Kisah Arsenal Mahu Memperingati Hari Pertama Dengan Angka 4

Ini adalah perlawanan pertama Arsenal di Europa League selepas 21 tahun bermain di Champions League.

Misi mereka mudah, mahu menjaringkan 4 gol sahaja. Ia seperti acara pecah tanah kepada pasukan ini. Jadi no.4 itu sangat sinonim dengan mereka.

Arsenal turun menentang kelab dari Ukraine di halaman mereka sendiri. Emirates ternyata tidak penuh dan banyak kerusi kosong kerana bagi penyokong Arsenal, Europa League ini tak ubah seperti Piala antara rumah sukan.

https://twitter.com/theamedpost/status/1042864217542389760

Namun demi menjaga hati UEFA mereka meneruskan juga kempen ini. Razif Abumiang bersendirian di kedai mamak ditemani beberapa pasangan bercinta dan pekerja mamak yang mengular.

Di telefonnya terpampang wallpaper Zizi Kirana sebagai teman. Fendi Hazard mungkir janji, balik awal.

Di atas padang Petr Cech direhatkan dan digantikan dengan Leno. Selain itu mereka turut menurunkan Lord Iwobi.

Separuh masa pertama, Arsenal hanya 1-0 di hadapan dengan jaringan tunggal Aubameyang.

https://twitter.com/abokorgunners/status/1042881183439355904

Satu jaringan yang terlalu biasa untuk pemain sehebat Aubameyang. Pemain yang ada hobi suka menayangkan kereta sukannya kalau dah tak ada kerja.

Unai Emery agak resah kerana mereka perlukan 3 gol lagi. Beliau pucat lesi. Macam mana nak cari 3 gol lagi ni. Apa patut aku buat, katanya dalam hati.

Sebaik sahaja mereka masuk ke bilik persalinan. Unai Emery mencapai gitar kapok dan bersajak untuk memberikan kata-kata semangat supaya misi 4 gol tercapai:

Kau ingat Joko, kalau kau jalan dekat luar sorang-sorang tiba-tiba diorang tahan kau,

Kau jangan lari, kau berhenti.

Kau pandang mata diorang satu-satu, lepas tu kau jawab soalan-soalan diorang.

Dia macam kau kena kejar anjing la benda ni.

Kau jangan lari, kalau kau lari, itu anjing tu kejar kau.

Sebab anjing ni boleh bau kau punya takut tu.

Kau berhenti je nanti dia berhenti.

Biar la dia menyalak, dia menyalak kat belakang tu je.

Tapi, kalau kau dah menyampah dengar dia menyalak, ha yang itu kau ambik batu baling kat dia. Ha, baru anjing tu lari.

Faham?’

Itulah petikan kata-kata Adi, anak Pak Sarip dalam filem One Two Jaga yang menjadi pemangkin semangat Arsenal.

Bersambung separuh masa kedua, Arsenal mengganas dan mengajar Vorskla apa itu bola sepak sebenar.

Di kala ramai penyokong lain mengharapkan yang Arsenal akan buat kelakar dalam perlawanan ini terutama sekali Acap Kane. Ianya tak berlaku.

Danny Wellbeck yang digelar Amutu England telah menambah 1 lagi gol. Tidak terhenti di situ, Aubameyang menambah gol lagi pada minit ke-56.

Tiada tekanan dan tiada rambut kusam di wajah Aubameyang yang menganggap perlawanan ini satu pertunjukan

Unai Emery hanya melihat pasukan Arsenal bermain tanpa memberikan arahan taktikal. Beliau menyerahkan segalanya di tangan Lord Iwobi yang menggalas tugas sebagai player-manager.

Iwobi ternyata beraksi sangat baik. Flash kamera sentiasa bernyala segenap penjuru setiap kali dia memegang bola. Mengingatkan kita kepada dominasi New Boyz di arena muzik pada satu ketika dahulu.

Vorskla yang tertekan ketinggalan 3 gol telah melepaskan geram mereka dengan melepaskan gol ke-4. Biar puas hati bolos lebih banyak.

Kali ini, giliran pesara Jerman, Mesut Ozil menjaringkan gol ke-4. Ozil dengan genius mencucuk bola dengan teknik luar biasa.

Jadi, misi Arsenal selesai dan Unai Emery memberikan isyarat, jangan tambah sebarang gol lagi.

Unai Emery memberikan isyarat misi selesai. Sajak Anak Pak Sarip ternyata sangat membantu

Dia melihat Lord Iwobi yang terlalu bagus, lalu digantikannya. Takut ada tambahan gol tak sengaja.

Penyokong Vorskla diberikan peluang untuk menyaksikan jaringan deras yang sengaja dibiarkan oleh Bernd Leno kerana kasihankan beberapa awek lawa datang dari jauh.

Tak cukup 1, Leno sengaja melepaskan bolos kedua kepada pasukan pelawat.

Geram juga si Razif di kedai kopi sambil berkata:

“Sebab tu la kau duduk simpanan, baghal”

Tamat perlawanan Arsenal menang 4-2 dalam hari pertama mereka di Europa League. Ini petanda bahawa mereka mahu mengingatkan dunia, bahawa nombor 4 terlalu sinonim dengan mereka.

Dan ia isyarat bahawa mereka mereka akan berjuang mendapatkan hak lot no.4 mereka musim ini.

Dan tak lupa ini adalah kemenangan ke-4 Arsenal di bawah Unai Emery musim ini.

Satu keputusan yang sangat cemerlang daripada Arsenal. Mereka pasukan tunggal dari England menjaringkan 4 gol dalam kempen Eropah minggu pertama ini. Hebat kan?

Hanya pendengki sahaja yang tak sanggup mengakui kehebatan Arsenal.

BACA:  Giroud: Perpindahan Ke Chelsea Bantu Lonjak Prestasi Bersama Perancis