Perlawanan antara Real Madrid dan Liverpool di Final Champions League 2018 merupakan satu perlawanan yang penuh drama lagi sarat dengan emosi yang berlanjutan berbulan-bulan selepas perlawanan.
Real Madrid berjaya menewaskan Liverpool dengan jaringan 3-1 dan mencipta sejarah tersendiri dengan bergelar juara Champions League tiga kali berturut-turut. Hatrik!
Selain kesilapan bodoh Loris Karius, kisah Mohamed Salah dikasari Sergio Ramos menyaksikan pemain Mesir itu tidak dapat meneruskan lagi perlawanan.
Insiden ini memendamkan dendam kesumat di jiwa penyokong Liverpool yang mula membenci Sergio Ramos.
Marilah sama-sama kita mengenang kembali peristiwa yang terjadi dalam Champions League 2018 menjelang pertemuan kembali Liverpool dan Real Madrid buat pertama kali sejak final 2018.
Kejahatan Dan Keganasan Yang Nyata Dari Ramos
Sergio Ramos sememangnya terkenal sebagai seorang pemain pertahanan yang ganas serta menakutkan yang kadangkala melakukan kerja ‘kotor’.
Kad samada kuning dan merah sudah sinonim dengan Ramos. Namun kekasarannya ke atas Mohammed Salah menjadi kemarahan ramai terutama peminat Liverpool.
Semua orang berbicara mengenai ‘Arm-Lock’ atau Kuncian Siku Sergio Ramos ke atas Mohamed Salah dan majoriti mengecam Ramos walaupun ada yang menyokong.
Salah merupakan pemain tonggak dan juga tongkat kepada Liverpool musim lalu. Entah sengaja atau tidak tindakan Ramos ini nyata telah membunuh semangat pemain Liverpool.
Akhirnya Salah mengalami kecederaan bahu dan khabar angin ketika itu menyatakan Salah juga bakal terlepas Piala Dunia bersama Mesir.
Namun Salah kembali bersama skuad Mesir di Piala Dunia dan gagal untuk memberikan yang terbaik kerana baru sahaja sembuh.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh European Judo Union melalui laman Twitter rasmi mereka, EJU menyifatkan gerakan Ramos sebagai berbahaya dan jurus yang diharamkan dalam sukan Judo.
“Waki-gatame merupakan satu teknik yang bahaya. Oleh sebab itu teknik ini tidak dibenarkan untuk digunakan sebagai penyambung kepada jurus ne-waza”
EJU juga menimbulkan persoalan dengan meminta pandangan mengenai insiden ini.
“Apa korang fikir mengenai kekasaran yang berlaku pada petang #UCLFinal antara #RMALIV?”
Waki-gatame is a dangerous technique. That's why it is not allowed in Judo to use for transition to ne-waza. What do you think about this foul yesterday evening in the #UCLFinal between #RMALIV? pic.twitter.com/mHmADyG7LB
— European Judo Union (@europeanjudo) May 27, 2018
Ramos Disaman €1 Bilion
Seorang peguam berasal dari Egypt telah melancarkan saman berjumlah €1 bilion (£873 juta) terhadap Sergio Ramos kerana dituduh sengaja mencederakan Salah pada separuh masa pertama perlawanan akhir tersebut.
Peguam yang bernama Wahba mengumumkan menerusi stesen televisyen Sada El-Balad beliau telah membuat aduan kepada FIFA atas dakwaan sengaja menyebabkan ‘kecederaan fizikal dan psikologi’ terhadap sebuah negara dan pemain bolasepak paling bernilai dimiliki negara tersebut.
“Ramos sengaja mencederakan Mo Salah dan sepatutnya dihukum atas tindakan beliau. Saya telah melancarkan saman dan membuat aduan kepada FIFA.”
“Saya akan meminta pampasan atas apa yang telah berlaku, mungkin melebihi €1 bilion kerana melakukan kecederaan dari segi fizikal dan kesan psikologi terhadap Salah dan juga seluruh rakyat Egypt.”
