Newcastle United dilaporkan berjaya mendatangani wonder kid Birmingham City, Trevan Sanusi walaupun mendapat saingan daripada lima kelab Premier League lain.
Perpindahan tersebut sepatutnya dilengkapkan dengan bayaran minima memandangkan Sanusi hanya berusia 16 tahun. Nilai sebenar pemain itu yang perlu dibayar oleh Newcastle kepada Birmingham akan ditetapkan oleh tribunal sukan.
Minat daripada Newcastle untuk mendapatkan Sanusi mulai diperkatakan sejak pertengahan Ogos lalu. Ianya akhirnya disahkan semalam.
Official, completed. Talented 2007 born winger Trevan Sanusi joins Newcastle from Birmingham City ⚫️⚪️ #NUFC
Newcastle won competition to sign Sanusi as more than five clubs were involved in the race. pic.twitter.com/gRi1SgdsOT
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 9, 2023
Pemain muda itu adalah produk keluaran akademi Birmingham dan merupakan seorang pemain sayap. Antara kelab lain yang berminat untuk mendapatkan khidmat Sanusi adalah seperti Liverpool, Arsenal dan kedua-dua kelab Manchester.
Namun demikian Pengarah Sukan Newcastle, Dan Ashworth berjaya meyakinkan pemain itu untuk menyertai mereka.
Menurut laporan akhbar di UK, Sanusi sebelum ini menolak tawaran kontrak baharu untuk terus kekal di Birmingham pada awal musim panas lalu.
Ia adalah indikasi jelas Sanusi mahu meninggalkan kelab itu untuk menyertai kelab elit untuk mengembangkan kariernya.
BOOM 💥
Excl – Newcastle have won the race to sign talented 16-year-old Trevan Sanusi from Birmingham ⚫️⚪️
The 2007 born winger, one of the most sought after players in his age group.
Big coup for Newcastle #NUFC
📲 https://t.co/VdrS9H3wdR https://t.co/xSuq8NHox0 pic.twitter.com/hQam0fi3qh
— TheSecretScout (@TheSecretScout_) September 1, 2023
Sanusi turut dikatakan mahukan sebuah kelab yang memiliki kemudahan latihan lengkap untuk terus mempertajamkan skil dan kebolehannya di atas padang.
Sanusi berpeluang melakukan debut bersama skuad utama Birmingham pada Mei lalu dalam perlawanan liga Championship, tetapi kemudiannya sekadar berada di bangku pemain simpanan.
Jika beraksi dalam perlawanan tersebut Sanusi pasti akan memecahkan rekod milik Jude Bellingham sebagai pemain termuda yang melakukan debut kompetitif di England.
Perkara itu tidak berlaku dan sebaliknya Birmingham kehilangan pemain itu dengan jumlah bayaran yang rendah.