Newcastle lawan Liverpool; Meriah, Nunez Handal, Gordon Sudah Matang Dan Mimpi Ngeri Arnold

Newcastle dan Liverpool telah menampilkan satu aksi yang cukup mendebarkan di St James’ Park. Pasukan Jurgen Klopp bermain dengan 10 pemain selama lebih sejam.

Entah bagaimana, Liverpool berjaya keluar sebagai pasukan pemenang. Dengan keputusan itu Liverpool melebarkan rekod tanpa kalahnya menentang Newcastle kepada 14 perlawanan.

Berikut adalah beberapa detik penting dalam perlawanan tersebut, yang mungkin akan dikenang untuk satu tempoh lama.

Perlawanan meriah

Newcastle mendapat lontaran kedalam dan Trent Alexander-Arnold tidak memberi kerjasama dengan membuang bola. Dia dilayangkan kad kuning kerana tindakannya yang sia-sia itu.

Kemudian, pada minit ketujuh dia menarik Antony Gordon yang meluru laju untuk melepasinya. Staf kejurulatihan Newcastle berhamburan keluar dari kawasan teknikal untuk memberi tekanan kepada pengadil perlawanan, John Brooks supaya Alexander-Arnold dilayangkan kad diatas kesalahan itu.

Tetapi pengadil tidak melayan desakan itu.

Klopp memberi reaksi balas. Dia bercakap dengan pengawai perlawanan keempat, Craig Pawson. Klopp mempertikaikan tindakan Newcastle yang melanggar peraturan baharu Liga Perdana.

Dalam peraturan baharu itu, hanya seorang individu sahaja yang dibenarkan untuk berdiri di hadapan kawasan teknikal ketika perlawanan sedang berlangsung.

Tidak mahu mengalah penolong pengurus Newcastle, Jason Tindell bertindak balas dengan cara meletakkan jari telunjuknya ke bibirnya.

Klopp sebelum ini pernah mengulas tentang peraturan baharu itu dengan mengatakan “peraturan itu hanya memberi masalah kepada satu pasukan sahaja: Newcastle.”

Perlawanan antara Newcastle dan Liverpool sentiasa meriah. Dalam aksi di Anfield pada musim lalu Newcastle tewas dengan keputusan 2-1.

Jurulatih penjaga gol Liverpool John Achterberg menunjukkan tanda “peace” ke arah pasukan pelawat. Daniel Hodges dari Newcastle bertindakbalas dengan membaling botol.

Kedua-duanya telah digantung satu perlawanan kerana pergaduhan itu. Dengan insiden-insiden ini perlawanan antara Newcastle lawan Liverpool akan terus mewarnai Liga Perdana dengan caranya sendiri.

Nunez masuk dari bangku simpanan untuk menterbalikkan keputusan

Nunez dibawa masuk pada minit ke-77, ketika itu Liverpool dilihat tidak mempunyai harapan untuk menang. Sepanjang Nunez berada di atas padang dia hanya melakukan 9 sentuhan terhadap bola namun 2 darinya telah menghasilkan gol.

Sejak berpindah ke Liverpool, Nunez sering dijadikan bahan jenaka. Ia kerana dia terlalu banyak membazirkan peluang terbuka untuk menjaringkan gol. Namun kali ini Nunez tampil dengan aksi penyudah luar biasa tajam.

Walaupun peluang Nunez tiba pada saat-saat genting tetapi dia mampu menampilkan ketenangan tinggi untuk menewaskan Nick Pope 2 kali.

Nunez menjaringkan gol penyamaan dengan gaya yang menakjubkan. Ia satu penyudah cemerlang yang memberi kejutan besar kepada para penyokong Newcastle di stadium dan rumah.

Kemudian dengan gaya yang hampir sama Nunez menjaringkan gol kemenangan, dia memecut laju untuk mengutip bola hantaran lolos dari Mohamed Salah.

Nunez meraikan jaringan dengan mengelungsur ke tanah menggunakan lututnya, seolah-olah beban berat yang terletak dibahunya selama ini telah berjaya dibuang sepenuhnya.

Dia meletakkan jari di telinganya untuk memberi mesej kepada pengkritik. Ini adalah kejadian yang jarang boleh dilakukannya sejak 12 bulan bersama Liverpool.

Melihat kepada kesukaran yang dilalui Nunez di Liverpool, detik keraiannya terasa seperti satu kejayaan besar untuk dirinya. Nunez telah menyelamatkan Liverpool dengan cara paling dramatik.

