Tonali Berhadapan Hukuman Lebih Berat Berbanding Ivan Toney Jika Didapati Bersalah

Hukuman terhadap pemain tengah Newcastle United Sandro Tonali, penyerang Aston Villa Nicolò Zaniolo dan pemain tengah Juventus Nicolò Fagioli akan lebih berat berbanding hukuman yang dikenakan ke atas Ivan Toney sekiranya didapati bersalah melakukan pertaruhan bola sepak.

Sebelum ii Fagioli disiasat melakukan pertaruhan di laman sesawang haram sebelum menyerahkan dirinya untuk disiasat oleh pihak berkuasa di Itali.

Hari ini pihak berkuasa di negara itu turut mengesahkan Tonali dan Zaniola yang dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan Itali sepanjang kalendar perlawanan antarabangsa FIFA Oktober ini turut berhadapan tuduhan yang sama.

Pertaruhan dilakukan kedua-dua pemain ketika masih bersam AC Milan dan AS Roma.

Kini ketiga-tiga pemain berhadapan hukuman yang lebih berat berbanding apa yang telah dilalui penyerang Brentford, Ivan Toney sekiranya didapati bersalah.

Salah satu sebabnya adlah kerana penguatkuasan peraturan bola sepak di Itali adalah lebih meluas disebabkan kerjasama Persekutuan Bolasepak Itali (FIGC) dengan UEFA dan FIFA dalam menguatkuasakan peraturan tersebut.

Musim lalu penyerang sensasi Brentford Ivan Toney berdepan 262 pertuduhan selepas tambahan 30 lagi pertuduhan baharu. Namun hanya 232 sahaja yang disahkan. Dengan selebihnya digugurkan.

Toney mengaku melakukan kesemua 232 pelanggaran perjudian atas talian melibatkan pertaruhan.

Toney melakukan kesalahan itu dari tahun 2017 sehingga 2021. Oleh sebab itu Toney berdepan penggantungan selama 18 bulan. Dia turut didenda £50,000 dan amaran agar tidak mengulangi kesalahan yang sama pada masa akan datang.

Di Itali pemain bola sepak profesional dilarang langsung untuk terlibat dengan pertaruhan bola sepak. Pemain yang ingkar akan berhadapan hukuman minima selama 3 tahun. Ini bermakna Newcastle United dan Aston Villa berkemungkinan hilang khidmat kedua-dua pemain itu untuk tempoh masa yang lama.

Zaniola dijangka akan berhadapan hukuman lebih berat kerana melakukan pertaruhan untuk perlawanan membabitkan Roma di pertandingan Copa Italia ketika dirinya masih bersama pasukan dan berada di dalam skuad hari perlawanan.

BACA:  Serie A 2020/21: AC Milan 2-0 Bologna