Klopp Berang Pengadil Tidak Hadiahkan Penalti Selepas Mane Dijatuhkan Dalam Kotak Penalti

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mendakwa kegagalan pengadil membuat keputusan dengan tepat sebagai punca pasukannya tewas di tangan Manchester United 2-1 di Old Trafford dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam.

Klopp turut menambah kesilapan pemainnya ketika bertahan juga menjadi faktor Liverpool gagal mendapatkan sebarang mata dari perlawanan tersebut. Liverpool dilihat bergelut untuk menangani taktik bola tinggi yang diterapkan Mourinho dan mereka ketinggalan 2-0 seawal minit ke-24 hasil dua jaringan Marcus Rashford.

Pengadil punca !

Liverpool mula memperkemaskan rentak permainan mereka pada separuh masa kedua dan melakukan serangan bertali arus ke arah gawang United. Hasilnya, mereka berjaya membolosi gawang United menerusi Eric Bailly yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-66.

Penjaga gol United, David De Gea yang tidak terlalu diuji sepanjanga perlawanan tidak menyangka Bailly akan menolak bola ke dalam gawangnya dan gol tersebut memberikan harapan Liverpool untuk kembali dalam perlawanan.

Walaubagaimanapun, Jose Mourinho bertindak balas dengan memasukkan Maroune Fellaini bagi memperkuatkan bahagian pertahanannya dalam menangani serangan bertali arus Liverpool.

Jangan mimpi la Liverpool nak duduk no.2

Liverpool hampir memperolehi gol penyamaan menerusi Sadio Mane yang dijatuhkan dalam kotak penalti oleh Fellaini tetapi pengadil tidak mengendahkan permintaan pemain Liverpool untuk mendapatkan penalti.

Ketika bercakap kepada Skysports selepas tamat perlawanan tersebut, Klopp berkata Liverpool sepatutnya memperolehi penalti dari insiden tersebut dan keputusan tersebut menyebabkan mereka pulang ke Anfield tanpa sebarang mata.

“Perlawanan tidak berpihak kepada Liverpool kerana cara kami melepaskan dua gol kepada Manchester United. Kami perlu bertahan dengan lebih baik apabila menghadapi situasi tersebut.”

“Anda mungkin akan tewas dalam perebutan bola di udara dengan Romelu Lukaku tetapi anda harus menutup segala ruang di belakang selepas itu. Mereka berjaya menjaringkan dua gol dan ia membuatkan perlawanan menjadi lebih sukar buat kami.”

Insiden yang sepatutnya diberikan penalti. Ref buta !

“Terdapat beberapa ketika kami bermain dengan baik dan kami sepatutnya bermain dengan lebih baik pada separuh masa pertama. Akan tetapi kami tidak tajam di depan gol dan gagal menjaringkan sebarang gol pada separuh masa pertama. Kami memulakan separuh masa kedua dalam keadaan perlu mencari gol.”

“Kami berjaya menjaringkan satu gol dan mencipta lebih banyak peluang pada separuh masa kedua. Saya rasa terjahan Fellaini terhadap Mane harus diberikan penalti. Jika Mane tidak jatuh, beliau akan menendang bola tersebut. Ia merupakan sepakan bebas dari penjuru kotak penalti.”

“Dalam situasi begini, anda memerlukan pengadil membuat keputusan yang tepat. Tetapi seperti apa yang saya katakan sebelum perlawanan, segalanya mengenai keputusan perlawanan dan kami telah tewas.”

“Mereka berjaya menjaringkan dua gol dan kami hanya menjaringkan 1 gol. Jadi mereka berhak mendapat 3 mata penuh tetapi ia mungkin lebih adil sekiranya kami berjaya memungut 1 mata dari perlawanan tadi.”

BACA:  Ibrahima Konate Akui Kecewa Dengan Prestasi Bersama Liverpool Musim Lalu