Klopp Samakan Liverpool Seperti ‘Anak Dara’ Dalam Liga Juara-Juara Eropah

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menganggap Liverpool seperti pasukan yang masih mempunyai ‘dara’ dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini. Klopp juga percaya anak buahnya tidak akan berasa trauma dengan kekalahan dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah musim lalu di tangan Real Madrid.

Liverpool akan memulakan kempen Eropah dengan pertemuan sukar menentang Paris Saint-Germain di hadapan penyokong sendiri awal pagi nanti. Ia juga bakal menjadi perlawanan Eropah pertama Liverpool sejak tumpas 3-1 di tangan Real Madrid hujung Mei lalu.

Klopp anggap Liverpool seperti pasukan yang masih teruna bagi kempen Eropah musim ini

Liverpool diundi dalam satu kumpulan yang sama dengan PSG, Napoli dan Red Star. Klopp percaya mimpi ngeri tewas dalam pentas final musim lepas tidak akan terbawa-bawa ke saingan musim ini kerana Liverpool menganggap kempen kali ini sebagai permulaan yang baru.

“Kami tidak mengalami sebarang ‘kerosakan’ dari kekalahan di tangan Real Madrid. Tidak sama sekali.” Ujar Klopp dalam sidang media menjelang pertemuan awal pagi nanti menentang PSG.

“Saya rasa kami akan lebih dihormati pasukan lawan kerana bola sepak yang kami tunjukkan musim lepas. Semua orang dapat melihat kami sebenarnya mampu memenangi perlawanan akhir tersebut sekiranya senario berbeza berlaku.”

“Anda sendiri dapat lihat bola sepak yang kami pamerkan dalam beberapa perlawanan musim lalu. Anda lihat perlawanan Manchester City, AS Roma dan Porto. Anda dapat lihat kami bermain dengan sangat baik dalam banyak perlawanan. Pasukan lawan akan lebih menghormati Liverpool selepas ini.”

Khidmat Salah amat ditagih Liverpool malam ni

“Ia merupakan pengalaman yang hebat dan saya yakin ia akan banyak membantu pasukan ini pada masa hadapan. Tetapi sekarang, kami bakal melalui permulaan yang baru dan akan menggunakan pengalaman yang dikutip musim lepas untuk meraih lebih kejayaan.”

“Cara terbaik apabila anda sudah mengutip pengalaman berharga adalah dengan menggunakan pengalaman itu untuk memulakan permulaan yang baru – seperti seorang yang masih ‘dara’.”

Trio maut Liverpool yang dibarisi Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino berjaya memulakan musim dengan langkah kanan tetapi mereka bakal melalui ujian pertama mereka musim ini apabila berhadapan dengan trio PSG iaitu Kylian Mbappe, Edinson Cavani dan Neymar.

Walaupun mengakui PSG mempunyai pemain yang berwibawa dan berkualiti tinggi, Klopp yakin pemainnya sudah cukup bersedia dan kuat untuk menghadapi cabaran di peringkat Eropah musim ini.

Trio berbisa PSG yang akan merogol Liverpool di hadapan penyokong YNWA malam ni

“Saya sayang kesemua pemain saya. Saya tidak akan menukar mana-mana pemain yang saya miliki ketika ini. Tetapi apabila saya melihat Paris Saint-Germain tahun lepas dan tahun ini, mereka mempunyai pasukan yang amat cemerlang.”

“Mereka sangat bagus, tetapi bagi Kylian Mbappe, beliau baru sahaja melalui kempen Piala Dunia yang menakjubkan.”

BACA:  Liverpool Ajar City dan Dunia Bagaimana Bola Sepak Elit yang Sebenar Dimainkan