Keraian Seret Badan Immobile Yang Berakhir Dengan Keaiban

Ciro Immobile telah melalui detik yang agak memalukan selepas seluarnya terlucut ketika beliau sedang meraikan kejayaan Itali menjuarai saingan Euro 2020.

Itali berjaya menewaskan England dalam aksi perlawanan akhir saingan Euro 2020 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley.

Kesemua skuad Itali meraikan kejayaan mereka itu beramai-ramai di atas padang dengan penuh meriah dan kesemua mereka dilihat begitu teruja dengan kejayaan tersebut.

Pelbagai perasaan bercampur baur di atas padang dengan para pemain begitu gembira, sedih, terharu, berbangga dan bermacam lagi.

Namun untuk Ciro Immobile, beliau sedikit istimewa kerana mungkin turut melalui detik yang sangat memalukan ketika melakukan keraian seret badan beramai-ramai bersama rakan sepasukannya.

Keseluruhan skuad ketika itu berlari ke arah penyokong mereka dan melakukan keraian seret badan yang dipopulerkan oleh Jurgen Klinsmann.

Semua orang melakukan gaya keraian tersebut dengan kemas dan teratur melainkan hanya seorang sahaja yang sedikit berbeza.

Ya, yang berbeza itu adalah Ciro Immobileโ€ฆ.

Penyerang Itali itu selain menyeret badannya, beliau juga menyeret sama seluarnya yang terlucut hingga menampakkan boxer putih yang beliau pakai di dalam.

Mujur pakai boxer kan?

Beliau dengan kelam kabut terus memakai semula seluarnya sebelum kembali menyertai rakan sepasukannya yang lain untuk terus meraikan kejayaan mereka.

Bintang berusia 31 tahun itu berjaya menjaringkan dua gol dalam kejohanan ini selepas skuad kendalian Roberto Mancini berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang pertandingan.

Selepas kegagalan mereka untuk tampil dalam aksi Piala Dunia 2018, Itali muncul sebagai pasukan pilihan untuk aksi Euro 2020, dan mereka turut berjaya menepati ramalan tersebut.

Detik yang agak memalukan untuk Immobile ketika meraikan kejayaan Itali

Perlawanan tersebut berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 sebelum berlanjutan sehingga ke masa tambahan.

Selepas bermain selama 120 minit, masih tiada jaringan tambahan yang berjaya dihasilkan oleh kedua-dua pasukan menyebabkan perlawanan dilanjutkan lagi ke penentuan sepakan penalti.

Itali berjaya menewaskan England dalam aksi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-2 seterusnya membawa pulang Piala kejuaraan ke bumi Rome.

Sepakan penalti dari Jorginho dan Andrea Belotti berjaya diselamatkan oleh penjaga gol England, Jordan Pickford.

Namun penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma yang telah menjadi wira dalam perlawanan ini selepas beliau menafikan sepakan penalti terakhir England yang diambil oleh pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka.

Marcus Rashford dan Jadon Sancho yang kedua-dua mereka dibawa masuk pada minit ke-120 tambahan masa turut gagal untuk menjaringkan gol ketika aksi penentuan sepakan penalti itu.

Kedua-dua mereka sememangnya dibawa masuk untuk aksi penentuan sepakan penalti, namun mereka gagal menyempurnakan tugas yang diberi.

Mungkin kedua-dua mereka juga tertekan kerana Southgate memasukkan mereka hanya untuk penentuan sepakan penalti, dan tanggungjawab itu sangat besar dalam perlawanan terpenting negara.

Selepas kedua-dua mereka gagal, tekanan untuk Saka semakin tinggi. Donnarumma membuat jangkaan yang tepat seterusnya berjaya menyelamatkan sepakan penalti Saka untuk mengesahkan kejuaraan European Championship menjadi milik Itali.

Saka yang telah mempamerkan aksi permainan sungguh menakjubkan sepanjang kejohanan ini menangis teresak-esak selepas kegagalan beliau menyempurnakan sepakan penalti itu.

Beliau terlihat sangat kecewa dengan rakan sepasukannya serta pengurus datang menghampiri beliau untuk menenangkannya.

Bercakap selepas kejayaan Itali menewaskan The Three Lions, pengurus Itali itu menyatakan bahawa Itali sememangnya sudah ditentukan untuk menang.

โ€œSaya sangat beruntung dapat bermain bersama pasukan yang hebat pada 1990 dan skuad bawah 21 tahun yang menakjubkan.โ€

Jelas bekas pengurus Manchester City itu.

โ€œWalaupun kami ketika itu merupakan pasukan terbaik, namun kami tak menang, bahkan kami kalah kesemuanya dalam penentuan sepakan penalti.โ€

โ€œIa merupakan satu emosi yang mana ia berlaku selepas kita mencapai sesuatu yang hebat. Ia merupakan emosi selepas melihat mereka meraikan kejayaan di hadapan penyokong yang ada.โ€

โ€œMelihat segalanya yang kita dah atur berjaya dilaksanakan, kesemua kerja keras kita lakukan sejak tempoh tiga tahun terakhir ini, dan lebih tepat lagi sejak 50 hari ini kami memang melalui kesukaran.โ€

โ€œInilah hakikat bahawa kami dapat memupuk semangat sepasukan dalam tempoh 50 hari terakhir, mereka benar-benar telah mencipta sesuatu yang tak boleh dipisahkan selepas ini. Mereka akan terus sinonim dengan kejayaan ini.โ€

Sumber: SB

BACA:ย  Immobile Terus Sembuh Dari Kecederaan Parah Selepas Barella Jaringkan Gol