Klopp: Pertembungan Menentang United Bukan Penentu Kejuaraan Liga Perdana Inggeris

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mensasarkan 3 mata penuh apabila pasukan bimbingannya berkunjung ke Old Trafford untuk berhadapan dengan Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris malam ini.

Walaupun sedar kepentingan untuk mencatatkan kemenangan ke atas United, Klopp bagaimanapun mendakwa ia tidak semestinya menentukan kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Pertembungan menentang Manchester United bukan ibu segala perlawanan. Fan dia je lebih-lebih. Sedor diri sikit

Liverpool dan Manchester City masing-masing mengumpul 65 mata dengan City mempunyai kelebihan jaringan berbanding The Reds. Namun begitu, Liverpool mempunyai kelebihan 1 perlawanan dan kemenangan ke atas Red Devils malam ini akan kembali melonjakkan pasukan tersebut ke persada liga.

City tidak akan turun beraksi dalam Liga Perdana Inggeris kerana bakal terlibat dalam final Piala Carabao menentang Chelsea yang akan berlangsung pada malam ini juga.

Liverpool berpeluang untuk menghadirkan kekalahan pertama di peringkat domestik buat Solskjaer. Pengurus berasal dari Norway itu berjaya membimbing Setan Merah memenangi 11 dari 13 perlawanan yang mereka telah lalui sejak mengambil alih tempat Jose Mourinho pada hujung Disember tahun lalu.

Namun begitu, Klopp mendakwa pertembungan menentang United bukan satu-satunya perlawanan sukar yang mereka perlu tempuhi. Ini kerana mereka masih lagi perlu bertemu dengan Tottenham dan Chelsea sebelum musim ini berakhir.

Persiapkan diri. Jaga remote tv elok2. Kul 10 malam nanti kita bakal menyaksikan rivalry paling hebat di dunia

“Adakah kami mahu menang dan berada 3 mata di hadapan Manchester City ? Sudah tentu kami mahu.” Ujar Klopp kepada sidang media.

“Adakah kemenangan ke atas Manchester United lebih bernilai dari 3 mata ? Tidak, kerana kami masih perlu bertemu Tottenham dan Chelsea dan beberapa lagi pasukan yang sukar sebelum musim ini tamat.”

“Kami sebenarnya mempunyai 3 perlawanan besar untuk minggu ini sahaja dan United adalah salah satu daripadanya. Selepas ini, kami akan bertemu Watford yang mana merupakan sebuah pasukan yang bagus. Watford boleh berada dalam kelompok 6 teratas sekiranya mereka lebih konsisten, dan selepas itu kami akan berdepan Everton di tempat lawan.”

Throwback sikit. Harap malam ini ada la gaduh2 sikit

“Pemain Everton sudah tentu akan melayan perlawanan nanti seperti final Piala Dunia selepas kami berjaya menang di Anfield dengan gol kemenangan pada minit ke-96.” Tambah Klopp lagi.

“Jika anda berada pada tempat kami, di persada liga dan berjuang untuk memenangi liga, setiap perlawanan adalah penting.”

“United berada dalam keadaan terbaik. Solskjaer berjaya meletakkan pasukan tersebut kembali ke landasan yang asal. Jika kami pergi ke Old Trafford dan memperolehi kemenangan, ia bakal menjadi satu keputusan yang hebat.”

“Tetapi 3 mata di sana sebenarnya sama sahaja dengan 3 mata yang perlu kami raih selepas ini.”

“Jika kami kekal kuat sehingga penghujung musim ini, semua benda akan berjalan dengan lancar. Kami tidak boleh meletakkan terlalu banyak kepentingan pada satu perlawanan sahaja.”

BACA:  Mohammed Salah Luah Kekecewaan Di Twitter 30 Minit Selepas MU Belasah Chelsea 4-1