Immobile Terus Sembuh Dari Kecederaan Parah Selepas Barella Jaringkan Gol

Penyerang Itali telah mencetuskan kegemparan awam apabila dengan tiba-tiba terus sembuh dari kecederaan parah selepas rakan sepasukannya Nicolo Barella menjaringkan gol.

Perlawanan antara Itali dan Belgium berlangsung dengan sedap sekali menepati jangkaan ramai sebagai perlawanan besar dan dinanti-nanti serta berbaloi untuk berjaga hingga ke pagi.

Penonton disajikan dengan aksi permainan pantas yang saling menyerang tanpa henti sejak awal permainan lagi oleh kedua-dua pasukan yang bermain dengan penuh bersemangat.

Leonardo Bonucci telah membuka tirai jaringan buat Itali pada minit ke-13 dengan sedikit sentuhan namun gol itu telah dibatalkan kerana offside.

Pada minit ke-31 sepakan percuma pendek Itali cuba mencari Ciro Immobile namun tidak berjaya lalu bola telah dirampas Jan Vertonghen.

Dalam perebutan bola dengan Jan Vertonghen, Ciro Immobile telah terlantar kesakitan seperti mengalami kecederaan yang parah namun pengadil menerukan perlawanan.

Sepakan percuma pendek Itali mudah dipatahkan Belgium namun bola tidak dikeluarkan dengan kemas dan dihantar kepada Marco Veratti.

Nicolo Barella segera menerima bola dari Marco Veratti melarikan bola sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke-31.

Selepas melihat Nicolo Barello menjaringkan gol pembukaan dan meraikannya bersama rakan-rakan dengan tiba-tiba Ciro Immobile bingkas bangun.

Ciro Immobile telah sembuh sepenuhnya dari kecederaan parah yang membuatkan beliau terlantar. Itulah keajaiban sebiji gol dalam satu perlawanan.

Warga maya dari seluruh dunia nyata amat kagum dengan keajaiban yang mereka lihat dengan mata kepala mereka sendiri secara langsung itu.

Kegembiraan adalah satu penawar dan itulah yang telah dibuktikan oleh Ciro Immobile.

Belgium 1-2 Itali

Belgium menyenaraikan Kevin De Bruyne untuk menentang Itali namun Eden Hazard tidak berada langsung dalam senarai nama pemain walaupun sebagai pemain simpanan.

Romelu Lukaku terlebih dahulu menguji bahagian pertahanan Itali yang terkenal dengan kekentalan namun tidak berakhir dengan jaringan.

Federico Chiesa yang mula menjadi pemain utama Itali cuba membalas apabila lolos di bahagian kiri namun sekadar mendapat sepakan penjuru yang tiada hasil.

Leonardo Bonucci meletakkan Itali di depan pada minit ke-13 ini merupakan gol pertama Leonardo Bonucci diperingkat antarabangsa yang berpunca dari sepakan percuma.

Namun gol tersebut dibatalkan oleh Video Assistant Referee (VAR) kerana offside.

Youri Tielemans mencuba dengan percubaan jarak jauh namun tersasar. Kevin De Bruyne pula merembat namun dengan selamba Giorgio Chiellini menanduk keluar.

Lima belas minit pertama perlawanan berlangsung dengan sangat menghiburkan dan saling berbalas serangan yang agak mengancam walaupun tiada gol yang sah terhasil.

Kevin De Bryune terus menunjukkan ancaman dengan rembatan kaki kiri kencang namun Gianluigi Donnarumma pula mempamerkan aksi menyelamat bertaraf dunia satu layangan badan yang menawan.

Belgium datang lagi dengan serangan balas, Kevin De Bruyne melorongkan bola kepada Romelu Lukaku dan bergelek melepasi pemain Itali.

Rembatan Lukaku mencari far post berjaya ditepis keluar Gianluigi Donnarumma.

Itali membalas kembali dengan rembatan Federico Chiesa yang dihadang Toby Alderweireld dan terbias dan bola tepat sampat ke tangan Thibaut Courtois.

Lorenzo Insigne pula cuba melakukan sepakan lencong dari luar kotak penalti namun bola agak tinggi dari palang gol.

Sepakan percuma pendek Itali mudah dipatahkan Belgium namun bola tidak dikeluarkan dengan kemas dan dihantar kepada Marco Veratti.