Sergio Ramos is now being sued for a staggering €1 Billion after injuring Mo Salah 😳
"Ramos intentionally injured Mo Salah and should be punished about his actions. I've filed a lawsuit and a complaint to FIFA." https://t.co/85Hk5v1y2R
— SPORTbible (@sportbible) May 28, 2018
Sekiranya Wahba mencapai kejayaan dalam kes saman tersebut, beliau berjanji akan menderma keseluruhan duit pampasan kepada Tabung ‘Long Live Egypt’.
Sehingga hari ini tiada perkembangan lanjut mengenai kes saman ini dan sekadar sembang.
Ugutan Bunuh Kepada Keluarga Ramos
Kapten Sepanyol, Sergio Ramos mendedahkan beliau dan keluarga menerima beberapa ugutan bunuh selepas terlibat dalam insiden pelanggaran yang menyebabkan Mohamed Salah terpaksa diusung keluar ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.
Pemain Real Madrid ini membuat pendedahan itu sebagai reaksi selepas menerima ejekan dari peminat England dalam perlawanan UEFA Nations League yang berlangsung di Stadium Wembely.
Walaupun menerima layanan buruk, Ramos berkata beliau langsung tidak hiraukan tindakan segelintir besar peminat England yang mengejeknya sepanjang perlawanan.
Sergio Ramos Reveals He Got Death Threats After Tackle Against Mohamed Salah https://t.co/eTr1q1Uw2k #news #breaking pic.twitter.com/GrtyJ1jCxt
— Avalina (@Skowtura_Ini) September 10, 2018
Ini kerana beliau tidak mempunyai sebarang niat untuk mencederakan Salah pada waktu itu dan tidak akan berasa bersalah atas perbuatannya.
“Saya mungkin lebih suka menerima layanan lain dari apa yang saya terima tadi. Mereka [peminat England] hanya ingat perlawanan akhir itu sahaja, tetapi tiada siapa yang ingat mengenai ugutan bunuh terhadap keluarga dan anak-anak saya.”
“Ini merupakan isu yang sensitif dan ada sesetengah pihak menjadikan isu ini sebagai satu jenaka. Sebab itulah mereka mengejek saya ketika beraksi di dalam stadium yang hebat ini tadi. Niat saya agak jelas. Saya sudah menjelaskan perkara ini [insiden Salah] dengan panjang lebar sebelum ini, dan saya tidak perlu menjelaskannya sekali lagi.”
Karius Bodoh Macam Biasa
Kehangatan dan kesedapan perlawanan akhir Champions League ini tidak dapat disangkal lagi dari awal Liverpool menekan dan kesilapan Loris Karius memberi kecerian lalu mengundang tawa, bukan satu tapi dua.
Drama tangis-menangis terjadi Salah dan Carvajal dikeluarkan kerana cedera dan kedua-dua pemain itu meninggalkan permainan dengan air mata.
Pada minit ke-51 Benzema meletakkan Real dihadapan selepas Karius membuat kelakar dengan membaling bola ke kaki Benzema.
TWO YEARS AGO TODAY: Real Madrid and Loris Karius beat Liverpool 3-1 in the 2017/18 Champions League Final.
Two absolute clangers either side of an unbelievable Gareth Bale overhead kick! pic.twitter.com/zZcZRmh3Bh
— Footy Accumulators (@FootyAccums) May 26, 2020
Sambil ketawa bola tergolek perlahan masuk ke gawang. Sunyi suasana seakan tidak percaya dengan lawak genius dari Karius
Sorakan dan ketawa mula bergema dan Karius dilihat cuba mencari kambing hitam untuk disalah, namun tiada kambing yang wujud di padang.
Gol kedua peribadi Gareth Bale yang merupakan gol ketiga perlawanan akhir Champions League buat Real Madrid nyata meruntun jiwa Karius.
Throwback to the 2018 Champions League final.
The madness of Loris Karius and the brilliance of Gareth Bale! 😍👏pic.twitter.com/0AVJ5828wZ
— Transfer HQ (@Transfer__HQ) April 9, 2020
Selepas melakukan kesilapan untuk gol pertama, Karius sekali lagi membuat kesilapan apabila cuba menangkap bola remabtan padu Bale.
