Keunikan Maestro Tengah Barcelona, Sergio Busquests Tiada Tandingan

Pemain tengah Barcelona, Sergio Busquests boleh dianggap sebagai pemain paling ‘underrated’ dalam dunia bolasepak hari ini.

Sumbangan beliau dalam pasukan Barcelona sering terlindung dengan kehebatan jentera serangan yang diketuai oleh Lionel Messi dan Luis Suarez.

Antara pemain terpenting dalam pasukan Barcelona dan Sepanyol

Sejak Pep Guardiola memperkenalkan beliau kepada peminat bolasepak, Busquests tidak memandang ke belakang lagi. Pada usia mudanya, beliau berjaya merampas tempat Yaya Toure di bahagian tengah pasukan dan memaksa pemain antarabangsa Ivory Coast itu beraksi di bahagian pertahanan.

Kini memasuki musim ke-10 beliau di Nou Camp, pelbagai kejayaan telah diperolehi beliau. Antaranya adalah 6 kejuaraan La Liga, 3 trofi Liga Juara-Juara Eropah dan 5 Piala Copa Del Rey.

Di peringkat antarabangsa pula, beliau telah memenangi kesemua pertandingan tertinggi dimana beliau memainkan peranan penting dalam membantu Sepanyol menjuarai Euro 2008 dan Piala Dunia 2010.

Walaupun kebanyakan peminat gagal melihat kepentingan beliau dalam pasukan Barcelona dan Sepanyol, rakan sepasukan dan pengurus pasukan memandang tinggi kebolehan Busquests menggerakkan jentera tengah pasukan.

Antara kenyataan paling popular yang pernah dikeluarkan mengenai Busquests datangnya daripada bekas ketua jurulatih Sepanyol, Vicente Del Bosque.

“Jika kamu hanya menonton perlawanan, kamu tidak akan melihat Busquests. Tetapi jika kamu melihat permainan Busquests, kamu boleh memahami keseluruhan perlawanan.”

https://twitter.com/finalthrd/status/961888670222516224

Bekas rakan sepasukan Busquets di Barcelona dan Sepanyol, Xavi Hernandez mendakwa Busquests membuatkan beliau menjadi pemain yang lebih baik.

“Mereka yang menonton aksi Busquests dari jauh mungkin tidak menghargai sumbangan Busquests kepada pasukan di atas padang, tetapi bagi mereka yang pernah bermain di sisi beliau tahu pemain ini adalah unik.”

“Beliau membuatkan pemain di sekeliling beliau menjadi lebih baik dan menjadikan saya pemain yag lebih bagus. Mengapa ? Dengan bermain dekat dengan Busquests, saya akan selalu menerima bola di antara garisan pemain lawan.”

“Apabila jurulatih mengumumkan pemain untuk pasukan, nama pertama yang akan saya cari adalah Busquests. Walaupun saya tidak bermain, saya akan berasa tenang jika beliau bermain kerana saya tahu Busquests memberikan kelebihan kepada pasukan dari segi taktikal.”

“Busquests mampu meramal perkara yang belum berlaku di atas padang. Beliau berjaya memotong banyak gerakan pihak lawan dan membuatkan pasukan bermain tanpa rasa takut.”

BACA:  Ansu Fati Meraikan Gol Dengan Berlari Mencari Doktor Yang Merawatnya