Digelar Penyelamat Bola Sepak Negara, Siapakah Lim Teong Kim?

Pasukan NFDP Malaysia mula mendapat perhatian peminat bolasepak Malaysia apabila menewaskan pasukan Bayern Munich B13 dan pilihan Sepanyol B13 dalam siri jelajah Eropah dalam persediaan menghadapi dua edisi Ibercup 2015. 

Pasukan NFDP Malaysia mula menjadi sebutan dan igauan indah rakyat Malaysia setelah menjuarai Ibercup Costa Del Sol. Di Gelar Penyelamat Bola Sepak Negara Siapakah Lim Teong Kim?

Baca Juga : Mari Mengenal Serba Ringkas mengenai Kejohanan IBERCUP

Ramai mula menaruh harapan kembali kepada masa depan bolasepak negara. Impian untuk melihat Malaysia ke Piala Dunia mula dicanang segelintir peminat, tak kurang juga yang mengimpikan untuk melihat anak muda ini beraksi di pentas Eropah. Tidak salah berharap tapi harus di ingat pasukan ini masih setahun jagung dan hanya baru setahun di tubuhkan di bawah Program Pembangunan Bolasepak negara (PPBN@NFDP).

Program Pembangunan Bolasepak negara (PPBN@NFDP)merupakan satu pelan jangka panjang, di mana fasa pertama akan bermula dari tahun 2014 sehingga 2020 dan fasa kedua dari tahun 2021 sehingga 2030. Program ini dikelolakan oleh Kementerian Belia dan Sukan di bawah jagaan terus menteri Belia dan Sukan pada ketika itu, Khairy Jamaluddin.

Baca Juga : Sasaran Lim Teong Kim : Malaysia Layak Ke Piala Dunia Bawah 17 Tahun Pada 2019

Untuk menjayakan NFDP ini, Menteri Belia dan Sukan juga telah melantik Lim Teong Kim sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara.

SIAPAKAH LIM TEONG KIM?

Lim Teong Kim merupakan bekas jurulatih pasukan remaja Bayern Munich, salah sebuah kelab terkemuka di dunia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam melatih dan bermain bola sepak di Jerman serta Malaysia.

Dalam usaha menyediakan PPBN, Lim telah dipertanggungjawabkan untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran beliau untuk memberi nafas baru dalam inisiatif pembangunan bola sepak negara, dengan mengambil kira perbezaan budaya antara Eropah dan Malaysia.

KERJAYA LIM TEONG KIM SEBAGAI PEMAIN BOLASEPAK

Lim Teong Kim dilahirkan di Melaka pada 26 Ogos 1963 merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan era 80-an. Memulakan karier bersama skuad Melaka pada tahun 1983 sebagai pemain tengah, beliau berpindah ke Selangor pada tahun 1984 dan bermain bersama Selangor sehingga tahun 1986.

Lim Teong Kim
Lim Teong Kim

Beliau mencatat sejarah tersendiri apabila bermain di Eropah bersama kelab Hertha Berlin yang bermain di divisyen 3 Jerman ketika itu selama semusim sebelum pulang ke Malaysia untuk bermain bersama Kuala Lumpur. Bersama Kuala Lumpur beliau berjaya memenangi Piala Malaysia sebanyak 3 kali berturut turut.

pialapresidenkorea83
Lim Teong Kim Bersama Skuad Kebangsaan di Piala Presiden Korea 1983

Beliau menamatkan karier bola sepaknya bersama pasukan Kedah. Lim Teong Kim juga mewakili Malaysia dari 1982 hingga 1991. Dia memenangi pingat emas Sukan Sea 1989 bersama Malaysia. Beliau berjaya mendapat 75 caps bersama skuad kebangsaan.

BIODATA RINGKAS LIM TEONG KIM

bio LTK

KERJAYA  LIM TEONG KIM DALAM BIDANG KEJURULATIHAN

Pada tahun 2000 beliau memulakan langkah kedalam bidang Kejurulatihan dengan berkelana ke Jerman. Beliau telah menyertai staf kejurulatihan skuad remaja Bayern Munich dan telah melahirkan ramai bintang bertaraf dunia yang menjadi tulang belakang Jerman untuk menjuarai Piala Dunia.

Bastian Schweinsteiger, Toni Kroos, Mats Hummels, Thomas Muller, Badstuber, Contento dan Alaba adalah antara pemain yang pernah mendapat sentuhan beliau. Beliau juga merupakan pemegang lesen kejurulatihan Malaysia Football Association (FAM) Advanced Certificate dan German Football Association (DFB) Master Coaching Licence serta UEFA Pro Licence.

tomas muller
Pemain Muda Bayern Munich Yang Menerima Sentuhan Lim Teong Kim

Selama 12 tahun bersama Skuad remaja LTK telah melatih skuad Bayern Munich U13 dimana disinilah beliau mengasah dan membentuk Thomas Muller seperti yang ada sekarang. Dalam satu wawancara Tv beliau menceritakan bahawa Muller merupakan pemain agak biasa berbanding pemain lain di usia 13 tahun tapi yang ada pada Muller ialah etika kerja(tekad dan komitmen) yang tinggi kepada bolasepak. Etika kerja inilah yang dibawa oleh LTK kedalam NFDP merangkumi keseluruhan aspek pemain dan juga kejuralatihan.

Beliau mengakhiri kerjaya di Bayern sebagai Penolong Jurulatih skuad U19 pada 2012 dan sebelum di lamar oleh Khairy Jamaluddin beliau telah di tawarkan oleh persatuan Bola Sepak Singapura(FAS) untuk melatih skuad remaja Singapura bersama FAS.

LIM TEONG KIM BERSAMA NFDP

LTK telah dilantik sebagai Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara dengan Kontrak sehingga 2020. Pada awal NFDP, LTK telah memilih 5 orang Ketua Jurulatih Remaja Negeri (KJRN) iaitu Mat Noor Bidin (KJRN Terengganu), Wan Rohaimi Wan Ismail (KJRN Kelantan), Muhammad Firdaus Aziz (WP Kuala Lumpur), Mohd Fadzlyn Hanafi (N.Sembilan), dan Osmera Omaro (Sabah).

Mereka ini telah dihantar berkelana di kelab Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers pada September 2014 untuk menimba pengalaman selama 6 minggu di kelab tersebut.

Apabila pulang ke tanah air para KJRN ini akan berkongsi ilmu yang telah diperoleh dengan para jurulatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN). Kerjasama di antara Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) dengan Queens Park Rangers (QPR) ini bakal menjadi program tahunan dan merupakan salah satu program “coach education” yang diunjurkan di dalam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara Fasa 1: 2014-2020.

Baca Juga : Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN/NFDP)

Setahun bersama NFDP beliau berdepan pelbagai cabaran antaranya 10 orang jurulatih di bawah program ini telah meletak jawatan termasuk adiknya sendiri. Apabila di tanya tentang cabaran ini berliau berkata apa yang beliau lalui di Jerman adalah lebih mencabar dan jurulatih yang meletak jawatan itu tidak menjangka tugas ini sangat berat.

Di Malaysia siapakah yang mempunyai pengalaman seperti beliau? Setahu penulis ada seorang rakyat Malaysia berada di AC Milan bertugas sebagai scout dan sekarang dilantik sebagai jurulatih pasukan remaja AC Milandan sentiasa berada dalam keadaan tergesa-gesa.

BACA:  Harry Kane Akan Sambung Kontrak Bersama Tottenham Dengan Syarat