Nyata bola itu meliar dan cubaan Karius menangkap mengundang padah apabila bola tertepis ke gawang. Gol yang merentap jiwa-jiwa peminat Liverpool.
Aksi kelakar Karius sememangnya berada pada kelas tersendiri. Lalu mereka bertukar menjadi batu-bata dan kuih-muih kerana tidak dapat menerima hakikat.
Ramos Punca Otak Karius Bergegar
Penjaga gol Liverpool, Loris Karius disahkan mengalami gegaran di bahagian kepala ketika beliau melakukan dua kesilapan besar dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Real Madrid bulan lalu.
Karius melakukan dua kesilapan berprofil tinggi yang menghadiahkan Real Madrid trofi Liga Juara-Juara Eropah buat kali ke-3 berturut-turut.
Beberapa minit sebelum ‘memberikan’ bola kepada Benzema, Karius terlibat dalam satu perlanggaran kepala dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos.
#Ramos giving #Karius the elbow just right before the first goal. #UCLFinal #RMALFC #RMLFC #AllezAllezAllez #UCLFinal2018 pic.twitter.com/X2NQlVFSKq
— Pepe (@eavesdropper17) May 26, 2018
Ramos tidak menerima sebarang kad atau amaran dari pengadil perlawanan walaupun ulang tayang televisyen menunjukkan Karius terduduk sambil memegang kepalanya.
Karius memberi signal kepada pengadil yang beliau telah disiku oleh Ramos tetapi tiada sebarang tindakan diambil untuk menghukum tindakan Ramos.
Berdasarkan laporkan perubatan, insiden tersebut mungkin menjadi punca mengapa Karius melakukan ‘schoolboy errors’ yang sepatutnya tidak dilakukan oleh mana-mana penjaga gol yang bermain di tahap tertinggi.
Karius diminta untuk melakukan pemeriksaan kesihatan ketika beliau bercuti di Amerika Syarikat.
Champions League Final : Real Madrid 3-1 Liverpool
Dua Lipa merasmikan majlis pembukaan perlawanan akhir Champions League 2017/18 dengan nyanyian dan pakaian yang melalaikan.
Ada segelintir yang nakal cuba mengintai camel toe kalau-kalau kelihatan ketika nyanyian yang dipancarkan secara langsung itu.
26 – Liverpool’s starting XI is the youngest (26 y 170 d) in an UCL final since Borussia Dortmund 2013 (25 y 255 d). Klopp. #RMALFC #UCLfinal pic.twitter.com/CZkJSaSWAy
— OptaFranz (@OptaFranz) May 26, 2018
Tepat jam 2.45 pagi waktu tempatan pengadil meniup wisel tanda bermulanya perlawanan. Liverpool terus garang mengasak bertubi-tubi dengan rentetan serangan demi serangan.
Selepas 15 minit barulah Real Madrid mampu mengawal diri dan perlawanan dengan memperlahankan rentak Liverpool tetapi Liverpool terus mengancam.
11 – Real Madrid have the same starting XI as in the 2016-17 Champions League final; the first time that a team has started with the same 11 players in different European Cup/Champions League finals (excl. replays). Familiar. pic.twitter.com/pVhjVQC0aP
— OptaJoe (@OptaJoe) May 26, 2018
Drama dan air mata mengiringi perlawanan selepas Sergio Ramos dengan tenangnya melipat lengan Mohammed Salah yang menyebabkan Salah mengalami kecederaan.
Pada minit ke-31 Salah dikeluarkan digantikan dengan Adam Lallana. Sunyi suasana dikedai mengiringi tangisan Salah yang nyata kecewa dengan kecederaannya.
https://twitter.com/FootyFunnysUK/status/1000462693353091077
Tujuh minit berselang Danny Carvajal pula menangis selepas mengalami kecederaan tetapi tidak diratapi seperti Salah.
Real Madrid terus menguasai perlawanan dengan deretan percubaan. Akhinya Benzema berjaya menjaringkan gol selepas menolak bola muntah tandukan Ronaldo.