Antony Gordon semakin matang

Gordon telah mengambil masa untuk menyesuaikan dirinya di Newcastle. Pada musim lepas dia tidak memberi apa-apa impak selepas menyertai pasukan itu pada jendela perpindahan pertengahan musim.

Pada rehat musim panas lepas Gordon bersama skuad kebangsaan England yang bermain di kejohanan Eropah B21. England muncul juara dan Gordon dinobatkan sebagai pemain terbaik kejohanan.

Di England B21, Gordon diberi peranan false 9. Walaupun peranannya di Newcastle berbeza namun dia boleh memberi kesan yang sama dari bahagian sayap-kanan.

Gordon menyambar kesilapan dari Alexander-Arnold untuk menjaringkan gol pembukaan perlawanan.

Gordon menunjukkan ketenangan tinggi ketika berhadapan dengan Allison, salah seorang penjaga gol yang mempunyai keupayaan tinggi dalam situasi satu lawan satu.

Gordon sering menimbulkan masalah kepada Alexander-Arnold. Kad merah yang diterima oleh Van Dijk juga berpunca dari gerakannya.

Gordon menggelecek ke bahagian dalam dan melakukan hantaran. Hantaran itu menyusahkan Van Dijk sehingga dia terpaksa melakukan kekasaran ke atas Alexander Isak.

Gordon dikeluarkan pada minit ke-72. Dia diberi tepukan gemuruh oleh para penyokong di Saint James Park, Gordon berhak mendapat penghormatan itu. Dia antara pemain Newcastle yang paling menonjol.

Dalam perlawanan itu Gordon mencatatkan statistik cemerlang seperti dicatatkan dibawah.

Satu lagi malam ngeri buat Trent Alexander-Arnold

Dalam perlawanan sebelumnya (menentang Bournemouth), Trent Alexander-Arnold menampilkan aksi buruk pada awal permainan. Menentang Newcastle pemain bek-kanan ini sekali lagi menampilkan aksi sama, malah lebih teruk dari sebelumnya.

Untuk dua minggu berturut-turut Alexander-Arnold bersalah membenarkan pasukan lawan membuka jaringan pembukaan. Anthony Gordon hanya melakukan larian mudah selepas Alexander-Arnold gagal menerima hantaran kebelakang dari Mohamed Salah.

Bek-kanan itu kelihatan terkejut dengan kesilapannya sendiri ketika penyokong tuan rumah bersorak untuk meraikannya. Alexander-Arnold mengalami tempoh yang sukar dalam fasa bertahan walaupun dia unggul dalam fasa menyerang.

Alexander-Arnold bernasib baik kerana tidak dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Brookes kerana melakukan tindakan yang dia-sia. Pertama, dia dilayangkan kad kuning kerana membaling bola ketika pemain Newcastle mahu melakukan lontaran kedalam.

Seminit kemudian dia menjatuhkan Gordon ketika penyerang ini boleh menewaskannya dalam situasi serangan balas pantas dimana tiada pemain Liverpool berada di bahagian belakanh pertahanan. Pengadil perlawanan tidak melayangkan apa-apa kad diatas kesalahan itu dan ia menjadi satu keputusan kontroversi dari pengadil.

Alexander-Arnold terus bergelut untuk mendapatkan ketenangan dan akhirnya melakukan kesilapan yang membawa gol kepada Newcastle.

Jurgen Klopp dilihat mengarahkan Joe Gomez turun memanaskan badan, ia menjadi satu mesej jelas bahawa pengurus itu bersedia mengeluarkan Alexander-Arnold. Namun belum sempat Gomez dimasukkan, Virgil Van Dijk dilayangkan kad merah.

Gomez dimasukkan untuk bermain di bahagian bek-tengah bukan di bek-kanan seperti yang dirancang.

Peningkatan kad merah di Liga Perdana

Van Dijk dilayangkan kad merah. Ia adalah kad merah yang kesembilan di Liga Perdana selepas 3 perlawanan. Pada musim lepas, Liga Perdana mencatat 30 layangan kad merah sepanjang kempen.

Jika trend kad merah musim ini berterusan, maka 118 keping kad merah boleh dihasilkan sepanjang kempen kali ini. Liga yang mempunyai kad merah paling tinggi adalah La Liga. Pada musim lepas La Liga mempunyai 94 kad merah.

Di La Liga, para penyokongnya sudah biasa melihat pemain dibuang padang namun keadaan ini tidak biasa di Liga Perdana. Ia boleh memberi satu anjakan budaya kepada para penontonnya.

hukuman.

BACA:  Adrien Rabiot Sangat Berminat Mahu Sertai Liverpool Pada Musim Panas Ini