Cristiano Ronaldo ketika zaman remajanya merupakan prospek bola sepak untuk masa depan dan diintai oleh banyak pasukan handalan dunia, sebelum menyertai Manchester United, Liverpool dan Arsenal antara pasukan yang hampir mendapatkan Ronaldo tetapi gagal.
Bekas jurulatih Liverpool, Phil Thompson telah mendedahkan sebuah cerita yang agak kelakar di mana Liverpool sangka dan penuh yakin telah berjaya membeli Cristiano Ronaldo pada harga £4 Juta sahaja.
Cristiano Ronaldo telah memilih untuk menyertai Manchester United pada 2003 dengan nilai £12 juta dari Sporting Lisbon dan selepas itu menjadi antara pemain terbaik dunia.
Bekas pengurus Liverpool Gerard Houllier dan Phil Thompson hampir tercekik di meja makan selepas Cristiano Ronaldio diumumkan sebagai pemain Manchester United 18 tahun lalu.
Sebenarnya pada masa yang sama pada ketika itu, seteru utama United, Liverpool turut berminat untuk mendapatkan khidmat Ronaldo yang ketika itu merupakan prospek untuk masa depan.
Malah kelab Merseyside yang kaya dengan sejarah dikatakan telah mencapai persetujuan membayar £4 juta untuk membawa Ronaldo ke Anfield.
Liverpool evening headlines as Cristiano Ronaldo deal almost caused Reds boss to 'choke' https://t.co/0CXS6JWYfN
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) October 14, 2020
Phil Thompson yang merupakan pembantu kepada Houlier mededahkan kisah malang ini kepada The Athletic:
“Saya masih ingat dengan jelas apa yang Tony Henry (ejen bola sepak) katakan,” kata Thompson.
“Ia amat mudah dan rileks. Harganya hanya £4 Juta, dan boleh dibayar secara ansuran £1 juta setahun. Ia amat munasabah.
“Kemudian saya bertanya mengenai gaji dan Tony juga berkata ia adalah £1 juta setahun.”
Sir Alex Ferguson kemudiannya menyedari bakat oleh dimiliki oleh bintang Portugal itu selepas aksi menakjubkan untuk Sporting Lisbon dalam perlawanan persahabatan menentang Manchester United.
United pantas mengikat pemain tersebut dan menurut Thompson seluruh hierarki di Liverpool bergegar.
Liverpool believed they had agreed a deal to sign Cristiano Ronaldo for just £4MILLION in 2003 https://t.co/mvG1S4NMd8
— MailOnline Sport (@MailSport) October 14, 2020
“Pada hari Selasa, ketika kami sedang menikmati makan tengah hari di kompleks latihan, muncul berita di Sky Sports melaporkan, ‘Manchester United telah menandatangani Cristiano Ronaldo pada nilai £12.2 juta.’
“Gerard [Houllier] dan saya sendiri hampir tercekik dengan makanan sendiri. Saya masih ingat Gerard melompat dan berkata, ‘Apa sebenarnya yang telah berlaku di sini?'”
Liverpool bukan satu-satunya kelab yang dikatakan hampir mendapatkan Ronaldo.
I remember hearing that Arsenal had a deal in place for Ronaldo for 7/8 million. United paid 12 million for him from Sporting. Vaguely remember Vidic being linked to you's after we got him for 7 million, what a bargin in the end.
— Marty O'Brólachan (@brolachan) February 9, 2019
Arsenal di bawah kendalian Arsene Wenger turut mendakwa sudah mencapai persetujuan dengan yuran perpindahan £8 juta dibayar kepada Sporing Lisbon.
Malah Ronaldo dan ibunya Dolores turut telah diterbangkan ke Arsenal dan diperkenalkan kepada Thierry Henry.
Arsene Wenger turut bertemu sendiri dengan Ronaldo di pejabatnya, dan menyerahkan jersi No.28 yang dipinta pemain itu.
Namun demikian, Ronaldo tetap memilih ke Manchester United di mana beliau memenangi tiga kejuaraan Premier League, satu Piala FA dan satu kejuaraan Champions League sebelum berhijrah ke Real Madrid pada 2009.
Perlawanan Yang Bawa Ronaldo Jadi Pemain Terbaik Dunia
Aksi Ronaldo telah menarik minat Ferguson dalam aksi pada Ogos 2003 apabila Sporting menewaskan Manchester United 3-1 di Estádio José Alvalade, Lisbon. Aksi Ronaldo nyata membuatkan pemain United teruja dan Ferguson segera mengikat Ronaldo.
