Carabao Cup: Manchester City 3-2 Liverpool

Hampir enam minggu sejak mereka kali terakhir beraksi sebelum Piala Dunia, City adalah pasukan yang lebih baik dan berhak mendapat tempat di peringkat lapan terakhir Carabao Cup apabila mereka menewaskan Liverpool buat kali pertama sejak Februari 2021.

City tewas kepada Brentford dalam perlawanan terakhir mereka sebelum rehat tetapi memberikan amaran bahaya kepada saingan mereka dan akan menjadi pilihan kuat untuk memenangi Carabao Cup selepas perjalanan mereka menjulang trofi dalam empat tahun berturut-turut berakhir musim lalu kepada Liverpool.

Liverpool telah menewaskan anak buah Pep Guardiola dua kali musim ini tetapi mereka terpaksa menanggung akibat untuk beberapa aksi pertahanan yang buruk dan penyudah yang teruk.

Erling Haaland menjaringkan gol ke-24 musim ini dan Kevin De Bruyne memberikan aksi masterclass ketika Manchester City menewaskan juara bertahan Liverpool 3-2 untuk mara ke suku akhir Piala Carbao.

Kedua-dua pemain heavyweight itu mempamerkan aksi menakjubkan di Stadium Etihad dalam perlawanan pertama mereka selepas rehat Piala Dunia dan juara Liga Perdana telah muncul sebagai pemenang.

Haaland membuka jaringan pendahuluan Manchester City dan Fabio Carvalho kembali menyamakan kedudukan pada separuh masa pertama perlawanan yang penuh mendebarkan.

Riyad Mahrez memulihkan pendahuluan City tepat pada permulaan separuh masa kedua tetapi Mohamed Salah segera menyamakan kedudukan dengan gol ke-15 musim ini 79 saat kemudian.

Kevin De Bruyne yang cemerlang kemudian memberikan bantuan gol kedua dalam permainan untuk Nathan Ake dan anak buah Jurgen Klopp tidak dapat bertindak balas buat kali ketiga, mengalami kekalahan pertama kepada City dalam enam perlawanan.

Ia adalah Piala Dunia yang menyedihkan untuk De Bruyne tetapi maestro tengah Belgium itu adalah pemain terbaik di padang apabila dia kembali bertugas sebagai kelab.

Dia sepatutnya mempunyai lebih daripada dua bantuan gol, memotong dan membelah pertahanan Liverpool sesuka hati dengan rangkaian hantaran dan penglihatannya yang luar biasa, mencipta lima peluang ketika dia mempamerkan persembahan masterclassnya.

Ia adalah malam yang sangat mengecewakan bagi Nunez, yang gagal mencari gol untuk Uruguay di Qatar dan turut gagal menjaringkan gol apabila kembali bersama Liverpool

Dia mempunyai empat percubaan, termasuk dua ‘peluang besar’ yang Opta menjangkakan seorang pemain wajib menjaringkan gol tetapi gagal mencapai sasaran dengan mana-mana daripadanya.

Manchester City mara ke suku akhir bersama tujuh lagi pasukan iaitu Manchester United, Charlton Athletic, Southampton, Manchester City, Nottingham Forest, Wolverhampton Wanderers, Newcastle United dan Leicester City.

Suku Akhir Carabao Cup:

1. Manchester United v Charlton Athletic
2. Southampton v Manchester City
3. Nottingham Forest v Wolverhampton Wanderers
4. Newcastle United v Leicester City

Kesebelasan Utama Manchester City: Ortega Moreno; Lewis, Akanji, Laporte, Ake; Rodrigo, De Bruyne, Gundogan; Mahrez, Haaland, Palmer

Pemain Simpanan: Carson, Walker, Stones, Cancelo, Grealish, Gomez, Bernardo, Foden, Robertson

Kesebelasan Utama Liverpool: Kelleher; Milner, Gomez, Matip, Robertson; Elliott, Bajcetic, Thiago; Salah, Nunez, Carvalho.

Pemain Simpanan: Adrian, Fabinho, Keita, Henderson, Oxlade-Chamberlain, Tsimikas, Ramsay, Phillips, Doak

BACA:  Carragher: Adakah Nama Liverpool Sudah Tertulis Pada Trofi Liga Perdana Inggeris ?