Klopp Dan Guardiola Tak Akan Pernah Berminat Untuk Menandatangani Lukaku

Jurgen Klopp dan Pep Guardiola tidak akan pernah menandatangani bintang yang menjadi sasaran Chelsea, Romelu Lukaku walau dalam tempoh sejuta tahun sekali pun.

Begitulah kata-kata yang keluar dari mulut legenda bola sepak England dan Manchester United, Gary Neville.

Penyerang kebangsaan Belgium yang sudah menjaringkan 30 gol dari 44 penampilan dalam semua pertandingan untuk Inter Milan musim lalu itu, dijangka akan melengkapkan perpindahan meganya menyertai Chelsea dalam minggu ini.

Chelsea dilaporkan bakal mengumumkan secara rasmi berita berkait penandatanganan Lukaku yang mereka tandatangani dari Inter Milan dengan yuran perpindahan bernilai £97.5 juta.

Lukaku akan menandatangani perjanjian bernilai £200,000 seminggu bersama bekas kelabnya itu, dan menurut laporan dari Sky Sports, bekas bintang Man Utd itu bersetuju untuk mengikat perjanjian selama lima tahun bersama The Blues.

Thomas Tuchel mahu menyediakan skuad terbaiknya pada musim baharu ini, dalam usaha beliau untuk mempertahankan gelaran Champions League yang mereka menangi pada musim lalu.

Lukaku sudah tentunya terbiasa dengan kancah bola sepak Inggeris, dengan kebanyakkan masa dalam kariernya dihabiskan dengan beraksi di pentas saingan premier league.

Beliau pernah beraksi bersama Chelsea, West Brom, Everton dan Manchester United sebelum melengkapkan perpindahannya menyertai Inter Milan.

Sepanjang kariernya di pentas saingan Premier League sebelum ini, Lukaku telah berjaya menjaringkan banyak gol termasuk 42 gol dari 96 penampilan beliau selama dua tahun setengah di Old Trafford.

Walau bagaimanapun, bekas pemain full-back Manchester United, Gary Neville percaya yang Liverpool dan Manchester City tidak akan pernah menandatangani penyerang berusia 28 tahun itu, kerana melihatkan gaya permainannya.

“Jurgen Klopp tidak akan pernah menandatangani Lukaku walau dalam tempoh sejuta tahun. Sama juga dengan Pep Guardiola, tapi Chelsea merupakan kelab yang memang ada penyerang seperti itu.”

Jelas Neville ketika bercakap di The Overlap podcast.

“Costa, Drogba, seorang pemain penyerang tunggal, menjadikan kekuatan fizikal sebagai keutamaan. Mereka ada pemain seperti itu dalam tempoh 20 tahun terakhir ini. Ia sesuai dengan kelab bola sepak Chelsea. Dia tak akan menekan dari bawah, jadi dia tak akan sesuai dengan Jurgen Klopp.”

“Dia tak akan pernah serasi di Old Trafford. Para penyokong mahukan penyerang yang ada personaliti. Cavani sesuai di Old Trafford. Saya tahu dia sudah melepasi tahun terbaiknya, tapi dia bekerja jauh lebih keras berbanding Lukaku.”

“Saya tak kata dia lebih hebat, Lukaku boleh menjaringkan 25 gol untuk Chelsea, tapi dia tak sesuai untuk United. Dia juga tak sesuai untuk Liverpool.”

“Saya rasa ada sesetengah pemain yang akan sesuai dengan sesetengah kelab.”

Tambah Neville lagi.

“Dia tak pernah berhasil ketika beraksi bersama Manchester United. Memang tak sesuai. Mungkin waktu itu belum sesuai, mungkin pengurus tak sesuai, mungkin perasaan yang tak sesuai.”

“Sesetengah pemain ketika kamu melihat mereka dengan jersi itu dan kamu akan terus kata ‘tak’. Dengan Inter Milan mungkin dia menjadi.”

Jamie Carragher sementara itu percaya yang Lukaku masih ada sesuatu yang boleh dibuktikan dengan bintang Belgium itu sudah bersedia untuk kembali beraksi di pentas saingan bola sepak Inggeris.

“Ada sesuatu tentang Lukaku sebenarnya, walaupun rekod jaringan dia setiap tahun sentiasa menakjubkan, ketika kita bercakap tentang Lewandowski atau Harry Kane atau penyerang lain, memang tak akan pernah ada persoalan tentang mereka.”

Jelas Carragher.

“Tapi dengan Lukaku, ada sedikit masalah yang akan dipertikaikan, tapi bagi saya, ia hanya sesuatu yang belum dia buktikan.”

“Ia bukan mahu katakan tentang berapa banyak kejuaraan dia dah menang sepanjang karier dia, atau menjadi seseorang yang menakjubkan seperti apa beliau lakukan bersama Inter Milan sebelum ini.”

“Dia pernah beraksi bersama Man United, dia merupakan penandatanganan mega, tapi dia tak pernah berjaya sampai ke tahap dia yang sepatutnya.”

Neville kemudiannya membalas kenyataan dari Carragher dengan menyatakan:

“Saya tak pernah meragukan Lukaku. Saya tak ada pertikaian. Saya cuma persoalkan tentang dia ketika bersama United, atau bersama kelab lain di bawa sistem berbeza dan apa yang kamu jangkakan dari dia?”

“Apa yang United harapkan dari seorang pemain penyerang? Apa yang Chelsea harapkan dari seorang penyerang? Dia ada penilaian dan pengharapan yang berbeza.”

Bekas rakan sepasukan Neville yang juga merupakan penyampai Sky Sports, Roy Keane kemudiannya meluahkan pandangan beliau terhadap Lukaku.

“Waktu sesuai untuk seseorang pemain itu memainkan peranan penting, pihak kelab dan Manchester United mungkin mendapatkan dia pada waktu yang salah.”

“Kerana memang tak diragukan dia seorang pemain yang menakjubkan. Statistik dia akan beritahu kamu tentang itu, bahkan lihat saja seperti ketika dia bersama Everton.”

“Kadang kala, pemain yang hebat akan datang ke kelab kamu dan dia memang tak sesuai di sana. Kesefahaman itu tak sesuai, mungkin dari tenaga kejurulatihan atau pengurus. Dia juga mungkin dibelenggu masalah kecederaan.”

“Lukaku sertai Inter Milan, jangan beritahu saya yang kamu tak terkejut dia menjaringkan begitu banyak gol. Jelas sekali, dia berusaha jaga pemakanan dia tapi dia juga berjaya matangkan diri dia untuk sampai ke negara berbeza.”

“Jadi ketika kamu memikirkan untuk dia kembali semula, dia tentunya akan menjanjikan jaringan. Chelsea, cara bagaimana mereka bermain, ketajaman mereka, kualiti yang mereka ada ketika mengawal bola, saya rasa tak mustahil dia boleh jaringkan 20 gol.”

Lukaku berjaya menjaringkan 17 gol dari 35 penampilan untuk West Brom

Adalah Chelsea telah membuat keputusan yang betul dengan menandatangani Romelu Lukaku pada musim panas ini? Bincangkan di ruangan komen.

Sumber: SB

BACA:  Guardiola Anggap Liverpool Sebagai Pesaing Paling Sukar Pernah Beliau Hadapi Dalam Liga