Klopp Akui Manchester City Masih Lagi Pasukan Yang Hebat Walaupun Tanpa Kelibat De Bruyne

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa sesiapa yang menganggap kecederaan Kevin De Bruyne akan melemahkan skuad Manchester City, individu tersebut adalah ‘assshole’ atau dalam Bahasa Melayunya lubang dubur.

De Bruyne mengalami kecederaan serius di bahagian kaki kanannya ketika sesi latihan Rabu lalu dan beliau berkemungkinan terpaksa berehat selama 3 bulan. Walaupun demikian, De Bruyne bernasib baik kerana kecederaan yang dialaminya tidak memerlukan beliau menjalani pembedahan.

Siapa yang menyambut kecederaan De Bruyne, orang itu adalah lubang jubor

Ramai menganggap kecederaan terbaru ini akan menyebabkan Manchester City bergelut untuk mempamerkan prestasi sama seperti musim lepas, dan akan memberikan Liverpool kelebihan dalam perebutan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dalam satu temubual eksklusif bersama Sky Sports, Klopp mengakui Pep Guardiola tidak terlalu risau dengan kehilangan De Bruyne kerana beliau mempunyai pemain lain yang tidak kurang hebatnya untuk mengisi kekosongan tersebut.

Klopp juga mendedahkan beliau terdesak untuk menandatangani De Bruyne ketika Chelsea ingin menjual pemain itu pada tahun 2014 tetapi Mourinho menghalang perkara itu dari berlaku.

“Jika ada pihak yang beranggapan kecederaan De Bruyne akan menjadikan ‘kekuatan’ City setaraf dengan pasukan lain, orang itu adalah ‘asshole’ secara jujurnya. Saya bukan seperti itu. Pertama sekali, saya ingin memberi ucapan semoga De Bruyne cepat sembuh.”

Mourinho tidak benarkan De Bruyne pergi ke Dortmund suatu ketika dahulu. Wolfsburg je boleh

“Saya sangat menyukai De Bruyne, saya terdesak untuk menandatanganinya ketika saya berada di Borussia Dortmund dan beliau masih di Chelsea. Akan tetapi Mourino tidak membenarkan ia berlaku ! ”

“De Bruyne mengharungi musim lalu yang amat menakjubkan, termasuk kempen Piala Dunia 2018. Saya sangat kasihan dengan apa yang berlaku kepada De Bruyne ketika ini.”

“Sudah tentu Manchester City mempunyai banyak pilihan untuk menggantikan tempat De Bruyne. Mereka baru sahaja beli Riyad Mahrez dan kebanyakan pemain mereka mampu bermain dalam banyak posisi.”

“Bernardo Silva boleh bermain lebih ke bawah, Phil Foden juga boleh bermain dalam beberapa posisi, sama juga seperti Ilkay Gundogan.”

“Kita tidak perlu risaukan Manchester City dan kualiti pasukan itu ketika ini, kerana mereka mempunyai banyak lagi kualiti lain. Liverpool tidak boleh melihat pasukan lain, kami hanya mampu memberikan yang terbaik dalam situasi kami sekarang, dan berharap segalanya akan berjalan dengan lancar.”

City masih lagi kuat walaupun tanpa De Bruye

De Bruyne memenangi anugerah Pemain Terbaik Tahunan Manchester City musim lepas dimana beliau memainkan peranan penting untuk membantu City menamatkan musim selaku juara liga, dengan mengutip 100 mata, satu rekod baru dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

Bekas pemain Chelsea dan Wolfsburg ini diberikan kebenaran untuk bercuti lebih lama berikutan penglibatan beliau di Piala Dunia 2018 bersama Belgium. Belgium mengharungi kempen Piala Dunia yang cemerlang dimana mereka berjaya menduduki tangga ke-3 keseluruhan, pencapaian terbaik Belgium setakat ini.

De Bruyne pernah mengalami kecederaan serius pada musim 2015/2016 ketika beraksi untuk City dalam Piala Liga menentang Everton dan menyebabkan beliau tidak dapat beraksi selama dua bulan.

BACA:  Jurgen Klopp Goyang Ralf Rangnick Bakal Mengendalikan Manchester United