Ronaldo menyertai Manchester United pada 2003 dan menjadi pemain Portugal pertama menyertai pasukan Setan Merah dengan yuran perpindahan £12.24 juta sekaligus menjadi pemain muda paling mahal dalam sejarah bola sepak Inggeris ketika itu.
Ferguson ketika itu menyifatkan Ronaldo sebagai “one of the most exciting young players” yang pernah beliau lihat.
FLASHBACK: #OnThisDay in 2003 a young Cristiano Ronaldo ran rings around #MUFC in a friendly with Sporting Lisbon.
Days later he was a United player, joining David Bellion, Kleberson and Eric Djemba-Djemba as new arrivals at Old Trafford. pic.twitter.com/0XrJpfCmwi
— A Funny Old Game (@sid_lambert) August 6, 2018
Ronaldo memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.
Ronaldo menjaringkan gol ke-100 United pada 29 Oktober 2005. Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor tersebut.
Kepoweran Ronaldo telah menarik minat gergasi Sepanyol, Real Madrid dan membawa Ronaldo ke kota Madrid dengan rekod perpindahan dunia bola sepak pada ketika itu.
Pelbagai anugerah dan gelaran diraih oleh Ronaldo termasuklah sebagai pemain bola sepak terbaik dunia dan hatrik Champions League bersama Zinedine Zidane.
Ronaldo juga mencipta rekod sebagai pemain bola sepak pertama yang mencapai tahap sebagai seorang billionaire dan ahli sukan ketiga selepas Tiger Woods dan Flyod Mayweather Jr.
Saban tahun nama Ronaldo naik sebagai pemain bola sepak menerima pendapatan tertinggi dunia dan ada sahaja dalam senarai atlit sukan terkaya.
Ronaldo dan Nombor 7
Selepas tiba di Old Trafford Ronaldo memohon untuk memakai jersi bernombor 28 seperti yang di pakai bersama Sporting tetapi Fergie memberikannya jersi nombor 7 dan the rest is history.
Satu tindakan agak gila dari Alex Ferguson memberikan seorang pemain muda mentah memakai jersi keramat yang sinonim dengan pemain yang hebat dan berkelas dunia untuk Manchester United.
Ronaldo nayta membuktikan potensi dirinya dengan bergaya memakai nombor jersi nombor tujuh dan meneruskan legasi hebat yang ditinggalkan George Best, Eric Cantona and David Beckham.
Cristiano Ronaldo on beating Roma 7-1 with Manchester United:
🗣 "When it was 6-0, they asked me to stop, an opponent begged me to stop dribbling. Others threatened to hurt me. Roma? There is no player with whom I would exchange a shirt." pic.twitter.com/4V8qZbpefG
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) April 14, 2020
Selepas Ronaldo pergi tiada lagi yang mampu untuk mewarisi nombor dan mempamerkan aksi bola sepak berkelas dunia serta mennjadi nadi pasukan tersebut hingga kini.
Mereka yang mengenakan jersi bernombor tujuh selepas Ronaldo semuanya kelaut dan ada tidak mampu membawa nombor tersebut dan kembali ke nombor asal, Valencia la tu.
Ketika awal ketibaan Cristiano Ronaldo di Old Trafford ramai yang masih meragui dengan kemampuan Ronaldo ketika itu, sebulan selepas tiba dan membuat debut musim bersama Mancheter United ada yang mula mengecam Ronaldo.
On this day 17 years ago, Manchester United signed Cristiano Ronaldo 😍
Truly worthy of the No.7 🔥🇾🇪 #MUFC pic.twitter.com/pvbQcQ0nxS
— Stretford Paddock (@StretfordPaddck) August 12, 2020
Mereka menuduh Ronaldo membazirkan penguasaan bola dengan aksi-aksi yang tidak diperlukan di padang semasa perlawanan sebenar. Terlalu banyak memegang bola, membuat helah yang melampau kurang tenang dan cermat antara kelemahan Ronaldo di mata mereka.
Namun Ronaldo segera menyesuaikan diri dengan atmosfera Premier League dan hasilnya adalah sepertimana yang tercatat dalam sejarah.
Biarlah sejarah yang berbicara sendiri janganlah kita yang asyik bercerita tentang sejarah seperti satu kelompok penyokong itu.
Kini Ronaldo kembali ke Old Trafford dan Premier League buat kali kedua dengan jersi bernombor tujuh dan meneruskan legasi kehebatan pemain berjersi nombor tujuh.