Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp melenting selepas seorang wartawan mendakwa beliau tidak mengambil risiko yang secukupnya untuk menewaskan Everton dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Goodison Park awal pagi semalam.
Dalam perlawanan yang berkesudahan tanpa sebarang jaringan, Liverpool terpaksa melepaskan takhta pendahulu Liga Perdana Inggeris kepada Manchester City yang berjaya mengutip 3 mata penuh ketika menentang Bournemouth sehari lebih awal.
Keputusan seri yang dicatatkan anak buah Klopp malam tadi merupakan keputusan seri yang ke-4 mereka dalam 6 perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris yang telah mereka harungi.
Dalam sidang media selepas tamat perlawanan, Klopp telah ditanya soalan sama ada pasukannya perlu lebih menyerang dari apa yang disaksikan ketika menentang Everton.
Wartawan itu turut menambah Klopp sepatutnya membawa masuk seorang lagi penyerang bagi mencari gol kemenangan, namun soalan tersebut tidak diterima dengan baik oleh Klopp yang kelihatan marah ketika menjawab soalan itu.
“Saya sangat kecewa dengan soalan anda. Kami bukannya bermain PlayStation.”
“Adakah anda rasa kami tidak mengambil risiko yang cukup dalam perlawanan tadi ? Soalan anda amat mengecewakan kerana anda menganggap ia sebagai satu perkara yang mudah.”
“Adakah saya hanya perlu berkata kepada pemain saya, ‘come on boys, kita perlu mengambil lebih risiko. Ayuh cari gol kemenangan.’.”
“Adakah itu yang anda bayangkan ? Adakah ada mana-mana keputusan seri sebelum ini yang kami tidak cuba untuk mencari kemenangan ? Apakah itu ?”
“Menambah seorang lagi pemain serangan untuk menjadi lebih liar ? Tentu anda fikir ini sama seperti PlayStation. Bawa masuk seorang pemain serangan dan permainan akan berubah.”
“Ia bukan seperti itu. Kami mempunyai jentera serangan yang mencukupi. Bola sepak bukan seperti itu. Kami tidak panik.”
“Manchester City menang semalam dalam perlawanan yang mana mereka mencipta 20 peluang. Mereka menjaringkan gol dengan membuat satu percubaan di bucu gol yang mana Artur Boruc kebiasaannya mampu menyelamatkan percubaan seperti itu.”
“Tetapi dengan membawa seorang lagi penyerang untuk bermain dengan penyerang sedia ada ? Betul, kadang kala anda memerlukan formasi seperti itu tetapi anda perlu memilih situasi dan waktu yang tepat. Ia tidak bermakna anda perlu membawa masuk seorang lagi penyerang.”
“Kami menurunkan pasukan yang menyerang dan kami mengambil risiko. Tiada keraguan dalam hal itu. Tetapi ia bukan situasi dimana anda perlu melontarkan segalanya-galanya untuk mencari kemenangan.”
“Anda tidak boleh bermain seperti dalam Liga Perdana Inggeris. Kami akan menentan Burnley minggu hadapan. Jika kami hanya bermain menyerang dalam perlawanan itu nanti, mereka akan menghukum kami dengan serangan balas.”
“Kami ambil risiko tetapi anda tidak boleh risiko yang lebih dari 100 peratus. Kami tidak perlu jadi gila untuk mencari gol.”
Klopp Salahkan Angin
Jurgen Klopp seringkali memberi alasan yang luar kotak pemikiran dan sangat luar biasa apabila pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool power gagal mencatatkan keputusan yang baik.
Ketika seri menentang Manchester United pengurus Liverpool itu memberi alasan bahawa Liverpool mampu menang jika pemain Manchester United tidak mengalami kecederaan.
“Jika United bermain seperti biasa dengan pemain yang sama perlawanan ini akan menghasilkan keputusan yang berbeza.”
Satu kenyataan yang berani dan tidak masuk akal kerana Setan Merah yang pasti mengalami kesan yang teruk kerana 3 kecederaan.
After losing to Wolves:
? "The wind didn't help."
After drawing with Leicester:
? "The pitch was difficult (due to snow)."
After drawing with Man Utd:
? “Man Utd injuries hurt our rhythm.”
After drawing with Everton:
? "The wind doesn't help."
The Klopp chronicles ?♂️ pic.twitter.com/LP12TiZ7bj
— William Hill (@WilliamHill) March 3, 2019
Dalam perlawanan Merseyside Derby menentang Everton, Liverpool sekadar seri selepas bergelut dihadapan gol yang menyaksikan mereka sepatutnya meraih 3 mata kerana Everton kelihatan bergelut sepanjang perlawanan.
Selepas perlawanan dalam temuramahnya bersama Patrick Davison dari Sky Sports, Klopp menyatakan bahawa impak dari angin memberi kesan kepada prestasi pasukan sekaligus kehilangan mata.
Ini bukan kali pertama angin dipersalahkan Klopp, pada Januari lalu selepas tewas kepada Wolves 2-0 dalam saingan Piala FA angin juga telah menajdi kambing hitam.
“Satu perlawanan yang sukar. Aku tahu orang ramai tidak akan menyukainya bila aku menyebutnya tetapi angin datang dari pelbagai arah, bola banyak berlegar di udara.”
"People don't like it when I say this, but the wind came from all directions. It didn't help."
Jurgen Klopp discusses Liverpool's 0-0 draw with Everton.
More: https://t.co/ULIWEA3cKD pic.twitter.com/hBU2QzSgII
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) March 3, 2019
Ternyata alasan terbaru Klopp selepas kehilangan mata membuatkan ramai yang terhibur.
https://twitter.com/OleOleUnited/status/1102274142747922433
How am I supposed to tell my kids that Salah got into this position and the wind blew the ball into Pickfords hands? pic.twitter.com/BcBrbDFX9K
— ChrissyG11 (@MU_ChrisG11) March 3, 2019
BREAKING : Klopp to take over BBC weather news tonight to explain his analysis on the wind which resulted in a Liverpool Everton draw. pic.twitter.com/GEJHhkAKpB
— Maxine Kingston (@missmaxineutd) March 3, 2019
https://twitter.com/StatCity/status/1102274091661307906
Lol Klopp just blamed the wind ?
— Harry ????????? (@Harry_Currall) March 3, 2019
Dewa 19 – Angin
Angin tolonglah aku sedang
Jatuh cinta
Tapi aku tak punya nyali tuk katakan
Bahwasanya setiap hari kumerindukan dia
Angin masukkan aku ke dalam mimpinya
Jadikan aku Raja dan dia Ratunya
Buat dia selalu memikirkan diriku
Angin katakan padanya
Bahwa aku cinta dia
Angin sampaikan padanya
Bahwa aku butuh dia
Angin, tancapkanlah busur panah cintaku
Tancapkanlah cepat, tepat di jantung hatinya
Sebelum hatinya jadi beku dan membatu