Kit Man bukanlah satu pekerjaan yang popular dalam dunia ini tetapi menjadi Kit Man kepada pasukan Liga Perdana Inggeris agak mengujakan sehinggakan pemakaian stokin pemain profesional pun mempunyai resipi dan rahsianya yang tersendiri.
Peter Darke merupakan seorang Kit Man yang berkhidmat bersama Middlesbrough telah mendedahkan rahsia pemakaian stokin para pemain.
Bagi mereka yang tidak tahu cara ini adalah rahsia dan bagi mereka yang tahu anggaplah sebagai ulangkaji.
Menurut Peter Darke pemakaian stokin sebegitu merupakan perkara biasa di kalangan pemain. Peter Darke juga menceritakan serba sedikit mengenai kasut dan juga jersi yang digunakan pada hari perlawanan.
Oleh kerana kesuntukan masa atau sebenarnya malas untuk menulis, maka penulis kepilkan video Peter Darke menceritakan serba sedikit mengenai tugasan beliau.
Sila sediakan pen dan kertas untuk menyalin resipi pemakaian stokin like a pro.
We bet you never knew this about a #PL player's socks… 🤔
A little insight from @Boro's kit manager, Peter Darke pic.twitter.com/oM42fRUWQf
— Premier League (@premierleague) January 7, 2017
Menurut Peter Darke ramai pemain bola sepak memotong bahagian hujung stokin mereka dengan menggunakan gunting dan bukannya gigitan.
Pakai stokin buku lali, masukkan stokin dan letakkan tape mengikut warna stokin. Balut la sesuka hati kau.
Resepi Dan Cara Memakai Stokin Macam Pemain Profesional
Resipinya mengandungi pelbagai rempah, melazatkan kari dan kuah. ADABI!
1. Sepasang stokin putih bukan sepasang kurung biru. Itu lagu raya
2. Shin Pad
3. Pita pelekat atau pengikat stokin.
4. Gunting
5. Sepasang stokin bola.
Resipi ini boleh diubah mengikut sukatan dan citarasa masing-masing.
Cara-cara boleh ditonton dalam video dibawah. Boleh dicuba jika anda bermain di Liga Sosial tetapi ingat jika anda sejenis manusia yang datang lewat lupakanlah.