992/1993.
Musim 1992/1993 Kevin Keegan berjaya membawa Newcastle United menamatkan saingan Premier League di tempat ketiga dan menjadi kejayaan terbaik kelab sejak 1927.
Dengan menerapkan falsafah permainan menyerang yang nyata menghiburkan lagi mengujakan menyebabkan agensi berita, Sky Sport telah melabel Newcastle United sebagai “The Entertainers”.
#KevinKeegan poses with #JohanCruyff at a book launch in Los Angeles in 1979 pic.twitter.com/Qqdy4P9NKI
— OldFootballPhotos (@OldFootball11) October 11, 2021
Detik terbaik Newcastle United dengan pantas berlaku apabila terus memberi saingan kepada pasukan utama sepanjang 5 musim setengah Kevin Keegan sebagai pengurus.
Dua kali menamatkan kempen liga sebagai naib juara 1995/96 dan 1996/97 dan 1 kali di tempat ke-3. Pencapaian itu terus mengangkat nama Keegan sebagai pengurus terbaik dalam era bola sepak moden.
Musim 1996/97 menyaksikan Newcastle hampir sahaja bergelar juara, kemenangan 4-3 ke atas Liverpool di Anfield sering kali dianggap sebagai perlawanan terbaik dalam sejarah Premier League.
When Kevin Keegan went off on one as Newcastle manager, simpler times.#RetroMomentspic.twitter.com/v2O2B1r0Xo
— The Set Pieces (@thesetpieces) October 12, 2021
Kejayaan Kevin Keegan dengan falsafah menyerang dikuasakan oleh pemain penyerang yang berbakat iaitu David Ginola, Les Ferdinand dan Alan Shearer yang dibeli dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £15 juta.
Pada ketika itu jugalah wujud sekumpulan pendokong kelab ini di Malaysia, pada hari ini mereka kembali bermimpi untuk bersaing dengan kelab elit eropah selepas dibeli oleh Konsortium Arab Saudi.
Keegan telah memberi tenaga luarbiasa di bandar Newcastle. Kelab ini mula kembali ke pertandingan kelab eropah selepas hampir 20 tahun tersisih.
Brilliant that our new owners are already talking to Alan Shearer and Kevin Keegan.
Just listen to King Kev. #NUFC pic.twitter.com/MMQIFH6U4P
— Demand a Club That Tries (@IfRafaGoesWeGo) October 9, 2021
Sebelum era Keegan, Newcastle adalah kelab divisyen 2. Bermain selama 10 musim dari 15 tahun terakhirnya.
Selepas itu Newcastle berubah dan tidak lagi mempunyai masalah di divisyen 2. Newcastle jatuh 3 kali tetapi terus kembali semula, juara 3 kali.
Semua itu berlaku selepas era Keegan.
2. Bobby Robson
Selepas berakhirnya era Kevin Keegan yang meninggalkan Newcastle pada januari 1997, Kenny Danglis mengambil alih namun tidak lama apabil Ruud Gillit pula mencuba pada tahun 1998.
Namun Ruud Gullit juga tidak lama apabila tidak bersependapat dengan pengerusi kelab, Freddy Shepherd. Gullit berhenti selepas empat perlawanan musim 1999/2000 bermula.
Sir Bobby Robson yang akan sentiasa disayangi dan mempunyai pengaruh besar dalam dunia bola sepak telah hadir menjadi teman pengganti lalu menjadi antara pengurus terbaik kelab.
Sir Bobby Robson walking out at St James' Park before his first game as Newcastle manager. pic.twitter.com/dl058rgYRQ
— Sky Sports Retro (@SkySportsRetro) October 8, 2021
Selepas Newcastle United mula menunjukkan kejatuhan dan mencari pengurus mana boleh mengangkat semula kelab ini, Robson hadir memperbaikinya.
Walaupun Kenny Dalglish dan Ruud Gullit berjaya mengekalkan Newcastle bermain di pertandingan eropah namun cengkamannya di liga menurun dengan drastik.
Daripada pasukan 4 terbaik menjadi pasukan pertengahan bawah.
What is a club in any case?
“It’s the noise, the passion, the feeling of belonging, the pride in your city”
– Sir Bobby Robson – #NewcastleUnited ⚫️⚪️ pic.twitter.com/4zvwnYJG9R
— James Coppinger (@Coppinger26) October 8, 2021
Selepas 2 tahun kehadiran Robson, Newcastle United berjaya memperbaiki reputasinya. Dua kali Newcastle menamatkan kempen di tanggan ke-3 dan ke-4.
