Naby Keita Raikan Gol Ketika Bertemu Palace Dengan Keraian Ala Cantona

Naby Keita raikan gol ketika bertemu Palace dengan keraian ala Cantona selepas beliau cemerlang melepaskan rembatan padu untuk bantu Liverpool catatkan kemenangan 3-0.

The Reds menundukkan Crystal Palace 3-0 di Andield awal pagi tadi, seterusnya mendaki ke kedudukan pertama dalam carta liga.

Skuad kendalian Jurgen Klopp turun dalam perlawanan minggu ini dengan rekod yang sangat cemerlang, selepas mereka hanya keciciran mata ketika bertemu Chelsea sahaja sepanjang musim ini.

Liverpool dari lima perlawanan awal, mereka berjaya mencatatkan empat kemenangan dan satu keputusan seri, untuk terus menjadi pencabar utama dalam merebut kejuaraan liga musim ini.

Liverpool dilihat sukar untuk mendominasi Palace yang baru sahaja menewaskan Tottenham Hotspur sebelum ini, namun gol jaringan Sadio Mane dan Mohamed Salah awalnya dilihat sudah cukup untuk bantu mereka mengutip tiga mata penuh.

Dengan berbaki satu minit sebelum masa sebenar perlawanan tamat, Keita berjaya meledak gol dengan percubaan yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Beliau melepaskan rembatan volley padu dari luar kotak penalti untuk menewaskan Vincente Guaita seterusnya memastikan kemenangan 3-0 Liverpool menewaskan Palace.

Apa yang menariknya, beliau dengan spontan meraikan gol jaringannya dengan keraian ala Cantona dan reaksi yang beliau tunjukkan mencuri tumpuan para peminat.

β€œSaya mula-mula pun anggap Keita tak sedar dia sudah jaringkan gol, reaksi dia memang sungguh priceless.”

β€œTak sangka Keita kreatif juga dalam memilih keraian gol, walau jaringkan gol bertemu Palace sahaja, tapi gol tu memang cantik”

β€œGol jaringan dia memang sungguh cantik dan keraian dia buat tu sempurnakan keindahan gol volley itu.”

β€œKeita memilih untuk tiru gaya keraian Cantona selepas dia menjaringkan gol yang sungguh cantik.”

Begitulah komen-komen dari para peminat di media sosial yang terhibur dengan gaya keraian Keita ketika beraksi bertemu Crystal Palace awal pagi tadi.

Liverpool membuka tirai jaringan pada minit ke-43 permainan menerusi Sadio Mane yang cemerlang memanfaatkan bola muntah percubaan dari Salah.

Pada minit ke-78, Liverpool berjaya menggandakan kedudukan menerusi Mo Salah yang juga cemerlang menyempurnakan bola muntah hasil percubaan Virgil Van Dijk.

Naby Keita melengkapkan kemenangan 3-0 selepas beliau menjaringkan gol pada penghujung aksi babak kedua permainan.

Dengan Manchester City hanya mampu mencatatkan keputusan seri sahaja, maka Liverpool ketika ini mendahului carta liga dengan kelebihan 3 mata.

Chelsea dan Manchester United antara yang berpotensi untuk memintas kedudukan The Reds dengan kedua-dua pasukan itu bakal turun beraksi malam ini.

Sumber: SPORTbible

BACA:Β  'You'll Never Walk Alone' Bergema Pada PAU2017 Tetapi Lihatlah Apa Yang Terjadi Sekarang