Andrew Robertson telah melakukan satu kesilapan yang kelakar ketika mengeluarkan bola menyaksikan Arsenal berjaya mendahului perlawanan selepas 25 minit permainan walaupun Liverpool menguasai perlawanan.
Namun kesilapan Andrew Robertson itu tidak membawa padah apabila Liverpool akhirnya menjadi pemenang dalam perlawanan menetang Arsenal ini.
Segalanya berpunca Ainsley Maitland-Niles telah melakukan hantaran ke dalam kotak yang gagal dipintas oleh Virgil Van Dijk dan sampai kepada Andrew Robertson.
Only two players have both scored and made an error leading to a goal in this season's Premier League:
🔴 Virgil van Dijk
🔴 Andrew RobertsonBoth in Liverpool's two home games. pic.twitter.com/NV6ELNJ0xY
— Squawka Football (@Squawka) September 28, 2020
Andrew Robertson cuba mengeluarkan bola tapi malangnya menjadi hantaran ke belakang kepada Alexandre Lacazette yang sudah berada dihadapan Alisson Becker.
Lacazette membuat satu turn dan libasan dengan melantunkan bola ke tanah dan lantunan itu menyebabkan bola ke gawang menewaskan Alisson Becker yang sudah merebahkan badan.
Lemas Alisson Becker yang terkapai-kapai cuba menepis satu percubaan yang cukup genius dari Lacazette.
Namun mental pemain Liverpool tidak terjejas apatah lagi koyak atau panik lalu segera membalas jaringan dengan jaringan untuk kembali mengimbangi kedudukan melalui Sadio Mane.
Andrew Robertson berjaya menebus kesilapan dengan gol kedua Liverpool selepas menyempurnakan hantaran Trent Alexander Arnold dengan penuh ketenangan.
Hanya tiga minit Arsenal berjaya mendahului jika diikutkan kepada Live score tetapi mengikut kiraan sebenar secara tepatnya hanya 147 saat sahaja.
147 – There were just 147 seconds between Arsenal and Liverpool's first goals of the game. Snookered.
— OptaJoe (@OptaJoe) September 28, 2020
Liverpool tidak menolek kebelakang apatah lagi memberi gol percuma untuk Arsenal dan bangkit untuk terus berada di depan selepas 8 minit gol pendahuluan Arsenal.
Separuh masa kedua menyaksikan Liverpool terus menguasai perlawanan dan Arsenal boleh meyalahkan Lacazette yang melepaskan beberapa peluang keemasan yang mampu memberi Arsenal sekurang-kurangnya satu mata.
Diogo Jota melakukan debut bersama Liverpool apabila di masukkan menggantikan Sadio Mane pada minit ke-80 dan ternyata percaturan Jurgen Klopp membuahkan hasil.
Diogo Jota scores on his Liverpool debut at Anfield 🔴 pic.twitter.com/VXY82BJQM4
— B/R Football (@brfootball) September 28, 2020
Bekas pemain Wolverhampton Wanderer akhirnya berjaya membuka buku rekod jaringan dalam debutnya di Premier League bersama Liverpool dengan satu rembatan volley menewaskan Leno buat kali ketiga.
Diogo Jota menyertai Sadio Mane dan Mohamed Salah yang turut mencetak nama di buku rekod jaringan Liverpool dalam perlawanan pertama mereka di Premier League.
Ternyata kesilapan kelakar Andrew Robertson itu tidak membawa padah kerana Liverpool telah mencipta kebangkitan sensasi untuk menang penuh bergaya.
Kalau kalah lain cerita la.
25th minute vs. 34th minute pic.twitter.com/c1ipNsy69s
— B/R Football (@brfootball) September 28, 2020
Setakat ini di Premier League musim 2020/21 menyaksikan empat pemain telah melakukan ‘errors leading to goals’ atau kesilapan yang membawa kepada gol buat pihak lawan.
Lima ‘errors leading to goals’ telah dihasilkan oleh kempat-empat pemain ini hanya melibatkan dua pasukan sahaja iaitu Chelsea dan Liverpool.
Chelsea mendahului dengan tiga ‘errors leading to goals’ dengan dua menjadi milik penjaga gol mereka, Kepa Arrizabalaga dan satu milik pemain pertahanan baru Thiago Silva.
Liverpool pula satu dunia sudah maklum pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk dan yang terbaru Andy Robertson yang juga antara pertahanan terbaik dunia.
1. Kepa Arrizabalaga (2)
2. Virgil van Dijk (1)
3. Thiago Silva (1)
4. Andrew Robertson (1)
Namun Virgil van Dijk dan Andrew Robertson walaupun menghadiahkan gol buat lawan mereka menebus kembali dengan jaringan dan memberi kemenangan kepada pasukan.
Kerana itulah mereka ini menjadi pemain pertahanan terbaik dunia. Tak macam pasukan kau tak buat ‘errors leading to goals’ pun buat kelakar sepanjang musim.