Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp terasa amat bingung dengan keputusan pengurus England, Gareth Southgate kerana tidak memilih dan mengabaikan pemain hebat Liverpool, Trent Alexander-Arnold.
Trent Alexander-Arnold yang mengalami kemerosotan prestasi musim ini tidak seperti dua musim yang lalu tidak disenaraikan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022.
England tiada masalah untuk menewaskan San Marino, Albania dan Poland tanpa left-back terbaik dunia yang mempunyai 12 penampilan untuk England.
Tindakan Gareth Southgate mengabaikan Trent Alexander-Arnold telah menimbulkan ketidakpuasan hati Jurgen Klopp yang mempersoalkan tindakan Southgate.
Jurgen Klopp admits he 'didn't understand' decision by Gareth Southgate #LFC https://t.co/GVprvCq50j
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 2, 2021
Perkara ini diakui sendiri oleh pengurus dari Jerman yang tewas 2-1 kepada North Macedonia yang masih cuba memahami sebab disebalik keputusan Southgate.
“Aku sangat terkejut apabila dia (Arnold) tidak mendapat panggilan. Sudah pasti aku hormati keputusan itu, tapi aku masih tidak faham.”
“Aku sendiri seorang pengurus, aku buat keputusan setiap hari, setiap minggu, setiap pertengahan minggu tentang pemilihan pasukan dan pemilihan skuad.”
“Kami selalu membuat keputusan yang mungkin menyebabkan orang lain tidak faham.”
NEW: ‘If Trent is not in the England squad, they must have an extremely good squad!’ https://t.co/JIY1m2Eztb
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 2, 2021
Jurgen Klopp beranggapan England pasti mempunyai skuad yang kuat kerana tidak memilih Trent Alexander-Arnold dan menghormati keputusan Southgate. Hebat sangat ke Arnold ni?
“Jika Trent Alexander-Arnold tiada di skuad England sudah pasti England mempunyai skuad yang sangat kuat. Biar aku cakap ia macam ni.”
“Aku tiada masalah jika pemain aku mendapat kritikan. Mereke boleh dapat daripada aku dan mereka juga boleh dapat dari orang lain.”
“Sudah pasti aku hormati keputusan Gareth, tapi aku tidak faham langsung kerana Trent Alexander-Arnold dalam dua musim lepas muncuk menjadi right-back di dunia bola sepak. Itu satu kebenaran dan sangat menakjubkan pada usia muda.”
“I didn’t understand it anyway, because Trent Alexander-Arnold was in the last few years, at least the season before and the season before that, the standout right-back in world football."
📺 Superb this from Klopp on Trent's England omission. pic.twitter.com/C96oTnsoYY
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 2, 2021
Kemudian Jurgen Klopp yang tidak faham itu terus menerus memuji Trent Alexander-Arnold sebagai pemain yang hebat. Tak tahan tu siap bagi contoh Messi.
“Dia memulakan musim dengan Covid dan kau boleh bayangkan itu akan membuatkan dia mmemerlukan masa untuk musim baru, bila dia sudah mendapat rentak dia menjadi pemain kami antara yang paling konsisten dan menjadi pemain luar biasa.”
“Dia boleh bermain sepanjang masa, tahap tertinggi dan semua jenis benda la, jadi itu tidak boleh menjadi sebab kenapa dia tiada dalam skuad.”
“Jika kau bandingkan dengan Lionel Messi setiap tahun dengan musim terbaiknya, sekarang Messi kini mungkin tidak beraksi dengan baik jika dibandingkan dengan prestasi pada 2006 dan 2006 tapi Messi masih lagi pemain terbaik dunia.”
Untuk pengetahuan semua, Lionel Messi menjadi pemain terbaik dunia dan pemain terbaik sepanjang zaman kerana Messi konsisten untuk tempoh belasan tahun bukan dua tahun.
"If you compare Lionel Messi every year with the best season he ever played and say he’s not performing like he performed in 2005/06, he’s still the world’s best player."
Brilliant from Klopp on Trent Alexander-Arnold's England omission. 👏 https://t.co/JIY1m2Eztb
— This Is Anfield (@thisisanfield) April 2, 2021
Jurgen Klopp percaya, Alexander-Arnold boleh menawarkan England pilihan yang tidak ternilai untuk bola sepak antarabangsa terutamanya menentang negara yang tidak kuat.
“Semuanya tentang bagaimana kau nak main. Jika kau nak main lawan pasukan yang bertahan sedalam-dalamnya macam sedalam cintaku sudah pasti hantaran dan hantaran silang Trent diperlukan.”
“Aku tak tahu sesiapa yang boleh lakukan seperti Trent Alexander-Arnold.”
“Trent Alexander-Arnold ni bila bertahan memang betul-betul tahap tertinggi untuk kami. Itu bukan kemahiran pertamanya tapi ia tidak teruk.”
Jurgen Klopp Makes Lionel Messi Comparison After Trent Alexander-Arnold's England Snub
WATCH: https://t.co/vNZYSoDWnn pic.twitter.com/hjrOBlAXWz
— Liverpool FC News (@LivEchoLFC) April 2, 2021
Elok je England menang walaupun tiada pemain yang mampu hantaran dan hantaran silang macam Trent Alexander-Arnold, Harry Maguire siap boleh jaring gol kemenangan lagi yang padu.
Jurgen Klopp merupakan pengurus pertama yang tidak mahu melepaskan pemainnya untuk aksi antarabangsa kerana bimbang pemain terpaksa menjalani kuarantin 10 hari selepas kembali.
Apa yang Klopp nak sebenarnya?