Gary Neville Sudah Ramal Lebih Awal Yang Klopp Akan Meroyan Lepas Tamat Perlawanan

Gary Neville sebenarnya sudah meramal apa yang akan Jurgen Klopp lakukan selepas tamat aksi kontroversi antara Liverpool bertemu Tottenham Hotspur awal pagi tadi.

Apa yang menariknya, ramalan Gary Neville itu benar-benar berlaku dengan pengurus Liverpool itu melakukan hampir kesemua yang Neville fikir beliau akan lakukan.

Harry Kane berjaya mengelak dari dilayangkan dengan layangan kad merah dalam perlawanan yang dilangsungkan di Tottenham Hotspur Stadium itu.

Ketua pasukan kebangsaan England itu melakukan terjahan keras ke atas Andy Robertson pada aksi babak pertama dalam perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 itu.

Beliau yang melakukan slide tackle untuk memenangi bola itu gagal untuk mendapatkan bola melainkan kaki Andy Robertson, sebelum bola melantuk terkena tangannya.

Namun walau sudah melakukan kesalahan yang teruk itu, beliau hanya dilayangkan kad kuning sahaja oleh pengadil perlawanan, Paul Tierney.

VAR sama sekali tidak masuk campur untuk terjahan keras ini dan keputusan Paul Tierney melayangkan kad kuning hanya dibantah oleh Jurgen Klopp sahaja.

Robertson baru sahaja diangkat menjadi wira Liverpool selepas kejayaan beliau menjaringkan gol pendahuluan pada awal aksi babak kedua perlawanan.

Walau bagaimanapun, dek kerana melakukan kekasaran keras ke atas Emerson Royal, Paul Tierney segera melayangkan kad kuning kepadanya.

Tierney kemudiannya mendapatkan nasihat dari VAR untuk menilai semula kekasaran Robertson, dan selepas selesai menilai, kad kuning yang diterima oleh Robbo dibatalkan dan beliau kemudiannya dilayangkan dengan layangan kad merah.

Gary Neville yang bertugas sebagai pengulas untuk perlawanan itu telah mendedahkan yang beliau percaya Jurgen Klopp akan bangkitkan semua isu berkait Kane dan kedunguan VAR selepas tamat perlawanan tersebut.

“Saya yakin Jurgen Klopp akan imbas semula situasi itu di akhir permainan nanti, dia akan pertikaikan tentang konsisten, atau mungkin akan sebut tentang kelemahan sistem itu.”

Bekas pemain midfield Liverpool, Jamie Redknapp sendiri turut percaya yang Harry Kane sememangnya patut untuk dilayangkan dengan layangan kad merah.

“Ia kad merah. Saya rasa itu kekasaran yang diluar batasan. Saya rasa lepas dia jaringkan gol dia makin bersemangat sebab penyokong tak henti bersorak. Ketika kamu pergi buat cabaran begitu, saya rasa saya dah nampak ada pemain yang dilayangkan kad merah lepas melakukan kekasaran yang lebih minimum dari itu.”

“Kadang kala reputasi sebagai ketua pasukan England sedikit membantu kamu kerana itu benar-benar late challenge. Dia bertuah kaki Andy Robertson tak berpijak di tanah ketika dia terjah, dia bernasib baik tak patahkan kaki orang.”

Seperti yang didakwa oleh Gary Neville, selepas tamat perlawanan, Jurgen Klopp terus menemui Paul Tierney di tengah padang dan meluahkan rasa tidak puas hati beliau terhadap mutu pengadilan yang dipamerkan oleh pengadil perlawanan.

“Aku tak ada masalah dengan mana-mana pengadil yang lain. Hanya kau saja!”

Selepas tamat perlawanan, Jurgen Klopp masih tidak puas hati dengan mutu pengadilan yang ditunjukkan oleh Paul Tierney dengan beliau menyatakan:

“Robbo, ya , Kad merah. Itu bukti yang VAR ada di sana, sebelum tu saya rasa mereka tak ada di pejabat mereka.”

“Jika kaki Robbo berada di bawah, saya berani jamin kaki dia akan patah.”

“Kamu boleh beri Robbo kad merah. Itu bukan kekasaran yang bijak dan ia jelas sekali patut kad merah. Tidak ada keraguan tentang itu. Kaki dia berada di udara.”

Bercakap tentang Paul Tierney, Klopp mendedahkan bahawa:

“Saya sedikit emosi ketika perlawanan berlangsung, tapi dia berikan saya kad kuning, adakah saya tak dibenarkan untuk bersuara dalam situasi itu? Dia datang dan berikan saya kad kuning, tapi saya lebih berharap dia buat keputusan yang lebih tepat di atas padang.”

Menurut sumber laporan dari The Mirror, Jurgen Klopp bahkan turut menunggu Paul Tierney di laluan untuk kembali ke bilik persalinan untuk berdepan dengan pengadil perlawanan itu.

Tidak dinafikan lagi yang kedua-dua pasukan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang perlawanan itu.

Kedua-dua pasukan juga terpaksa berpuas hati untuk membawa pulang satu mata berharga dari perlawanan ini, selepas mereka mempamerkan aksi persembahan yang sangat menghiburkan.

BACA:  Klopp Meradang Ketika Sidang Media Selepas Diganggu Penyokong Toulouse