Klopp Kecewa Dengan Mutu Pengadilan Selepas Tewas Di Tangan PSG

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp membidas persembahan pengadil perlawanan, Szymon Marciniak selepas pasukannya tumpas di tangan Paris Saint-Germain dalam aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi semalam.

Kekalahan 2-1 Liverpool di tangan PSG menyebabkan peluang mereka untuk layak ke pusingan kalah mati bergantung sepenuhnya kepada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Napoli dua minggu lagi yang bakal berlangsung di Anfield.

Pengadil dipersalahkan Klopp selepas melihat anak buahnya terkulai layu di Parc des Princes. Diri sendiri tak nak mengaku salah

Liverpool kini berada di kedudukan ke-3 dalam kumpulan, 3 mata di belakang pendahulu Napoli yang mengumpul 9 mata. PSG pula berada di tempat ke-2 dengan mengumpul 8 mata dan akan menentang Red Star Belgrade dalam aksi terakhir peringkat kumpulan.

Sekiranya PSG menang ke atas Red Star Belgrade, Liverpool wajib menang ke atas Napoli dengan perbezaan dua gol atau lebih sekiranya mahu layak ke peringat kalah mati.

Walaupun Liverpool diayamkan PSG hampir keseluruhan perlawanan awal pagi tadi, perkara yang menjadi perhatian Klopp adalah persembahan pengadil yang dianggapnya gagal mengadili perlawanan tersebut dengan baik.

Pengadil perlawanan tersebut adalah Szymon Marciniak, berasal dari Poland. Beliau menghadiahkan 6 keping kad kuning kepada Liverpool manakala PSG menerima dua. Salah satu dari dua kad kuning PSG diterima oleh pemain tengah Itali, Marco Veratti.

Insiden yang menaikkan kemarahan Klopp. Kad merah patut dilayangkan kepada Veratti

Klopp percaya kesalahan yang dilakukan Veratti wajar diberikan kad merah kerana melakukan terjahan dua kaki terhadap Joe Gomez.

Tambah menaikkan kemarahan Klopp adalah tindakan teragak-agak pengadil menghadiahkan penalti kepada Liverpool selepas Sadio Mane dijatuhkan di dalam kotak penalti. Pengadil mengambil masa yang agak lama sebelum memberikan penalti kepada Liverpool yang berjaya disempurnakan James Milner pada penghujung separuh masa pertama.

“Saya rasa kami berjaya memenangi anugerah ‘Fair Play’ sebanyak 3 kali berturut-turut di England tetapi hari ini pengadil membuatkan kami bermain seperti tukang sembelih!”

“Kami menerima 7 atau 8 kad kuning dan hampir menerima kad merah. Benar, mungkin ada satu atau dua insiden yang wajar diberikan kad kuning tetapi selain daripada itu, saya seperti tidak boleh percaya dengan keputusan pengadil.”

Gocoh, gocoh, gocoh. Pemain Liverpool mental dengan lakonan mantap Neymar

“Kami dihadiahkan sepakan penalti. Pengadil macam tak nak bagi tetapi saya tidak tahu bagaimana ia berlaku.”

“Pengadil sepatutnya bersedia untuk mengadili perlawanan sebegini tetapi hari ini, beliau kelihatan seperti tidak bersedia.”

“Tetapi PSG berjaya menjaringkan dua gol dan kami hanya dapat menjaringkan satu gol. Jadi ia salah kami.”

Mengenai terjahan Veratti terhadap Gomez pada separuh masa pertama, Klopp yakin ia merupakan kesalahan yang wajar diberikan kad merah.

“Bagi saya, ia merupakan kesalahan kad merah yang sangat jelas dari Veratti. Saya melihat insiden itu dengan sangat jelas dan Veratti tidak sepatutnya menerima warna kad yang sama seperti ‘500’ kad yang dilayangkan pengadil kepada Liverpool tadi.”

BACA:  Klopp Terbuka Untuk Beli Pemain Baru Pada Jendela Perpindahan Januari Nanti