Lelaki Ini Menonton Seluruh Separuh Masa Pertama Permainan PES, Menyangka Itu Adalah Perlawanan Euro

Seorang wanita dari Toronto mendapati ayahnya menonton perlawanan yang disangkanya England menentang Denmark dalam perlawanan separuh akhir tempoh hari, tanpa menyedari siaran di televisyen rumahnya sebenarnya merupakan permainan video Pro Evolution Soccer (PES).

Memuat naik video kelakar tersebut di Tik Tok, anaknya yang menggunakan nama pengguna Tanseem Barakat, hanya menyedari keadaan ayahnya dan hanya mula memberitahu selepas 45 minit ‘perlawanan’ berlangsung.

Tasneem meletakkan kapsyen;

“45 minit tonton perlawanan, dia tak berkelip pun.”

Gadis ini kemudiannya mula menyedarkan bapanya.

“Papa, tak betul la tu. Tu kartun. FIFA tu!”

Dengan sedikit kecewa, sang bapa cuba mengatakan bahawa siaran tersebut adalah perlawanan sebenar.

@tbarakat92

45 minutes into the game and he didn’t bat an eye 👀 #foryou #4u #viral #arab

♬ original sound – Tasneem Barakat

Walaubagaimanapun, Tasneem sekali lagi cuba meyakinkan bapanya.

“Mukannnnn, itu FIFA la. Permainan video, cuba tengok rapat sikit!

“Cuba tengok dekat  – tak nampak pelik ke?”

Sambil tergelak manja, Tasneem bertanyakan ayahnya,”Papa memang tengok yang ni ke dari tadi?”

Video yang dimuatnaik tersebut telah ditonton sebanyak 2.4 juta kali, dengan pengguna Tik Tok kelihatan sedang berpesta di ruang komen.

Seorang pengguna menulis; “Orang tu pergi kerja esoknya: Wow mantap gila perlawanan! Tak sangka Denmark menang 12-1.”

Pengguna kedua pula meletakkan komen,”Ahh tidakkkk orang ni dah keluarkan semua set makan malam dan dia suka sangat perlawanan ni.”

Walaubagaimanapun, kebanyakan pengguna menunjukkan rasa simpati, dengan mengatakan ‘biar je lah dia.’

Dalam perlawanan yang sebenar, England telah berjaya mengatasi cabaran Denmark dengan dua jaringan tanpa balas, sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu gergasi bola sepak Eropah, Itali.

Perlawanan tersebut berlangsung dengan begitu sengit dengan kedua-dua pasukan saling menguji penjaga gol lawan, namun Denmark terlebih dahulu berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-30 perlawanan.

Mikkel Damsgaard telah membuatkan Pickford tewas buat kali pertama dalam kejohanan ini apabila dia melakukan tendangan kunckle shot yang padu ketika mengambil sepakan percuma.

Walaubagaimanapun, tidak menunggu lama, England berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 apabila bola lorongan ke tengah kotak penalti oleh Bukayo Saka ditampan ke gawang sendiri oleh kapten marvel Denmark, Simon Kjaer selepas diberikan tekanan oleh Encik Raheem Sterling.

Pada minit ke-51, jantung penyokong England terhenti seketika apabila penyerang sensasi Denmark, Kasper Dolberg berjaya menewaskan kepungan tiga pertahanan England dan melepaskan rembatan leret ke arah gol Tiga Singa. Nasib baik Pickford tidak membawa perangai Evertonnya ke dalam perlawanan ini apabila dia menunjukan refleks yang pantas dan menyelamatkan rembatan Dolberg tersebut.

Tiga minit kemudian, Harry Maguire hampir berjaya menambahkan gol buat England namun tandukannya berjaya diselamatkan oleh Kasper Schmeichel.

Kedua-dua pasukan gagal menambahkan sebarang jaringan sehingga wisel penamat dibunyikan sekaligus terpaksa mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Selepas tiga minit masa tambahan dimainkan, Harry Kane mendapat peluang terbuka selepas dia menerima bola lorongan daripada Kyle Walker di dalam kotak penalti.

Walaubagaimanapun rembatan leretnya berjaya ditampan keluar oleh Schmeichel sekali lagi.

Pada minit ke-101 akhirnya gol yang dicari hadir juga. Encik Raheem yang begitu culas di sepanjang perlawanan telah dijatuhkan oleh pemain Denmark dalam kotak penalti lantas pengadil tidak menunggu lama untuk menunjukkan tangannya ke titik penalti di depan gol Denmark.

Harry Kane bertindak mengambil sepakan tersebut dan menolak bola ke sebelah kiri Schmeichel, namun dapat dibaca dan diselamatkan oleh penjaga gol Denmark itu.

Tapi sayang, bola tampanannya singgah semula ke kaki Kane yang kemudiannya mudah menolak bola ke dalam gol Denmark, sekaligus membawa England ke perlawanan akhir kejohanan utama di dunia buat kali pertama dalam tempoh 55 tahun, sejak kali terakhir melakukannya ketika mereka memenangi Piala Dunia 1966.

Sumber : SB

BACA:  Kerana Golongan Kayangan UEFA Tidak Mahu Kuarantin, Final EURO 2020 Mungkin Dipindahkan Keluar Dari England