Perlawanan di antara Manchester United menentang Crystal Palace diibaratkan pertarungan adik dengan abang bagi segelintir penyokong Manchester United.
Di media sosial, twitter mereka meminta perlawanan ulangan dengan Chelsea. Jarang sekali sesebuah pasukan itu mempersiapka diri dengan meminta repeat dengan pasukan lain. Tetapi itulah Manchester United. Sentiasa mendahului zaman.
*#MUNCRY. Wish we were playing Chelsea again, though…
— Manchester United (@ManUtd) August 24, 2019
Kejayaan menewaskan Chelsea terlalu unggul untuk Manchester United kenang. Mereka masih lagi menganggap itu satu kejayaan yang besar.
Lalu keluarlah segala kenyataan penuh optimis bahawa mereka adalah pasukan terbaik. Ini apa yang diperkatakan akhbar utama tentang Manchester United selepas perlawanan pertama.
Crystal Palace ada Wilfred Zaha yang masih ada pegangan saham 25% jika pemain itu dijual. Manakala di dalam pasukan Manchester United pula, ada Aaron Wan Bissaka yang dibeli dengan angka £50 juta.
Manchester City sendiri tak sanggup membayar Wan Bissaka £50 juta kerana tahu itu bukan harganya. Namun untuk Manchester United, mereka merelakan diri mereka membayar angka itu.
Manchester United mengumumkan kesebelasan utama mereka yang dibarisi:
1. Penjaga gol terbaik dunia
2. Bakal bek tengah terbaik dunia
5. Bek tengah termahal dunia dan lebih bagus daripada Van Dijk
23. Pemain terbaik tahunan Manchester United
39. Pemain muda berbakat McSauce
6. Bekas virus
21. Ryan Giggs baru
14. Pemain muda prospek
10. Pemain muda terbaik dunia
9. Pengganti Thierry Henry
Melihatkan kesebelasan itu sudah cukup membuatkan ramai penyokong rivals Manchester United tidak sanggup mendengar nasib Crystal Palace dalam perlawanan ini.
Sepanjang malam (siang di England), Manchester United bermain menyerang. Mereka mahu melupakan segala masalah sebelum ini.
Namun tidak disangka-sangka, kesabaran penyokong Manchester United diuji oleh bola lambung daripada belakang. Lindelof pula terlepas bola dan pemain yang dianggap paling kalut dalam sejarah bola sepak, Jordan Ayew berjaya menjaringkan gol.
Tersentak dengan gol itu, Manchester United memulakan langkah untuk membuktikan bahawa mereka raja kebangkitan.
Pada minit ke-34, Luke Shaw terpaksa dikeluarkan. Namun pengganti beliau bukannya calang-calang pemain. Pemain yang dimaksudkan adalah Ashley Young.
Roy Hodgson kelihatan hampir terkena serangan darah tinggi sebaik sahaja melihat Young masuk ke dalam padang.
Pada minit ke-50, Manchester United dihadiahkan sepakan penalti. Lalu kelihatan banner penyokong United menyatakan: Katakan tidak kepada perkauman.
Insiden perkauman melanda United minggu lalu selepas Pogba gagal menyempurnakan penalti. Kali ini hajat penyokong United dimakbulkan, selepas sepanjang minggu berzikir: “Kami mahu Rashford ambil penalti.”
Malang sekali, penyanyi latar lagu Beans Beans Beans itu, kolaborasi dengan Lingard, gagal menyempurnakan penalti itu yang terkena tiang.
Dan seperti biasa, para penyokong United mulai melupakan slogan katakan tidak kepada perkauman. Mereka mengutuk Rashford dengan label perkauman. Dan memetik nama pemain lain: “Aku dah cakap, penalti ini bagi Martial.”
Marcus Rashford was subjected to racial abuse on Twitter after missing a penalty in Manchester United's loss to Crystal Palace.
— Sky Sports News (@SkySportsNews) August 24, 2019
Minggu depan kalau Martial gagal pula, mereka ulangi benda yang sama, kenapa tak suruh David Beckham ambil penalti.
Daniel James sekali lagi menerjunkan dirinya untuk mengutip satu lagi kad kuning kerana aktivit terjunnya.
Pada minit ke-88, Ryan Giggs baru, berjaya menyamakan kedudukan untuk pasukannya. Beliau dengan girang meraikan gol, terlupa beliau sudah bermain untuk di Manchester United.
Marcos Rashford dan Martial dengan cepat menarik James mahu memastikan bola itu dimulakan semula dengan segera.
Mereka tidak sedar James sengaja melengahkan permainan dengan keraian itu kerana beliau tahu, semakin cepat perlawanan dimulakan semula, semakin banyak masa untuk Palace mendapatkan gol semula.
Perkara itu benar-benar berlaku. Ketika penyokong United melaungkan: “Inilah masanya untuk Fergie Time”, mereka telah dihampakan oleh aksi kelakar David De Gea yang gagal menyelamatkan sepakan mudah oleh Van Aanholt.
Paddy Van Aanholt, class… but de Gea really is shit, this should be a comfortable save for him pic.twitter.com/FsJz5CCHgN
— Shaun (@safcbootboys) August 24, 2019
Manchester United kelihatan tidak sabar menunggu wisel penamat kerana tahu mereka berhadapan dengan kekalahan lebih besar.
Selepas tamat perlawanan, Manchester United di-troll balik oleh Chelsea. Itu ok lagi. Tetapi apabila pasukan yang Crystal Palace pun ambik kesempatan troll pasukan anda, ia memang kurang ajar.
How’d it go?
*#MUNCRY https://t.co/hrft0enWGU
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 24, 2019
Mereka mungkin sukar memahami kenyataan penuh deep oleh Chelsea itu.
Chelsea merujuk kepada Van Aanholt sebenarnya bekas pemain Chelsea. Mana mungkin pemain seperti ini membiarkan kelab lamanya dijadikan bahan jenaka. Pemain itulah yang telah menjaringkan gol kemenangan ke atas United.
Sama juga dengan Wan Bissaka yang membantu kelab lamanya menang dalam perlawanan ini. Kerana mahu membalas budi. Wan Bissaka bermain seperti dia masih pemain Crystal Palace. Beberapa kali beliau membiarkan dirinya dibocori.
Sukar untuk mencari statistik Bissaka kali ini. Tidak ramai yang berbicara tentang beliau.
Selepas melihat pasukan mereka tewas. Para penyokong Manchester United beralih kepada sokongan kepada Arsenal.
Malang buat Arsenal, kedatangan penyokong Manchester United telah membawa badi sekali. Dan akhirnya penyokong United berpura-pura meneruskan aktiviti PUBG di kedai mamak.