Sandro Tonali gagal membantu Newcastle United memperolehi sebarang mata di dalam aksi Champions League menentang Borussia Dortmund di St. James’ Park pada awal pagi tadi.
Tonali dibawa masuk oleh Eddie Howe pada minit ke-65 perlawanan untuk menggantikan Sean Longstaff setelah The Magpies ketinggalan 0-1 selepas Felix Nmecha memecah kebuntuan pada minit akhir babak pertama.
Kedudukan tersebut bagaimanapun kekal sehingga wisel penamat untuk Dortmund membawa pulang tiga mata penuh dalam perlawanan tersebut.
🚨⚪️⚫️ Sandro Tonali will be banned for 10 month — sources confirm final indications, waiting on statement.
He won’t be able to play for 10 months due to gambling addition scandal.
There will be additional months of participation in gambling rehab plan, same as Nicoló Fagioli. pic.twitter.com/USw2ynRE9V
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 25, 2023
Perlawanan itu turut merupakan penampilan terakhir Tonali bersama Newcastle pada musim ini selepas pemain itu dikhabarkan bersetuju dengan hukuman gantung selama 10 bulan oleh pihak berkuasa di Itali kerana pembabitan di dalam aktiviti pertaruhan bola sepak.
Perkhabaran mengejutkan mengenai pembabitan Tonali di dalam aktiviti perjudian mulai menjadi sebutan dan disiasat hanya selepas empat bulan pemain itu melengkapkan perpindahan dari Milan membabitkan yuran perpindahan £52 juta.
🏴 Former England youth star steals the show
👋 #NUFC fans say goodbye to Sandro Tonali for now
🔝 Les Ferdinand tips Eddie Howe's side to top the Class of 1996The biggest talking points as the Magpies fell to defeat at the hands of Borussia Dortmund 🗣️
Tap to read more 👇
— Mail Sport (@MailSport) October 25, 2023
Dan terkini Corriere dello Sport melaporkan Newcastle mulai serius untuk menyaman AC Milan, selepas rasa ditipu oleh kelab Itali itu kerana menjual pemain yang tidak beraksi hampir keseluruhan musim.
Pengurus pasukan Eddie Howe sebelum ini berkata mereka gembira dan juga terkejut kerana berjaya memujuk pemain seperti Tonali menyertai mereka – di mana urusniaga dengan Milan begitu mudah.
Pemain tengah Itali itu sebelum ini mengakui bertaruh beberapa perlawanan membabitkan Milan yang diwakilinya untuk menang.
Newcastle threaten AC Milan with multi-million pound lawsuit over Sandro Tonali, with the £52m midfielder set to agree to a 10-month ban over illegal betting which is set to kick in tomorrow.
[Craig Hope] pic.twitter.com/UG4tcgYQ3K
— Footy Accumulators (@FootyAccums) October 25, 2023
Ejen pemain itu turut mengakui Tonali sememangnya ketagihan berjudi, dan Milan sepatutnya turut mengetahui perkara ini – dan hukuman yang bakal dihadapi pemain itu.
Berikutan pergantungan 10 bulan yang bermula pada hari ini, Corriere dello Sport turut melaporkan pendapatan berjumlah £7 juta setahun yang dibayar Newcastle kepada Tonali turut akan digantung – walaupun kelab belum melakukan pengumuman berkenaan perkara ini.
Daripada tempoh 10 bulan pergantungan itu, Tonali dikehendki menghadiri sesi terapi selama 8 bulan untuk memulihkan diri daripada ketagihan judi.
Sehingga kini Tonali telah melakukan 12 penampilan untuk Newcastle dan turut bergelut dengan konsistensi sejak tiba di Tyneside.