Nicolo Barella segera menerima bola dari Marco Veratti melarikan bola sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Thibaut Courtois pada minit ke-31.

Lorenzo Insigne telah menggandakan kedudukan buat Itali pada minit ke-44 dengan satu larian solo dari sebelah kiri padang.

Kemudian Lorenzo Insigne telah memotong masuk ke tengah melepasi pemain Belgium terkesima sebelum melencongkan bola dari kejauhan.

Thibaut Courtois melayangkan badan dengan penuh regangan namun gagal menyentuh bola yang menerobos jaring.

Sejurus selepas itu Giovanni Di Lorenzo telah menyepak kaki Jeremy Doku dan pengadil menghadiahkan sepakan penalti dan pemeriksaan semula VAR juga bersetuju itu adala penalti.

Satu tindakan sia-sia dari Giovanni Di Lorenzo. Romelu Lukaku tiada masalah untuk menewaskan Gianluigi Donnarumma yang cemerlang dalam tempoh 45 minit pertama.

Perlawanan separuh masa kedua terus berlangsung dengan rancak dan jaringan Romelu Lukaku tidak memberi keselesaan untuk Itali yang memerlukan gol tambahan.

Gol Lukaku itu menjadi pemangkin kepada semangat Belgium untuk terus mencari gol penyamaan.

Romelu Lukaku terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan dari bola hantaran cantik Kevin De Bruyne tapi sayang tolakan Lukaku telah terkena paha Leonardo Spinazzola.

Itali segera membalas dengan serangan pantas Nicolo Barella telah melakukan umpanan cantik kepada Ciro Immobile namun sentuhan pertamanya kelaut mensia-siakan peluang.

Itali datang lagi, kali ini Lorenzo Insigne melakukan lambungan maut namun Leonardo Spinazzola yang hanya berhadapan dengan Thibaut Courtois melakukan voli yang kelaut.

Lorenzo Insigne memaksa Courtois bekerja keras untuk melayangkan badan apabila melakukan satu rembatan lagi rembatan lencong.

Nacer Chadli yang masuk menggantikan Thomas Menunier pada minit ke-69 terus berfungsi dengan hantaran cantik namun gagal ditanduk tepat Lukaku dan Thorgan Hazard pula telah terlajak ke depan.

Namun malang menimpa Nacer Chadli yang hanya mampu bermain selama lima minit sahaja dipadang kerana kecederaan dan digantikan Dennis Praet.

Leonardo Spinazzola mengalami kecederaan dan terpaksa diusung keluar selepas menerima rawatan di padang. Mungkin kempen EURO 2020 sudah berakhir buat Spinazzola.

Jeremy Doku tidak mengenal erti penat apabila secara solo memotong masuk dari kiri melepasi beberapa orang pemain Itali, rembatannya pula sedikit melepasi palang.

Tempoh 10 minit terakhir menyaksikan Belgium terus menekan untuk mencari gol penyamaan dan Itali kental bertahan menanti peluang melakukan serangan balas.

Gol dicari Belgium tidak kunjung tiba dan Itali mara ke separuh akhir untuk bertemu Sepanyol yang beraksi lebih awal.

Belgium Starting XI : Thibaut Courtois, Toby Alderweireld, Thomas Vermaelen, Jan Vertonghen, Thomas Meunier, Youri Tielemans, Axel Witsel, Thorgan Hazard, Jeremy Doku, Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku.

Subs: Dedryck Boyata, Yannick Carrasco, Matz Sels, Dries Mertens, Jason Denayer, Leander Dendoncker, Christian Benteke, Nacer Chadli, Michy Batshuayi, Leandro Trossard, Dennis Praet, Thomas Kaminski.

Italy Starting XI : Gianluigi Donnarumma, Giovanni Di Lorenzo, Leonardo Bonucci, Giorgio Chiellini, Leonardo Spinazzola, Nicolo Barella, Jorginho, Marco Verratti, Federico Chiesa, Ciro Immobile, Lorenzo Insigne.

Subs: Salvatore Sirigu, Manuel Locatelli, Andrea Belotti, Domenico Berardi, Matteo Pessina, Emerson Palmieri, Francesco Acerbi, Bryan Cristante, Federico Bernardeschi, Alessandro Bastoni, Rafael Toloi, Alex Meret.

Referee: Slavko Vincic (Slovenia).

BACA:ย  EURO 2020: Belanda 2-0 Austria