Tiket Perlawanan Akhir Euro 2020 Dijual Dengan Harga Tak Masuk Akal

Tiket perlawanan akhir saingan Euro 2020 yang menemukan England bertemu Itali di Wembley pada hujung minggu ini telah dijual dengan harga £20,000 oleh peminat secara atas talian.

Seluruh England bergembira sakan meraikan kejayaan mereka melayakan diri ke perlawanan akhir saingan Euro 2020 selepas berjaya menewaskan Denmark awal pagi tadi.

Ia merupakan perlawanan akhir pertama untuk skuad The Three Lions dalam kejohanan besar sejak kali terakhir mereka lakukan pada tahun 1966 yang lalu.

Dan kerana itulah para peminat begitu gembira dan teruja meraikan kejayaan tersebut dan laungan it’s coming home makin kuat dilaungkan pada ketika ini.

Para peminat kini bergembira untuk meraikan kebarang kalian untuk mereka menjulang kejuaraan Euro pertama negara di tanah air mereka sendiri.

Namun begitu, bukan mudah untuk mereka menonton secara langsung perlawanan akhir tersebut jika tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.

Harga tiket perlawanan akhir Euro 2020 yang dijual secara atas talian oleh para peminat

Walaupun UEFA telah menetapkan peraturan supaya tidak dibenarkan untuk menjual semula tiket dengan harga melebihi harga sebenar, namun ia tetap dijual dengan nilai yang tidak masuk akal.

Ya, memang tak masuk akal memandangkan ada yang menjual tiket perlawanan akhir itu dengan nilai mencecah lima angka.

Ini bukan tahap koyak poket, tapi buah pinggang pun boleh tergadai semata-mata nak beli tiket perlawanan akhir.

Selain tiket yang sudah terjual dengan nilai £20,000 itu, ada juga yang mengiklankan tiket untuk dijual di Ticombo, dengan meletakkan harga bernilai £40,000.

Manakala harga tertinggi tiket tersebut yang diiklankan di eBay pada ketika ini adalah bernilai £15,000 untuk dua ticket yang bersebelahan.

Sementara Seatsnet pula menawarkan tiket perlawanan akhir pada hujung minggu nanti dengan nilai £5,000 setiap satu. Mengarut bukan?

Harga yang sungguh menjengkelkan dengan ulat tiket benar-benar mengaut keuntungan tidak masuk akal untuk menjual tiket perlawanan akhir itu.

Selepas tiket yang dijual sendiri oleh UEFA kepada umum habis, maka ulat-ulat tiket pun bergelimpangan keluar mencari mangsa dengan menawarkan harga yang tak masuk akal.

Terdapat laporan yang menyatakan berkemungkinan 90,000 penyokong akan menonton aksi perlawanan akhir itu dan ia tentunya akan mencipta atmosphere yang luar biasa.

Menonton di rumah atau melepak di pub beramai-ramai adalah jalan terbaik untuk peminat yang rasa mereka tak mampu untuk mengeluarkan dana yang begitu gila itu.

Peminat England teruja untuk menonton aksi perlawanan akhir itu kerana mereka telah berdekad lamanya melaungkan kata keramat it’s coming home, namun masih tak coming juga.

Kali ini, Piala idaman mereka sudah kembali ke bumi England memandangkan aksi perlawanan akhir sendiri dilangsungkan di Wembley.

Namun apa yang diinginkan oleh peminat The Three Lions adalah mereka mahu melihat pasukan kesayangan mereka menjulang Piala tersebut selepas tamat perlawanan akhir tersebut.

England merupakan pasukan pilihan untuk memenangi saingan Euro 2020 dek kerana persembahan mantap yang mereka pamerkan setakat ini.

Ditambah pula dengan kelebihan bermain di halaman sendiri, jadi jelas The Three Lions lebih berpeluang untuk menjuarai saingan Euro 2020.

Namun begitu, kehebatan Itali juga tidak boleh dipandang enteng memandangkan skuad kendalian Roberto Mancini itu juga sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka.

Itali di peringkat suku akhir telah menyingkirkan pasukan yang berada di ranking nombor satu dunia, Belgium dan mereka juga berjaya menyingkirkan Sepanyol ketika aksi di peringkat separuh akhir sebelum ini.

Jadi kehebatan dan kemampuan Itali juga tidak boleh dipandang rendah dengan kedua-dua pasukan sebenarnya berpeluang cerah untuk menjuarai saingan Euro 2020.

England mungkin mempunyai kelebihan dari segi prestasi mereka pada ketika ini dan ditambah lagi dengan sokongan para penyokong yang akan hadir memenuhi Wembley Stadium nanti.

Itali pula ketika ini dilihat sangat bermotivasi untuk turun dalam perlawanan akhir nanti dan dengan rekod cemerlang yang mereka cipta ketika ini, Azzuri mungkin boleh mengejutkan England dalam perlawanan akhir nanti.

Apa yang pasti, aksi perlawanan akhir nanti tentunya akan mencetuskan suasana yang menakjubkan dan para pemain kedua-dua pasukan juga akan bermain sehabis baik untuk memastikan pasukan mereka muncul sebagai Juara.

Sumber: Daily Mail

SPORTbible

BACA:  Kenapa Penyokong Hungary Dapat Masuk Stadium Dengan Kapsiti Penuh