Mohammed Bin Salman Ditawarkan Untuk Membeli AS Roma, Apa Berlaku Pada Newcastle?

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman telah dihubungi oleh pihak AS Roma membincangkan kebarangkalian untuk pengambilalihan kelab itu walaupun beliau dikaitkan dengan Newcastle.

Urusan pengambilalihan The Magpies dari Mike Ashley yang melibatkan pembelian mega bernilai £300 juta dari Konsortium Amanda Staveley nampaknya seperti mengalami sedikit masalah.

Mendengarkan hal itu, AS Roma telah menghubungi pihak Mohammed bin Salman untuk mengatahui perkembangan di St. James Park yang dilihat sudah tergendala ketika ini.

Pemilik pasukan AS Roma, James Pallotta telah melantik Goldman Sachs untuk menjadi ejen bagi mencari pembeli kelab miliknya.

Goldman Sachs kemudiannya menyedari keadaan yang sedang berlaku dalam urusan pembelian Newcastle.

Telah berlaku kelewatan dalam mendapatkan kata sepakat yang rasmi untuk memiliki kelab dari premier league itu, walaupun kesemua dokumen perjanjian yang telah ditandatangani telah diserahkan kepada pihak yang berkenaan pada minggu lalu.

Ada laporan yang mengatakan terdapat 10 kelab dari saingan Liga Perdana Inggeris telah menentang pengambilalihan Newcastle ini dari berlaku.

Hal ini ekoran dari isu panas yang mengaitkan kerajaan Saudi dengan skandal mencabuli hak asasi manusia dan juga penglibatan mereka dalam penstriman haram EPL di Timur Tengah.

Newcastle masih berharap Mohammed bin Salman masih berminat untuk membeli kelab mereka dan satu lagi perbincangan antara kedua-dua pihak telah diadakan untuk membincangkan hal Ini.

Sebenarnya Pallotta telah lama berusaha untuk menjual kelab miliknya dan beliau menggunakan tarikan utama Roma yang terletak kepada merit kelab itu yang dianggapnya jauh lebih baik dari Newcastle.

AS Roma juga kini sedang cuba untuk memanfaatkan situasi yang sedang terjadi di Newcastle pada ketika ini dengan harapan mahu sailang perjanjian itu.

Roma merupakan antara pasukan yang sering tampil dalam kejohanan Eropah dan mereka juga memiliki struktur dan kompleks bola sepak yang lebih baik.

Mereka juga sangat yakin bahawa Roma akan memberikan keuntungan dan pelaburan yang dilakukan oleh Mohammed bin Salman sangat berbaloi.

Pengambilalihan pasukan Newcastle kini sudah sampai ke fasa akhir untuk penilaian Mohammed bin Salman sebagai pemilik baru. Namun kini terdapat pula campur tangan dari beberapa ahli politik di Britain.

Mampukah Roma untuk menyailang urusan pembelian Newcastle ini? Adakah Mohammed bin Salman akan teruskan niat beliau untuk membeli Newcastle atau membuat urusan baru dengan AS Roma?

Bincangkan.

BACA:  Mayweather Berminat Mahu Membeli Newcastle United