Tindakan Thibout Courtois meninggalkan kem Belgium selepas perlawanan menentang Austria sebelum ini tidak disenangi oleh kebanyakkan pemain senior pasukan itu.
Rakan sepasukan Courtois, Yannick Carrasco secara terbuka mengkritik sikap yang ditampilkan penjaga gol Real Madrid tersebut.
Pelbagai sebab dikatakan menjadi punca kepada tindakan Courtois. Ada yang berpendapat tindakan tersebut didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap pengurus Belgium, Domenico Tedesco yang memberikan lilitan kapten untuk perlawanan menentang Austria kepada Romelu Lukaku.
Pengkongsian teman wanita penjaga gol di media sosial yang bakal menjadi isterinya dalam beberapa hari mendatang pula mendedahkan Courtois sebenarnya mengalami kecederaan di bahagian lutut.
Anehnya kecederaan tersebut dinafikan oleh Tedesco sebelum kenyataan berjela oleh Courtois di Instagram kemudiannya mengkritik jurulatih kerana tidak mendedahkan perkara sebenar.
Kini timbul satu lagi teori yang mengaitkan tindakan penjaga gol berusia 31 tahun itu sebenarnya berkaitan dengan perkahwinan yang bakal dilangsungkan dengan teman wanitanya, Mishel Gerzig.
Full story: https://t.co/y1X2Y5kNHB
— FootballJOE (@FootballJOE) June 20, 2023
Gerzig bukan satu-satunya wanita yang pernah hadir di dalam kehidupan Courtois. Malah penjaga gol Belgium dengan 102 caps itu sebenarnya sudah mempunyai dua anak hasil hubungannya dengan teman wanita terdahulu, Marta Dominguez.
Malah Dominguez dikatakan menjadi punca sebenar Courtois meninggalkan Chelsea untuk ke Real Madrid untuk berada lebih dekat dengan anak-anaknya, selepas perpisahan kedua-dua pasangan.
Kita semua tahu apa yang berlaku selepas itu. Chelsea sedikit huru hara kerana perpindahan last minute Courtois ke Real Madrid dan akhirnya menandatangani Kepa Arrizabalaga dengan rekod dunia penjaga gol.
Seperti drama Akasia di TV3, kisah percintaan Courtois sebenarnya rumit kerana Dominguez hadir selepas kisah cinta tiga segi yang turut membabitkan rakan sepasukan Belgium, Kevin de Bruyne.
Cinta tiga segi babitkan Courtois – De Bruyne
Kedua-dua pemain bersama Chelsea ketika itu, walaupun Courtois beraksi secara pinjaman bersama Atletico Madrid pada tiga musim pertama sebelum menyertai skuad utama The Blues pada 2014.
De Bruyne pula meninggalkan Chelsea untuk menyertai Wolfsburg pada Januari tahun yang sama selepas dua tahun di Stamford Bridge – semusim dipinjamkan ke Werder Bremen.
Pertelingkahan Courtois – De Bruyne pada mulanya dianggap hanya khabar angin kerana tiada pihak yang tampil mendedahkan kisah sebenar atau pun mengesahkan perkara yang berlaku.
From a love triangle with De Bruyne, to a bitter split from pregnant ex-girlfriend and questions if his marriage to model sparked Belgium walk-out…
How Thibaut Courtois struggles to keep his love life out of footballhttps://t.co/0M0ubdFxzu
— Mail Sport (@MailSport) June 25, 2023
Semuanya mulai didedahkan melalui buku autobiography De Bruyne – ‘Keep it Sumple’ – pada 2014.
Dalam buku tersebut, De Bruyne menulis: “Walaupun saya masih tidak percaya apa yang Courtois lakukan, kami terus bekerjasama secara profesional [untuk Belgium].
“Jurulatih bertanya kepada saya jika Courtois harus meninggalkan pasukan. Saya tidak berpendapat saya mempunyai hak untuk berkata demikian.
“Dia adalah penjaga gol yang cemerlang. Jadi saya kata biarkan dia bersama pasukan.”
Kisah itu kemudiannya berterusan melalui pendedahan wanita yang terlibat di dalam kisah cinta tiga segi itu, Carolone Lijnen.
Sebelum ini Lijnen mempunyai hubungan dengan De Bruyne selama tiga tahun. Di dalam tembual bersama Story Magazine di Belgium, Lijnen mendedahkan sebenarnya De Bruyne yang terlebih dahulu curang pada 2012 dengan salah seorang rakan baiknya.
Perkara itu berlaku sebelum kehadiran Courtois dalam kehidupannya. Selepas memberikan De Bruyne peluang kedua untuk membaiki hubungan, bekas pemain tenis itu berkunjung ke Madrid, Di situlah hubungan dengan Courtois bermula.
“Kevin bertindak curang terhadap saya,” dedah Lijnen.
“Saya enggan mendedahkan apa-apa selama berbulan lamanya kerana ibu bapanya mengancam untuk menyaman saya. Sudahlah saya rasa tertekan, saya juga tidak boleh menghubungi Kevin.
we have the epic de bruyne vs courtois love triangle revenge tour … KBDs ex gf cheated w courtois in 2012. #MCIRMA #UCL pic.twitter.com/t1FfYINTGw
— O. A. (@Royal_Ryder) April 26, 2022
“Saya cuba untuk menghormati segalanya. Tetapi di dalam bukunya ‘Keep it Simple’, Kevin menulis mengenai sikap curang saya dengan Courtois. Jadi saya enggan berdiam diri lagi.
