Real Madrid Berjaya Tewaskan Liverpool Untuk Dapatkan Aurelien Tchouameni

Pemain kebangsaan Perancis, Aurelien Tchouameni dilaporkan sudah memutuskan soal masa depan beliau, dengan memilih Real Madrid sebagai destinasi pilihannya selepas ini.

Walau begitu banyak kelab yang menyatakan minat mereka untuk mendapatkan khidmatnya, Tchouameni sudah memutuskan yang Santiago Bernabeu adalah destinasi pilihan beliau.

Beliau sebelum ini hangat dikaitkan dengan bakal menandatangani kontrak bersama Liverpool, namun Tchouameni terpaksa mengecewakan gergasi Premier League itu demi untuk bersama kelab pilihannya.

Menurut sumber laporan dari manusia paling jujur dalam dunia bola sepak, Fabrizio Romano, Aurelien Tchouameni bakal melengkapkan perpindahannya menyertai Real Madrid dengan yuran perpindahan lebih dari €50 juta.

Real Madrid sendiri sebenarnya bergelut untuk mendapatkan Tchouameni kerana Liverpool turut sama sangat berminat mahu mendapatkan khidmatnya.

Memandangkan barisan pemain midfield Liverpool pada ketika ini dibarisi pemain-pemain sudah berusia, maka Klopp melihat Tchouameni sebagai calon terbaik untuk menjadi pemain pelapis.

Berita itu tersebar selepas sporting director Monaco, Paul Mitchell mengeluarkan kenyataan yang mana-mana kelab berminat mahu mendapatkan pemain berusia 22 tahun itu, maka mereka perlu sediakan dana yang besar.

Real Madrid sementara itu tidak peduli tentang nilai yang diletakkan, dek kerana mereka kini sedang dalam proses membina skuad masa depan yang digeruni.

Real Madrid ketika ini selain memiliki pemain senior yang menakjubkan, mereka juga sebenarnya turut mempunyai bakat-bakat muda yang sungguh dasyat.

Los Blancos sudah mula memperbaiki dan memperkuat barisan midfield mereka sejak dari musim panas lalu lagi selepas mereka memutuskan untuk membawa masuk Eduardo Camavinga.

Gandingan Tchouameni, Camavinga dan Fede Valverde jelas sekali bakal menghasilkan satu gandingan yang sukar untuk dibayangkan.

Ketiga-tiga mereka juga sangat bernasib baik kerana mereka akan mendapat sokongan yang padu dari trio terhebat sepanjang zaman yang menggandingkan, Luka Modric, Toni Kroos dan Casemiro.

Trio berpengalaman itu sudah tentu akan berusaha sehabis daya mereka untuk memastikan barisan pemain muda Real bakal mampu mengisi kekosongan yang akan mereka tinggalkan satu hari nanti.

Selepas dikhianati oleh Kylian Mbappe yang memilih untuk kekal di Parc des Princes, Real Madrid pada ketika ini turut sedang memburu pemain penyerang pada jendela perpindahan musim panas ini.

Pemain kebangsaan England, Raheem Sterling dikatakan berada dalam radar Real Madrid pada ketika ini, dengan mereka ketika ini sedang memantau perkembangan terkini bintang Man City itu.

Keputusan Real Madrid untuk membawa masuk Tchouameni juga dikatakan sebagai pengubat duka lara para penyokong mereka, yang masih terkesan dengan kekejaman Kylian Mbappe.

Untuk Liverpool sendiri pula, walaupun mereka terlepas kesempatan untuk mendapatkan Tchouameni, namun mereka sebenarnya masih boleh berusaha untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Jude Bellingham.

Terlepas peluang untuk menandatangani Tchouameni sebenarnya satu tamparan yang hebat untuk Jurgen Klopp kerana beliau sangat terdesak mahu mendapatkan pemain muda di posisi midfield.

Kerana itu jugalah Jude Bellingham bakal menjadi pemain sasaran utama mereka pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Liverpool sudah memiliki barisan pemain yang sungguh luar biasa dasyat di posisi serangan, namun harus diakui di posisi tengah dan pertahanan mereka masih perlu perbaiki.

Ditambah pula dengan usia pemain-pemain yang mereka miliki ketika ini, jelas sekali The Reds perlu berbelanja pada musim panas nanti.

Real Madrid sepertinya sudah berjaya tewaskan Liverpool dalam perebutan mendapatkan Tchouameni, dan adakah mereka akan lakukan hal sama untuk aksi dalam saingan Champions League nanti?

Bincangkan diruangan komen.

Sumber: SPORTbible

BACA:  Pochettino Jadi Sasaran Real Madrid Untuk Ganti Tempat Zidane