Kits Keluaran Nike Liverpool Musim Depan Didedahkan

Peminat Liverpool terpaksa menunggu sedikit lama daripada yang diharapkan untuk melihat sekilas kit baru keluaran Nike untuk pasukan mereka.

Menurut laporan dari i newspaper, the reds akan tetap menghabiskan baki musim ini dengan menggunakan kit dari New Balance walaupun perjanjian mereka sepatutnya tamat pada Mei.

Memandangkan masalah penggantungan liga ekoran dari penularan Virus Covid-19, mereka bersetuju untuk menggunakan kit yang sama hingga saingan liga tamat.

Liverpool merupakan calon juara untuk saingan Premier League musim ini, dan sekiranya liga kembali bersambung lalu mereka bergelar Juara, the reds akan menjulang piala menggunakan kit dari New Balance.

Penangguhan liga sedikit sebanyak memberi kelegaan dan kegembiraan kepada Nike.

Pada tahun 2019, secara rasminya Nike menjadi penaja untuk pasukan Liverpool dengan nilai £70 juta setahun dengan 20% hasil penjualan akan dapat kepada kelab.

LeBron James dan Serena William’s adalah antara atlet yang dilaporkan akan menjadi duta untuk memperagakan kit tersebut.

Hal ini bermakna, Liverpool akan mengikuti jejak langkah pasukan seperti Barcelona, Tottenham dan PSG yang memperagakan kit keluaran Nike sepenuhnya.

Mereka akan hadir dengan rupa yang berbeza dan pastinya Liverpool akan tampil lebih menarik dengan Nike.

Para penyokong Liverpool sangat berharap agar Nike akan mengekalkan tradisi warna merah kebanggaan pasukan.

Terbaru, kit Nike untuk pasukan Liverpool musim hadapan telah bocor dan mendapat perkongsian antara kalangan peminat.

Ternyata terdapat pelbagai pendapatan tentang kit baru keluaran Nike itu dari kalangan para peminat.

Footy Headlines percaya bahawa prototype yang bocor itu tidak akan jauh beza dengan hasil kit yang bakal dilancarkan selepas siap sepenuhnya.

Seperti yang dilihat, ciri yang paling menarik adalah penggunaan warna merah yang lebih garang, dan terdapat belang hijau putih di lengan serta kolarnya.

Jersi itu tampak sama seperti kit yang diperagakan oleh Portugal ketika Piala Dunia 2018.

Seperti yang dijangka, logo bagi memperingati peristiwa Hillsborough di belakang kit masih ada dan tidak ditukar atau dipadamkan.

Jersi itu akan diperagakan dengan seluar dan stokin berwarna merah.

Tradisi kemerahan Liverpool masih dikekalkan pada kit terbaru mereka serta warna jalur hijau putih di lengan dan kolar menambah lagi keunikan pada kit terbaru itu.

Footy Headlines turut mendedahkan kit away keluaran Nike untuk Liverpool musim depan yang telah bocor.

Nike secara jelasnya cuba untuk berfikir di luar kotak dengan tampil berbeza untuk musim hadapan.

BACA:  [HIGHLIGHT]: Arsenal Dan MU Sepakat Piala Kerbau Bukan Lagi Keutamaan