“Pada musim panas 2o12, Kevin mengaku curang dengan sahabat lama saya. Saya berikan dia peluang kedua: pilih dia atau saya. Saya memang bersedia untuk memberikan Kevin peluang kedua. Hakikatnya hubungan kami sudah tidak lagi sama selepas itu.
“Saya kemudiannya ke Madrid untuk menenangkan fikiran. Kevin berpendapat ia idea yang bagus. Kemudian berlaku perkara yang sepatutnya tidak berlaku.
“Pada satu petang di Madrid, Thibaut menawarkan saya perkara yang saya tidak pernah alami ketika bersama Kevin.
“Dengan Thibaut, saya boleh bercakap mengenai apa sahaja dan dia juga menyediakan makanan yang sedap untuk saya. Kevin tidak pernah berbuat demikian.
“Kevin pernah curang di belakang saya, jadi saya berfikir mengapa tidak saya melakukan perkara serupa terhadapnya?”
De Bruyne dan Courtois tidak pernah beraksi bersama ketika bersama Chelsea tetapi berkongsi bilik persalinan yang sama bersama Belgium di pelbagai kejohanan dan pertandingam.
Malah De Bruyne turut berjaya menewaskan ‘seteru percintaan’ nya itu dua kalu sejak tiga tahun lalu apabila membolosi gawang Real Madrid dikawal Courtois di pertandingan Champions League bersama Man City.
Courtois pula tidak pernah mendedahkan kisah tersebut kepada umum. Hubungannya dengan bekas Lijnen juga tidak kekal lama sebelum bertemu dengan Dominguez – ibu kepada dua anaknya.
Pada 2014 pegawai media Belgium, Stefan van Loock pernah berkata: “Kami tidak menafikan kedua-dua pemain mempunyai masalah peribadi di antara mereka.
“Saya pernah bertanya kepada mereka mengenai perkara tersebut, tetapi kedua-dua pemain menegaskan isu itu sudah tidak lagi timbul.
“Mereka katakan sudah tidak lagi bergaduh. Mereka juga bercakap sesama sendiri dan mulai bergurau senda.”
Courtois tidak jujur?
Kisah percintaan Courtois sekali lagi dipercayai membuatkan bilik persalinan Belgium bergolak.
Sebelum ini Thibaut Courtois mengecam pengurus pasukan kebangsaannya kerana bercakap secara terbuka tentang perbualan mereka di bilik persalinan.
Jurulatih Belgium, Domenico Tedesco dengan terbuka menyatakan bahawa dia merayu kepada Courtois untuk beraksi menentang Estonia. Namun pemain itu merajuk dan balik terus ke rumahnya di Madrid kerana kecewa tak dapat menjadi kapten.
Tedesco buat masa ini masih menggilirkan kaptennya. Di mana Lukaku telah menjadi kapten ketika menentang Austria. Tedesco berjanji akan memberikan lilitan kapten kepada Courtois pada aksi menentang Estonia.
🚨 Thibaut Courtois could consider leaving the Belgium national team temporarily after falling out with head coach Domenico Tedesco. 🇧🇪
(Source: @miguelitocope) pic.twitter.com/E9TpTDdmEi
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 22, 2023
Courtois tidak dapat menerimanya. Dan dia terus pulang. Tedesco menafikan Courtois pulang awal kerana cedera. Courtois bertindak balas membidas jurulatih itu dan menyatakan bahawa dia balik kerana ada sakit di kakinya.
“Kami bersama-sama memutuskan bahawa Romelu akan menjadi kapten menentang Austria dan Thibaut esok menentang Estonia,” kata ketua jurulatih Belgium Domenico Tedesco.
“Ianya OK untuk semua orang tetapi selepas perlawanan dia [Courtois] tiba-tiba mahu bercakap dengan saya dan berkata dia akan pulang kerana dia kecewa dan berasa tersinggung.”
“Dan sudah tentu, saya cuba beberapa kali untuk bercakap dengannya: ‘Jangan buat begitu, pada saya, jangan buat begitu kepada kakitangan pasukan, jangan buat begitu kepada pasukan.’ Kerana ia sukar, ia adalah sesuatu yang sukar. keputusan berat yang diambilnya.”
“Sejak awal saya cuba tunjukkan penghargaan yang sepatutnya. Pada pandangan saya dia adalah penjaga gol terbaik di dunia. Saya suka dia sebagai penjaga gol tetapi juga sebagai seorang manusia. Saya terperanjat.”
💍 Thibaut Courtois at his wedding party. pic.twitter.com/HnhcKWFYVk
— Madrid Xtra (@MadridXtra) June 25, 2023
Pendedahan media di Belanda kemudiannya melakukan pendedahan berbeza apabila menulis isu lilitan kapten dan kecederaan bukan punca sebenar Courtois gagal melapor diri.
Pada malam hari sebelum melapor diri, Courtois dikatakan bergaut di telefon bersama teman wanitanya sehingga awal pagi.
Ini menyebabkan Tedesco dan rakan sepasukan penjaga gol itu kini percaya teman wanita dan perkahwinannya adalah punca sebenar beliau gagal kembali melapor diri.
Perkahwinan tersebut dikhabarkan akan berlangsung pada minggu ini dan akan diadakan selama dua hari penuh dengan kehadiran 300 jemputan.