Liverpool mendahului carta membeli-belah di jendela perpindahan pemain musim panas ini apabila telah mebelanjakan £85 juta hanya untuk mendapatkan seorang pemain iaitu Darwin Nunez.
Bukan lagi khabar angin, kini Darwin Nunez secara rasmi telah diumumkan sebagai pemain baru Liverpool di posisi penyerang menggantikan Sadio Mane yang bakal ke Bayern Munich.
Pengurus berkarisma Liverpool, Jurgen Klopp nyata teruja dengan pembelian Nunez lalu tidak membuang masa untuk menjelaskan bagaimana pemain muda yang bakal menjadi menggegar dunia bola sepak itu akan sesuai dengan skuad mereka yang sudah dipenuhi dengan pemain bintang.
Pemain bintang yang ada di Liverpool kini adalah hasil tangan Klopp yang membentuk mereka dari pemain biasa-biasa entah dari mana menjadi bintang.
Looks like it was love at first sight for Klop and Darwin Nunez ❤️#LFCFamily #LFC #darwinnunez pic.twitter.com/8rSoRRMSRT
— LFC Fan (@LFCFan7CL) June 11, 2022
Darwin Nunez yang berusia 22 tahun merupakan pemain berpotensi besar dalam dalam perjalanan untuk mencapai potensi sebenar ke tahap maksima dan Klopp pula telah lama mendambakannnya.
Secara logiknya, Nunez sudah berada ditempat yang betul untuk menerima didikan bagi menjadi pemain terhebat dalam sejarah bola sepak.
Darwin Nunez menjadi tumpuan bola sepak musim ini terutamanya di Eropah ketika bermain untuk Benfica dengan mengatasi semua pemain yang beraksi di Liga Primeira (liga teratas Portugal).
Dia menjaringkan 34 gol dalam 41 penampilan, termasuk menjaringkan dua gol ketika menentang Liverpool ketika kedua-dua pasukan bertemu di suku akhir Liga Juara-Juara.
We’ve got some ñews that we think you might like… 🇺🇾#DarwinDay pic.twitter.com/C70mBnzu4c
— Liverpool FC (@LFC) June 14, 2022
Selepas mencatakan rekod jaringan gol seperti ini tidak ada keraguan bahawa banyak kelab berprofil tinggi akan mengejarnya, tetapi Klopp bernasib baik apabila The Reds yang terawal membuat lamaran yang lebih awal.
Penyerang Uruguay berusia 22 tahun itu tidak murah, tandatangannya dikontrak disusuli bayaran £64 juta yang berpotensi meningkat kepada £85 juta bergantung pada klausa tambahan.
Nunez telah menandatangani kontrak selama enam tahun di Anfield dan peminat berharap dia dapat mengisi kekosongan yang akan ditinggalkan oleh Sadio Mane jika pemain sayap Senegal benar mahu pergi ke Bayern Munich.
Robbie Fowler:
“If any manager is going to get the best out of Darwin Nunez, it is Jurgen Klopp." #lfc [mirror] pic.twitter.com/7tb0wd0s6d
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) June 15, 2022
Pengurus Liverpool yang dikasihi Jurgen Klopp tidak sabar-sabar untuk berkongsi pendapatnya mengenai pembelian terbaru kelab itu, di mana Evening Standard telah melaporkan Klopp menganggap bahawa perpindahan yang berjaya itu adalah “berita hebat!”.
“Saya sangat berterima kasih kepada semua orang di kelab kerana menjayakannya. Kami telah menunjukkan ketegasan dan cita-cita dalam ditahap yang sama,” katanya.
Klopp menggariskan semua aspek gaya permainan unik Nunez yang telah menarik perhatiannya:
“Dia mempunyai semua bahagian yang kami (Liverpool) cari. Dia boleh menetapkan tempo, dia memberi tenaga, dia boleh mengancam ruang dari kawasan tengah dan wide area dan dia agresif serta dinamik dengan pergerakannya.”
🗣️ Klopp on Darwin Núñez: "He can set a tempo, he brings energy, he can threaten space from central and wide areas. He is aggressive and dynamic with his movement. He plays without fear, he's powerful. I know he will excite our supporters."#UCL pic.twitter.com/2Do9eZhh5K
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) June 14, 2022
Secara keseluruhan, Klopp menjelaskan:
“Nunez bermain tanpa rasa takut (dan) dia sangat padu dan mampu membuat penyokong teruja.”
Walau bagaimanapun, Klopp memberitahu peminat dengan memberi amaran kepada mereka bahawa walaupun statistik Nunez sangat mengagumkan musim lalu, mereka perlu mengakui bahawa mereka “kerja pembinaan Darwin dalam proses”, jadi mereka perlu memberinya masa untuk menyesuaikan diri.
Peminat juga harus bersabar jika Nunez gagal memberikan impak segera lantaran umurnya baru berusia 22 tahun dan kontraknya juga teramat panjang serta telah berpindah ke liga paling kompetitif dan laju dalam dunia.
Jurgen Klopp has said that Darwin Nunez will 'excite' the Liverpool fans when they see him play 👇 https://t.co/OyToqUP9hM
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) June 15, 2022
Klopp yang teruja telah memberikan ayat manis bersemut kepada Nunez:
“Kami (Liverpool) sudah mempunyai pilihan serangan yang hebat dan dia menjadi sebahagian daripadanya sekarang, jadi tiada tekanan ke atasnya sama sekali. Dia menandatangani kontrak untuk masa yang sangat lama dan kami berhasrat untuk memupuk bakatnya dan melihatnya berkembang.”
Dengan penyerang berbakat Norway, Erling Haaland, dirampas oleh juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City, Nunez sudah pasti akan dibandingkan dengan rakan seposisi di City.
Tetapi seperti yang ditunjukkan dalam wawancara ini, pengurus Liverpool tidak ragu-ragu bahawa Nunez adalah pilihan yang tepat untuk mereka dan akan membantu untuk membawa kejayaan kepada kelab, berkembang menjadi penyerang yang lebih klinikal dalam proses itu.
“Liverpool overpaid for Sadio Mane.”
“Liverpool overpaid for Virgil Van Dijk.”
“Liverpool overpaid for Alisson.”
We’ve heard it all before. If Jurgen Klopp wants to put £85m down on the table for Darwin Nunez, he’s the real deal, simple as.
— Anfield Edition (@AnfieldEdition) June 10, 2022
Tidak sabar untuk melihat hasil air tangan Klopp kali ini ke atas Nunez yang merupakan bintang dalam pembikinan.
Jika sebelum ini pemain dari kelab pertengahan liga seperti Virgil Van Dijk, Sadio Mane serta pemain muda seperti Trent Alexander Arnold serta Andy Robertson berjaya Klopp gilap menjadi bintang dan terbaik dunia.
Mohamed Salah pemain sayap boleh bertukar menjadi mesin gol dibimbing Klopp apatah lagi Nunez yang sememangnya sudah menjadi mesin gol. Adakah Nunez akan diupgrade menjadi mesin gol kategori industri berat?