Keown: Emile Smith Row Akan Jadi Sehebat Cristiano Ronaldo

Legenda pasukan Arsenal, Martin Keown tanpa berselindung telah mengeluarkan satu kenyataan yang sangat berani apabila menyatakan Emile Smith Row akan menjadi pemain sehebat Cristiano Ronaldo.

Pemain muda Arsenal yang berusia 20 tahun itu semakin sukar mendapat tempat sejak ketibaan Martin Odegaard dari Real Madrid namun diturunkan ketika perlawanan menentang Leicester City,

Emile Smith Row menjadi nadi kepada kebangkitan pasukan Arsenal dalam perlawanan itu dan mempamerkan kreativi yang asyik hilang daripada pasukan Arsenal.

Dalam perlawanan itu menyaksikan Emile Smith Row mengalami kecederaan selepas jaringan penyamaan Arsenal pada minit ke-39 dan digantikan dengan Martin Odegaard.

Pengulas ketika itu telah menyatakan satu fakta bahawa Odegaard membuat debut bersama Real Madrid apabila masuk menggantikan Cristiano Ronaldo.

Martin Keown segera menjampuk dan mencelah dengan satu kenyataan yang luar biasa dan berani:

“Emile Smith Row sekarang masih belum bagus, tapi mungkin pada masa akan datang.”

Ungkapan ringkas Martin Keown yang memperkatakan Emile Smith Row akan menjadi pemain sebagus Cristiano Ronaldo itu sudah cukup untuk warga Twitter bergelak sakan.

Ramai seakan tidak bersetuju dengan dengan pendapat Martin Keown itu yang pada pandangan mereka mungkin agak berlebihan.

Dibandingkan dengan Ronaldo masih jauh perjalannya walaupun pada dasarnya rata-rata setuju bahawa Emile Smith Row seorang pemain yang bagus pada usianya.

Namun siapa tahu apa yang diperkatakan oleh Martin Keown ni akan menjadi kenyataan suatu hari nanti dan Keown boleh gelak balik.

Dengan usia Emile Smith Row kini adalah lebih baik fokus kepada pembangunan beliau untuk menjadi lebih konsisten dan memperbaiki segala kekurangan yang ada.

Membandingkan pemain muda dengan Ronaldo akan memberi tekanan kepada pemain tersebut dan lihatlah di mana semua pemain yang dikatakan bakal menjadi the next Ronaldo?

Apa yang perlu dirisaukan kini adalah kecederaan Emile Smith Row yang mendatangkan kerisauan kepada Mikel Arteta.

“Aku risau sebab Emile keluar dan cakap ‘Aku tak boleh sambung main’. Ini pasti sesuatu yang berkait dengan pinggulnya.”

“Aku tak tahu betapa teruk tapi selepas perlawanan nampak okay je.” Luah Arteta.

https://www.sportbible.com/football/funny-martin-keown-suggested-emile-smith-rowe-could-be-as-good-as-ronaldo-20210301

BACA:  Keown: Mesut Ozil Tidak Layak Memakai Jersi Arsenal