Namun penjaga garisan dengan bergaya mengangkat bendera tanda offside. Real terus menyerang hingga tamat separuh masa pertama.
0 – The referee didn't award a single foul against Sergio Ramos in the first half tonight. Judo. #UCLfinal #RMALFC pic.twitter.com/lSgZWEqhUe
— OptaJean (@OptaJean) May 26, 2018
“Salah menangis keluar padang, satu kedai kesian.”
“Carvajal menangis keluar padang, satu kedai booo.”
“Tak adil!” Laung seorang pejuang reformasi.
“Innalillah, eh silap. Ini kalilah!” Ujarnya lagi.
Real meneruskan serangan pada separuh masa kedua dan Isco hampir meletakkan Real dihadapan namun percubaannya terkena palang.
Tidak lama berselang pada minit ke-51 Benzema meletakkan Real dihadapan selepas Karius membuat kelakar dengan membaling bola ke kaki Benzema.
Sambil ketawa bola tergolek perlahan masuk ke gawang. Sunyi suasana seakan tidak percaya dengan lawak genius dari Karius.
2 – Loris Karius has made more errors leading to goals tonight (2) than he did in his previous 32 competitive apps for Liverpool this season in 2017-18. Stage. pic.twitter.com/gLTFfiOUPC
— OptaJoe (@OptaJoe) May 26, 2018
Sorakan dan ketawa mula bergema dan Karius dilihat cuba mencari kambing hitam untuk disalah, namun tiada kambing yang wujud di padang.
Sadio Mane kemudian menyamakan kedudukan 4 minit kemudian hasil sepakan penjuru dan tenang ditolak Mane dari jarak dekat.
Karius kelihatan tersangat lega dan kelihatan matang serta sejahtera. Suara penyokong Liverpool mula kedengaran kembali.
Gareth Bale yang masuk pada minit ke-61 menggantikan Isco tidak menunggu lama apabila meletakkan Real Madrid kembali dihadapan selepas kurang 3 minit dipadang atau 122 saat.
122 – It took Gareth Bale just 122 seconds to score versus Liverpool after coming on as a substitute. Majestic. #UCLfinal #RMALFC pic.twitter.com/LIcUmIn4L9
— OptaJoe (@OptaJoe) May 26, 2018
Bale dengan bergaya serta tanpa lihat membuat satu sepakan basikal yang membuatkan gol itu seperti harga rumah pada hari ini. Hanya mampu melihat.
Penyokong Liverpool kembali senyap dan ada antara mereka mula bercerita tentang politik, makanan viral seperti Kuba Guling dan juga Imam Terawih sambil membandingkan jumlah rakaat yang dilakukan.
3 – Zinedine Zidane is the first manager to win the European Cup/Champions League in three consecutive seasons. Legacy. #UCLfinal #RMALFC pic.twitter.com/ui8VXev5Kg
— OptaJoe (@OptaJoe) May 26, 2018
Liverpool terus mencuba dan terus mencuba namunnsemakin kurang sengat seperti sedang merindui Salah. Real Madrid semakin tenang.
Dalam ketenangan Bale sekali lagi mencipta huru-hara dengan jaringan ketiga melalui satu rembatan jarak jauh menyaksikan Karius sekali lagi meningkatkan tahap kelakarnya.
Entah apa yang cuba dilakukan Karius menepis bola ke dalam gawang. Karius memikih pentas final untuk kembali menjadi Stand-up komedian.
3 – Real Madrid have become the first team to win the European Cup/Champions League in three successive seasons since Bayern Munich between 1974 and 1976. Specialists. #UCLfinal #RMALFC pic.twitter.com/bH57Q7iTI4
— OptaJoe (@OptaJoe) May 26, 2018
Tiga minit masa tambahan tiada apa yang mampu Liverpool lakukan hanya menghitung menunggu mati agar kau jumpa yang dinanti.
Real Madrid mencipta sejarah dengan mencatatkan kejayaan hatrik.
Bale! Bale! (Baca baler)