Khairy Jamaluddin Jelaskan Persoalan Mengenai NFDP

Bekas Menteri Belia dan Sukan kerajaan Malaysia yang terdahulu Khairy Jamaluddin yang juga merupakan individu penting disebalik wujudnya Program Pembangunan Bola Sepak Negara, NFDP telah tampil mejelaskan isu berkenaan program akar umbi itu.

Bekas Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) itu menjawab isu berkenaan penubuhan dan progres perjalanan NFDP, tajaan, bantuan dari Kementerian Kewangan serta peruntukan kepada NFDP tidak menjejaskan peruntukan sukan lain.

Khairy Jamaluddin juga menjelaskan kemelut kewangan dihadapi NFDP tahun ini bukan dalam kawalan beliau lagi kerana Malaysia telah bertukar kerajaan yang baharu selepas parti pemerintahan selama 61 tahun yang memayungi KJ kalah teruk dalam pilihanraya umum yang lalu.

Mari nyanyi sama-sama ‘UMNO terus mara untuk rakyat Malaysia.’

Pada dasarnya apa-apa program pembangunan bukanlah suatu perkara yang bersifat ‘Hari ini kahwin, esok dapat anak’. Layak ke Piala Dunia U19 2019 hanyalah salah satu misi program jangka panjang ini.

KJ telah membuat hantaran di laman muka bukunya mengenai perkara ini dan nikmatilah dengan membaca kerana tiada lukisan disediakan.

NFDP

1. Merujuk kepada isu Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), saya sebagai bekas Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) ingin menjelaskan beberapa perkara.

2. NFDP yang ada pada hari ini telah bermula pada tahun 2014. Memang wujud program NFDP sejak 2010 tetapi skop dan perancangannya berbeza daripada NFDP yang bermula pada tahun 2014. Pada tahun 2014, Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara Fasa 1: 2014-2020 (https://www.nsc.gov.my/umum/pelan-pembangunan-bola-sepak-negara/) yang menjadi panduan kepada NFDP dilancarkan.

3. Untuk menjayakan NFDP, saya telah menghubungi bekas pemain negara, Lim Teong Kim, untuk mengendalikan keseluruhan program ini. Lim bukan hanya ditugaskan sebagai jurulatih kepada skuad utama tetapi juga sebagai Pengarah NFDP secara keseluruhan. Sebelum NFDP, beliau merupakan jurulatih remaja di Bayern Munich selama 12 tahun dan telah membimbing pemain-pemain seperti Thomas Muller, Toni Kroos, David Alaba dan Emre Can.

4. Dalam tempoh masa empat tahun NFDP telah berjaya bertapak di seluruh negara. Kini, NFDP mempunyai 25,575 pemain, 1,025 jurulatih dan 126 akademi termasuk Akademi Bola Sepak Negara Mokhtar Dahari (AMD). Satu ekosistem pembangunan bola sepak telah diwujudkan dengan jadual latihan dan perlawanan yang padat dan konsisten sepanjang tahun.

5. Kelayakan ke Piala Dunia Remaja 2019 merupakan hanya salah satu daripada misi NFDP. Jika diteliti dokumen Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara, jelas bahawa sasaran NFDP lebih menyeluruh dan berjangka panjang daripada hanya kelayakan untuk Piala Dunia Remaja 2019. NFDP merupakan program pembangunan dan pelaburan yang berjangka masa panjang. Sebab itu fasa pertama merangkumi 2014-2020.

Dipanggil untuk mengendalikan NFDP

6. Saya mengalu-alukan kenyataan YB Menteri Belia dan Sukan yang jelas menyebut bahawa NFDP akan diteruskan. Ini adalah keputusan yang tepat memandangkan mana-mana program pembangunan sukan adalah berjangka masa panjang dan memerlukan komitmen berterusan. Saya memahami bahawa dengan kekangan kewangan yang kini dihadapi oleh Kerajaan, kos program ini perlu dilihat semula, termasuk gaji Lim. Ini perkara biasa dalam melaksanakan program Kerajaan – kos pelaksanaan akan dikaji mengikut kemampuan Kerajaan.

7. Saya juga ingin menjelaskan bahawa walaupun NFDP tidak mendapat peruntukan yang konsisten dari Kementerian Kewangan yang menyebabkan dana MSN digunakan untuk menampung kekurangan yang berlaku, ini tidak menjejaskan peruntukan untuk sukan-sukan yang lain. MSN sebagai agensi pelaksana mempunyai sumber peruntukan lain khususnya sumbangan tetap Sports Toto, hasil penajaan dan sewaan serta penjimatan pengurusan yang telah memastikan peruntukan untuk semua sukan, termasuk NFDP, diurus dengan baik.

8. MSN juga, pada masa NFDP dilaksanakan, telah menerima peruntukan tambahan untuk program Kita Juara ke arah Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN 2017. Peruntukan ini diguna untuk semua sukan yang terlibat. Hasilnya, Malaysia muncul juara keseluruhan bagi Sukan SEA 2017. Pada tahun 2017 juga, kita telah berjaya memenangi lapan kejuaraan dunia. Pada tahun 2016, Malaysia telah mencatat kedudukan terbaik dalam sejarah penyertaan negara kita dalam Temasya Olimpik. Kejayaan ini semua disebabkan peruntukan tambahan seperti program Road to Rio dan juga Program Podium yang diberi kepada MSN dan Institut Sukan Negara (ISN).

UMNO dihatiku!

9. Justeru walaupun MSN terpaksa menampung sebahagian daripada kos pelaksanaan NFDP, program-program yang melibatkan sukan lain tidak terjejas. Kesemua program yang dirancang sepanjang tempoh pentadbiran saya tidak menghadapi sebarang masalah dan walaupun berdepan dengan peruntukan yang tidak konsisten dari Kementerian Kewangan, dapat dilaksanakan sehingga penghujung 2017.

10. Manchester United.

11. Tetapi, sebagaimana yang dijelaskan oleh YB Menteri Belia dan Sukan, kedudukan kewangan NFDP dan MSN agak terjejas pada tahun 2018. Ini di luar kawalan saya ekoran perubahan pentadbiran negara yang telah berlaku. Saya menyokong usaha YB Menteri Belia dan Sukan yang sedang mencari para penaja untuk meneruskan program NFDP. Hanya dengan komitmen jangka masa panjang dapat kita menjayakan bola sepak negara.

Majulah sukan untuk negara.

Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan 2013-2018

Baca Juga

Baca Juga