Klopp Mahu Tengok Liverpool Yang ‘Tamak’ Dan ‘Marah’

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa para pemainnya supaya terus ‘marah’ dan ‘tamak’ menjelang pertemuan Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle United dalam aksi Boxing Day malam esok.

Liverpool kini selesa di persada Liga Perdana Inggeris selepas mengharungi 18 perlawanan dengan kelebihan 4 mata di hadapan juara bertahan, Manchester City yang tumpas mengejut di tangan Crystal Palace hujung minggu lalu.

Liverpool kena tamak haloba. Sapu semua musim ni

Liverpool akan melalui kempen liga pada musim perayaan yang sibuk ini tanpa khidmat dua pemain utama iaitu Joe Gomez dan Joel Matip yang masing-masing mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki dan collarbone.

Pemain muda, Trent Alexander-Arnold dan Naby Keita juga masih bergelut dengan masalah kecederaan dan mereka ini akan melalui ujian kecergasan bagi menentukan sama ada dapat beraksi menentang Newcastle pada Boxing Day nanti.

Selepas Newcastle, Liverpool akan melalui dua perlawanan yang sukar menentang Arsenal dan Manchester City. Melihat kepada jadual mereka yang sukar dalam tempoh perayaan ini, Klopp mencabar pemainnya supaya terus mengekalkan fokus yang sama dalam usaha mereka untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris buat pertama kali.

Klopp gembira Benitez dapat layanan 5 star dari peminat Liverpool

“Perkara paling utama bagi kami adalah untuk menunjukkan reaksi selepas menang perlawanan terakhir kami. Sebab itulah perlawanan Wolves tempoh hari merupakan cabaran yang besar bagi kami.”

“Kerana beberapa hari sebelum itu, kami bermain menentang Manchester United dan sebelum itu lagi, Napoli.”

“Selepas itu ketika menentang Wolves, bukan sahaja dalam kepala pemain tetapi juga dalam kepala orang lain, anda boleh hilang fokus sedikit.”

“Jadi saya sangat gembira dengan sikap yang ditunjukkan para pemain. Itulah perkara yang kami perlukan – untuk terus berasa marah, tamak dalam kerja ini. Itu merupakan perkara yang kami perlu lakukan ketika menentang Newcastle nanti.”

Klopp juga menjangka pengurus Newcastle, Rafael Benitez bakal menerima layanan yang baik dari penyokong The Kops apabila beliau kembali ke Anfield pada malam esok.

“Saya rasa peminat kelab ini terkenal kerana mereka tidak melupakan individu yang banyak banyak berjasa terhadap kelab ini.”

Pengurus yang bertanggungjawab menghadiahkan trofi Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2005

“Beliau masih berada dalam Liga Perdana Inggeris dan tinggal berdekatan dengan kawasan ini. Beliau juga menjadi ‘Scouser’ yang betul, sesuatu yang jarang dilihat bagi seorang yang berasal dari Sepanyol.”

“Saya suka Benitez, beliau seorang pengurus yang fantastik dan juga orang yang baik. Saya gembira melihat Benitez mendapat layanan yaang baik setiap kali datang ke sini.”

“Ia sesuatu yang elok untuk dilihat, ia menunjukkan penyokong Liverpool tidak mudah lupa.”

BACA:  Jurgen Klopp Koyak Dan Tuduh Pengadil Tak Pernah Main Bola