Kieran Trippier Sah Menjadi Milik Newcastle United

Newcastle United telah mengumumkan penandatanganan pertama mereka selepas pengambil alihan kelab bernilai £300 juta pada Oktober lalu, dengan menandatangani Kieran Trippier dari Atletico Madrid.

Trippier merupakan penandatanganan pertama Newcastle di bawah pemilikan Syarikat konsortium Arab Saudi yang kini dikendalikan oleh Eddie Howe.

Beliau sangat diharap akan dapat membantu Newcastle mengelak dari tersingkir ke saingan Championship musim hadapan, dengan mereka pada ketika ini sedang berada di zon penyingkiran.

Pemain kebangsaan England itu tiba di St James Park dengan yuran perpindahan bernilai £12 juta dan beliau turut menandatangani perjanjian selama dua tahun setengah bersama The Magpies.

Atletico sangat berharap agar Trippier akan terus kekal bersama kelab di Sepanyol, selepas beliau berjaya membantu kelab menjulang kejuaraan liga pada musim lalu.

Walau bagaimanapun, pemain berusia 31 tahun yang pernah beraksi bersama Tottenham Hotspur itu memutuskan untuk kembali ke England dan tidak mahu terus menetap di Sepanyol.

Ketika Howe masih lagi menjadi pengurus Burnley pada tahun 2012 yang lalu, beliau pernah bekerjasama dengan Trippier selepas bekas bintang Atletico itu ditandatangani olehnya dari Manchester City.

Musim ini, Trippier telah membuat 15 penampilan bersama Atletico Madrid, dengan beliau telah mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong selepas tamat aksi kemenangan 2-0 mereka menewaskan Rayo Vallecano.

Newcastle United baru memenangi satu perlawanan sahaja dalam saingan Premier League sepanjang musim ini, dengan mereka pada ketika ini sedang berada di kedudukan ke-19 dalam carta liga.

Mereka juga kini memerlukan cuma dua mata sahaja untuk keluar dari zon penyingkiran, dengan kejayaan mengikat Manchester United 1-1 minggu lalu telah menaikkan lagi semangat para pemain The Magpies.

Terdapat beberapa pemain lagi yang sedang dikaitkan dengan Newcastle United pada ketika ini termasuk pemain midfield Juventus, Aaron Ramsey dan penyerang Arsenal, Pierre Emerick Aubameyang.

Pemain midfield Newcastle, Isaac Hayden sendiri telah memberikan pujian kepada Howe baru-baru ini, dan beliau turut menjelaskan tentang bagaimana skuad perkembangan positif skuad sejak ketibaan pengurus baru mereka itu.

“Eddie datang dan atas jasa dia, semua orang kini semakin percaya diri dan lebih bersemangat sebagai satu pasukan.”

Jelas beliau kepada beautiful game podcast.

“Kami tidak begitu menunjukkan sikap berlembut lagi. Kami bermain bertemu Liverpool dan mereka menang 3-1, tapi kami tidak sekadar duduk diam. Kami menekan mereka, cuba memperbaiki persembahan kami dalam perlawanan itu.”

“Bahkan Man City. Mereka beberapa kali terpedaya dan kami hampir untuk menjaringkan gol dan boleh mencipta sesuatu, jadi kami sekarang lebih banyak menekan pasukan lawan.”

“Kami tidak begitu menunjukkan kepada mereka yang kami berlembut, terutama kepada pasukan teratas dalam liga, dan saya rasa yang mentaliti dia yang menaikkan semangat pemain terutama pemain serangan.”

Newcastle selepas ini akan kembali beraksi bertemu Cambridge United dalam aksi saingan Piala FA.

Kehadiran Trippier jelas sekali akan menambah lagi semangat para pemain, dan sudah tentu ini bukanlah satu-satunya penandatanganan mereka pada bulan ini.

Para peminat juga tentu sudah tidak sabar untuk melihat siapa lagi yang bakal diumumkan secara rasmi sebagai pemain Newcastle pada jendela perpindahan Januari ini.

Dari segi kemampuan, Newcastle jelas sekali tiada apa-apa masalah untuk mendapatkan siapa saja yang mereka mahukan.

Selepas mendapatkan pemain pertahanan berkelas dunia, Newcastle United sudah tentu akan terus memburu pemain midfield dan penyerang terbaru pada jendela perpindahan Januari ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Sergio Reguilon Jelaskan Situasi Sebenar Berkait Aksi Heroic Beliau Selamatkan Nyawa Penyokong Newcastle