Ketua Pengadil Jon Moss menghubungi pengurus Wolves Gary O’Neil dan berkata kepadanya dirinya terkejut sepakan penalti tidak diberikan kepada Wolves dalam perlawanan menentang Manchester United pada awal pagi tadi.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Old Trafford itu United mengutip tiga mata pertama hasil kemenangan 1-0 selepas tandukan Raphael Varane berjaya memecah kebuntuan.
O’Neil bagaimanapun berang pasukan kendaliannya tidak diberikan sepakan penalti pada babak akhir perlawanan setelah Andre Onana merempuh Sasa Kalajdzic selepas turut gagal menyentuh bola.
“Jon Moss berkata kepada saya ia adalah jelas sepakan penalti sepatutnya diberikan – adil untuk dia berkata begitu, dia minta maaf,” kata O’Neil.
“Saya meluangkan banyak masa bersamanya pada hari ini untuk memahami peraturan, dan mengelak diri saya dilayangkan kad kuning di perlawanan pertama pada musim ini, tetapi saya gagal.
HARUSNYA PENALTI 🙇
Pewakilan PGMOL Jon Moss mengakui Wolves seharusnya dapat penalti pasca Andre Onana duel dengan Sasa Kalajdzic.
Moss pun meminta maaf ke Gary O'Neil karena wasit, Simon Hooper & Michael Salisbury (VAR) telah membuat kesalahan.
Enak ya, tinggal minta maaf 😌 pic.twitter.com/Ub36Tyw4TO
— Indonesia Medio Club (@medioclubID) August 14, 2023
“Tetapi adil untuk Jon tampil mengakui ia adalah satu kesilapan dan ia sangat jelas. Dia sendiri tidak percaya pengadil bertugas tidak memberikannya [penalti] dan turut pelik VAR turut tidak masuk campur.
“Ia membuatkan saya rasa lebih teruk, apatah lagi ia jelas adalah satu kesilapan. Saya rasa lebih teruk kerana pasukan tidak membawa pulang sebarang mata [dari perlawanan ini].”
Moss dilantik sebagai pengurus pengadil elit England untuk Professional Game Match Officials Limited (PGMOL) pada April.
Howard Webb yang juga merupakan Pengerusi PGMOL turut menghubungi sendiri pegawai Wolves untuk memohon maaf atas kesilapan pengadilan dalam perlawanan tersebut.
Simon Hooper adalah penagdil utama pertemuan di antara Man Utd menentang Wolves pada awal pagi tadi.
"I thought the keeper almost took our centre forward's head off!" 😳
Gary O'Neil in shock that Wolves didn't get a penalty late on at Old Trafford 🎥❌ pic.twitter.com/0SqcWR07TA
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) August 14, 2023
Beliau dibantu oleh Michael Salidsbury yang mengawal pengawasan VAR.
Salidsbury sebelum ini turut pernah disalahkan kerana gagal memberikan penalti kepada Brighton yang kemudiannya tumpas kepada Tottenham pada musim lalu.
Pengurus Man utd Erik ten Hag pula menyifatkan kesilapan sedemikian sememangnya sentiasa berlaku.
“Saya bercakap kepada Howard Webb setiap Ahad musim lalu mengenai keputusan pengadil yang tidak menyebelahi kami,” tambah O’Neil.
“Sebelum ini saya sentiasa berpendapat ia berlaku kerana kami adalah Bournemouth.
“Tetapi saya tidak berpendapat pengadil menyebelahi mana-mana pasukan. Ia adalah kesilapan manusia dan berlaku secara semula jadi. Sesiapa sahaja boleh mengalami perkara serupa. Tetapi peranan VAR sepatutnya lebih telus.”