Robson juga mengembalikan semula kemampuan yang dimiliki oleh Alan Shearer yang kembali menjadi mesin gol dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman.
Pengurus ini juga mempunyai kemampuan membina pasukan dengan pemain muda. Kieron Dier antara pemain muda yang berjaya diangkat ke tahap tertinggi.
Newcastle United's takeover by a Saudi Arabia-led consortium is the best news the Premier League club has had since Bobby Robson took charge in 1999, former midfielder Rob Lee said. https://t.co/tBZLLvVtHi
— Times LIVE (@TimesLIVE) October 12, 2021
Kejayaan berada di kelompok 4 terbaik dalam pertandingan Piala UEFA menjadi pencapaian tertinggi Newcastle, pencapaian terbaik dalam sejarah kelab.
Walaupun disayangi peminat dan disegani dalam dunia bola sepak, Bobby Robson telah dipecat pada Ogos 2004 ekoran beberapa insiden yang tidak sependapat dengan kelab.
Sejak itu secara perlahan-lahan Newcastle United semakin mendap dan era pemilikan Mike Ashley terus membawa ke lembah kehancuran.
3. Rafa Benitez
Seorang pengurus yang sentiasa dihormati oleh pada penyokong Newcastle, pengurus yang mempunyai nama besar yang sudi bersama kelab yang menjadi semakin kecil dan mendap.
Newcastle United lebih memerlukan Benitez berbanding Benitez memerlukan Newcastle United walaupun awak terlalu baik untuk saya.
Menyertai kelab ketika pasukan sedang bergelut untuk mengekalkan tempat di Liga Perdana, akhirnya Newcastle jatuh juga namun Benitez sudi kekal, untuk kembali mengangkat pasukan ini.
The relationship between Rafa Benitez & @NUFC was special 🙌
Together, they produced a fairy tale 16/17 @SkyBetChamp season 🏆
This is #EFLRewind ⚽️⏪ #NUFC pic.twitter.com/BLJK2LeVBI
— Sky Bet (@SkyBet) May 23, 2020
Walaupun Benitez tidak mempunyai pencapaian seperti Alan Pardew malah jauh dari Keegan dan Robson, Benitez sentiasa memandu kelab dengan ‘penuh kasih sayang’.
Benitez sentiasa mahu mengangkat kelab ini namun tidak pernah mendapat sokongan cukup dari pemilik yang hanya memikirkan keuntungan kepada poket sendiri.
Rafa Benitez mengambil alih dari Steve Mclaren dengan kontrak 3 tahun yang dipecat apabila meletakkan Newcastle ditangga ke-19 dengan enam kemenangan daripada 28 perlawanan.
#OnThisDay in 2016, Newcastle hired Rafa Benitez.
✔️ Won the Championship
✔️ Finished 10th in top flight
✔️ On 34 points with eight matches leftAll with minimal money to spend. pic.twitter.com/kwpSwTiDfp
— 888sport (@888sport) March 11, 2019
Benitez tidak berjaya menyelamatkan Newcastle dari jatuh ke liga kumbahan. Benitez kembali membawa Newcastle ke Premier League dengan menjuarai liga Championship.
Benitez memacu Newcastle menamatkan musim 2017/18 ditangga ke-10 dan tempat ke-13 dimusim 2018/19 sebelum meninggalkan kelab pada June 2019 selepas tidak mahu menyambung kontrak.
Pengurus dari Sepanyol itu mungkin tidak tahan lagi dengan janji palsu Mike Ashley yang tidak mahu mengeluarkan wang dan hanya fokus kepada peluang perniagaan sahaja.
Newcastle fan on Sky Sports:
🗣️ ''We've gone from Rafa Benitez to a mid-table Championship manager and you expect us to be happy?''#NUFC pic.twitter.com/sYnBoEJmfh
— William Hill (@WilliamHill) July 17, 2019
Bukan senang untuk mana-mana pengurus mahu ‘hidup’ dalam era Mike Ashley yang hanya menjadikan kelab sebagai ‘papan iklan’ perniagaannya.
Era Newcastle tidak mempunyai apa-apa cita-cita. Hanya Benitez mampu menarik peminat untuk terus kekal melihat pasukan ini.